Masalah Kesihatan Ini Sering Menyerang Anak Prasekolah Ambil Tahu Supaya Dapat Cegah


Apabila anak memasuki alam prasekolah, pastinya masalah kesihatan kanak-kanak merupakan antara perkara yang mendatangkan kerisauan ibu bapa. Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan gembira.
Namun, seiring peningkatan usia dan anak semakin terdedah kepada persekitaran luar, pastinya risiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit juga meningkat.

Tetapi apakah masalah kesihatan umum yang cenderung dialami kanak-kanak terutamanya, apabila sudah memasuki alam prasekolah?
Masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah lazim dialami
Kanak-kanak prasekolah memerlukan tubuh dan sistem imun yang kuat kerana mereka terdedah kepada kanak-kanak lain, individu dewasa dan persekitaran yang mungkin tercemar.
Ini sekali gus akan meningkatkan risiko untuk mereka jatuh sakit.
Berikut adalah jenis masalah kesihatan kanak-kanak yang cenderung berlaku:
Selesema
Kanak-kanak sememangnya lebih mudah dijangkiti selesema. Ia disebabkan oleh sistem daya tahan tubuh mereka yang belum berkembang sepenuhnya.
Gejala selesema seringkali disertai oleh keadaan hidung berair, batuk, sakit tekak dan keletihan.
Jangkitan telinga
Seperti masalah pernafasan lain contohnya selesema, batuk dan sakit tekak, anak prasekolah juga mudah mengalami jangkitan telinga atau otitis media.
Umumnya, keadaan ini terjadi apabila telinga tengah mengalami keradangan akibat penumpukan cairan di belakang gegendang telinga.
Ia cenderung berlaku selepas sakit tekak, selesema atau jangkitan saluran pernafasan saluran atas.
Gastroenteritis akut
Keadaan ini berpunca daripada jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit. Biasanya ia disertai dengan simptom seperti sakit perut, mual dan muntah.
Anak prasekolah yang mengalami jangkitan ini boleh dirawat di rumah dengan memberinya banyak minum air.
Gastroenteritis akan menjangkiti apabila anak menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.
Hindarinya dengan mengajar anak amalan mencuci tangan yang betul.
Konjunktivitis
Merupakan jangkitan pada ‘konjunktiva’ – selaput lutsinar yang menutupi bahagian putih mata.
Jangkitan yang berlaku menyebabkan mata tampak berwarna merah atau merah jambu.
Sebab itu, masalah kesihatan kanak-kanak ini turut dikenali sebagai pink eye.
Selalunya, keadaan ini terjadi kesan daripada reaksi alahan.
Ia mudah berjangkit, terutamanya jika anak tersentuh cecair tercemar daripada mata, hidung atau mulut.
Asma
Penyakit ini menjadikan paru-paru dan saluran udara membengkak, sekali gus menyukarkan pernafasan.
Ia boleh tercetus oleh alergen, jangkitan saluran pernafasan atas atau perubahan musim.
Gejalanya boleh berkisar daripada batuk ringan hingga sesak nafas teruk atau berdehit ketika bernafas.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
HFMD disebabkan oleh virus coxsackie dan kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Jika anak prasekolah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mengalami luka pada mulut dan ruam pada tangan serta kaki.
Masalah ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari.
Beguk
Merupakan jangkitan pada kelenjar parotid, iaitu kelenjar yang terdapat di sekitar rahang – berfungsi untuk pengeluaran air liur.
Antara simptom biasa beguk adalah pipi bengkak yang berlaku disebabkan pembengkakan pada kelenjar parotid.
Beguk adalah penyakit mudah berjangkit yang disebarkan melalui bersin atau batuk.
Selain bengkak, anak juga mungkin akan mengalami demam sebagai antara gejalanya.
Walaupun masalah kesihatan kanak-kanak ini cenderung terjadi, namun ia tidak mengakibatkan simptom yang teruk.
Campak
Antara penyakit berjangkit yang senang merebak. Ciri-cirinya, tubuh anak akan ditumbuhi ruam berbintik yang kelihatan di bawah kulit.
Jangkitan akan bermula pada wajah sebelum merebak ke seluruh bahagian tubuh.
Masalah kesihatan ini berisiko membawa maut tetapi dapat dielakkan dengan pengambilan vaksinasi.
Rujuk pakar pediatrik anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin kanak-kanak.
Kredit: Hello Doktor

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Masalah Kesihatan Ini Sering Menyerang Anak Prasekolah, Ambil Tahu Supaya Dapat Cegah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masalah-kesihatan-ini-sering-menyerang-anak-prasekolah-ambil-tahu-supaya-dapat-cegah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pun Masalah Suami Isteri Bincang Di Bilik Tidur Paling Privasi Tenang Anak Pun Tak Dengar

Apa Pun Masalah Suami Isteri Bincang Di Bilik Tidur Paling Privasi Tenang Anak Pun Tak Dengar

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 303 hits
Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak anak untuk tidur bersama mereka Yalah anak manja katakan Kadang kadang tu sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah Tak salah tidur dengan anak tetapi biarlah ada had masanya Dengan...
Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 123 hits
Rina Nose mengungkap bahwa ada narasi yang nggak lengkap saat ia dimintai pendapat soal keputusan nggak punya anak hingga akhirnya terjadi salah paham
4 Anak Di Bekasi Keracunan Chikibul 1 Orang Alami Masalah Serius Di Lambung

4 Anak Di Bekasi Keracunan Chikibul 1 Orang Alami Masalah Serius Di Lambung

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 121 hits
Untuk mengantisipasi munculnya korban keracunan akibat jajanan tersebut Pemkot Bekasi mengeluarkan surat larangan mengonsumsi maupun menjual chikibul di wilayah Kota Bekasi
Breastfeeding Is Not For Everyone Sempat Bf 2 Minggu Uyaina Kongsi Anak Ada Masalah Tongue Tie

Breastfeeding Is Not For Everyone Sempat Bf 2 Minggu Uyaina Kongsi Anak Ada Masalah Tongue Tie

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 281 hits
Perjalanan penyusuan bukanya mudah dan itulah yang turut dilalui oleh pelakon serta pengacara popular Uyaina Arshad Uyaina yang baru beberapa bulan menimang cahaya mata sulung Raja Urhan berkongsi pengalaman penyusuan menerusi laman Instagr...
Ketagihan Makanan Manis 5 Masalah Kesihatan Ini Akan Menjejaskan Kehidupan Korang

Ketagihan Makanan Manis 5 Masalah Kesihatan Ini Akan Menjejaskan Kehidupan Korang

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 181 hits
Gula adalah sumber tenaga yang penting bagi tubuh kita tetapi pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan Berikut adalah beberapa keburukan pengambilan gula berlebihan 1 Menaikkan risiko penyakit kronik Pen...
Dia Lebih Kecil Dari Tangan Saya Akui Ada Masalah Kesihatan Priyanka Chopra Terpaksa Guna Ibu Tumpang

Dia Lebih Kecil Dari Tangan Saya Akui Ada Masalah Kesihatan Priyanka Chopra Terpaksa Guna Ibu Tumpang

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 140 hits
Pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas pernah mengumumkan meraka dikurniakan anak perempuan pada 21 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang Namun ada berita yang menyedihkan dikongsi oleh Priyanka Chopra di sebalik kelahiran an...
Potret Eddy Anak Maudy Koesnaedi Di Eropa Ganteng Abis Disebut Nicholas Saputra Muda

Potret Eddy Anak Maudy Koesnaedi Di Eropa Ganteng Abis Disebut Nicholas Saputra Muda

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 181 hits
Setelah menikmati liburan di Turki Eddy Meijer bersama kedua orangtuanya memilih liburan di Eropa Pesona anak Maudy Koesnaedi itu sukses mencuri perhatian Ia ganteng dan disebut mirip Nicholas Saputra saat masih muda Berikut beberapa fotony...
Cute Deretan Foto Terbaru Rumi Anak Dian Pelangi Ada Foto Di Tanah Suci

Cute Deretan Foto Terbaru Rumi Anak Dian Pelangi Ada Foto Di Tanah Suci

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 126 hits
Dian Pelangi sedang menikmati perannya sebagai seorang ibu Hal ini setelah kehadiran sang buah hati Rumi Dian Pelangi kerap mengunggah foto foto terbaru sang anak yang kini menginjak 2 tahun Terbaru Dian Pelangi membawa Rumi ibadah umrah ke...
8 Jenis Buah Bagus Untuk Otak Anak

8 Jenis Buah Bagus Untuk Otak Anak

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 148 hits
Baca GAMBAR LOKASI 8 Jenis Buah Bagus Untuk Otak Anak Otak pun memerlukan makanan seperti anggota tubuh badan kita yang lain terutamanya perut Orang kata sedari awal anak anak kena jaga minda dia orang dan bagi supplement yang bersesuaian S...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas