Rasa Kecewa Penyokong Najib Kepada Zahid Hamidi Mula Bertukar Menjadi Marah Siapa Kacang Hantu Dalam Umno


 
Di sebalik Zahid Hamidi telah cuba melakukan macam-macam perkara untuk terus memperjuangan pengampunan penuh bagi Najib Razak, penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri itu nampaknya masih “berbulu hati” terhadap Presiden UMNO itu.

Selain dikatakan ada penyokong kuat Najib tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat khas MT UMNO pada pagi Sabtu, sejumlah Ketua Bahagian pula dilihat semacam memboikot program taklimat tertutup yang diadakan petang Ahad lalu.

Menurut laporan, daripada 191 Ketua Bahagian yang masih hidup dan segar bernafas dalam UMNO ketika ini, hanya 145 orang saja yang menghadirkan diri dalam taklimat tersebut.

Ini bermakna, seramai 46 Ketua UMNO Bahagian tidak hadir dengan sebahagian besarnya adalah penyokong-penyokong Najib.

Selain ada yang memberi alasan tidak berminat untuk hadir, ada juga yang berbuat demikian kerana kecewa dengan keputusan Lembaga Pengampunan.

Dalam perbualan antara Ketua Bahagian Bahagian UMNO dengan beberapa kenalan mereka, luahan kecewa itu bukanlah disebabkan mereka membantah keputusan Lembaga Pengampunan itu, malah mula bertukar kepada rasa marah.

Mereka kecewa dan marah kerana percaya UMNO, khususnya Zahid Hamidi, tidak memberi tekanan yang cukup kuat kepada kerajaan dan Perdana Menteri untuk memastikan Najib diberi pengampunan penuh.

Difahamkan ada yang berkata, kalau untuk dirinya sehingga beroleh DNAA dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya, sepatutnya Zahid Hamidi berbuat seribu daya juga untuk memperjuangkan pengampunan penuh buat Najib.

Dalam hal yang dilihat mungkin berkaitan, seorang ahli MT UMNO, Dr Puad Zarkashi berkata, parti itu tidak mungkin boleh “move on” jika pemimpinnya hanya mementingan diri sendiri saja.

Kata beliau, UMNO sememangnya wajib “move on”, namun tidak boleh mengabaikan pandangan ataupun perasaan akar umbi parti.

“Tetapi UMNO tidak boleh “move on” jika pemimpin pentingkan dirinya. Asalkan dia selamat dan tidak diganggu.

“Sebab itu jangan pandang ringan perasaan akar umbi. Jika mereka berkecil hati dan membuat protes senyap, parti tidak boleh “move on.

“UMNO tidak perlu pemimpin raja formula. Formula hanya untuk dia sahaja yang bangkit tetapi bukan untuk partinya yang bangkit,” ujar beliau dalam catatan di media sosialnya.

Sebagai penyokong kuat Najib, apakah tulisan Dr Puad itu mewakili rasa kecewa penyokong-penyokong Bossku terhadap Zahid Hamidi?

Persoalan kini, ke manakah sudahnya akan berlabuh kemarahan penyokong-penyokong Najib itu?

Di waktu yang sama, Zahid Hamidi lewat petang semalam menggesa parti-parti dalam kerajaan agar menegur anggota masing-masing yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

Bahkan, beliau melabelkan mereka itu sebagai “kacang hantu”.

Mengakui dalam UMNO sendiri turut ada “kacang hantu”, Zahid Hamidi berkata, selain ketua parti perlu membuat teguran, ahli parti yang berkenaan juga perlu menarik balik tulisan mereka dan seterusnya mohon maaf atas keterlanjuran yang telah dilakukan.

“Saya harap perkara ini dapat meredakan keadaan”, ujar Zahid Hamidi.

Bolehkah Zahid Hamidi sebutkan siapa “kacang hantu” dalam UMNO itu apakah gelaran tersebut ditujukan khusus kepada penyokong-penyokong Najib? – ShahbudinHusin 06/02/2024.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/rasa-kecewa-penyokong-najib-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ganti Zahid Hamidi Untuk Pastikan Umno Dapat Kembali Sokongan Melayu Mp Pkr

Ganti Zahid Hamidi Untuk Pastikan Umno Dapat Kembali Sokongan Melayu Mp Pkr

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 153 hits
GANTI ZAHID HAMIDI UNTUK PASTIKAN UMNO DAPAT KEMBALI SOKONGAN MELAYU MP PKR Hassan Karim daripada PKR berpendapat Umno perlu diterajui muka baharu tidak hanya menumpang dahan Pakatan Harapan pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya rapuh dalam...
Umno Seeking Full Pardon For Najib Is For His Family S Wishes Zahid

Umno Seeking Full Pardon For Najib Is For His Family S Wishes Zahid

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 204 hits
Umno s decision to continue seeking a full pardon for Najib Abdul Razak is to fulfil the wishes of the former prime minister and his family party president Ahmad Zahid Hamidi said Deputy Prime Minister Zahid however said efforts to be made ...
Penyokong Najib Jauhi Taklimat Tertutup Zahid

Penyokong Najib Jauhi Taklimat Tertutup Zahid

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 230 hits
MalaysiakiniKetiadaan beberapa ketua Umno di peringkat bahagian dalam perjumpaan tertutup bersama presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi di ibu negara semalam dipercayai berpunca daripada rasa kecewa mereka terhadap keputusan Lembaga Pengampuna...
Zahid S Dnaa Was Bad But Najib S 50 Pardon Deal Is Worst

Zahid S Dnaa Was Bad But Najib S 50 Pardon Deal Is Worst

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 278 hits
Anwar has broken faith with the people of Malaysia Malaysians are outraged and rightly so While the government hides behind the Pardons Board feigns surprise and sheepishly asks Malaysians to respect the process the people know that they ve...
Najib S Supporters Absent From Zahid S Closed Door Briefing

Najib S Supporters Absent From Zahid S Closed Door Briefing

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 225 hits
The absence of several Umno leaders from a divisional level closed door meeting with party president Ahmad Zahid Hamidi is believed to be due to their disappointment over the Federal Territories Pardons Board s decision Several division lea...
Zahid Hanya Sandiwara Konon Nak Bela Najib

Zahid Hanya Sandiwara Konon Nak Bela Najib

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 146 hits
ismaweb net Kenyataan Anwar seolah sahkan apa akar umbi UMNO nampakBANGI 24 Rejab 1445H Isnin Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak seolah olah mengesahkan jangkaan akar umbi UMN...
Umno Akan Kumpul Sejuta Tandatangan Petisyen Mohon Pengampunan Najib

Umno Akan Kumpul Sejuta Tandatangan Petisyen Mohon Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 314 hits
freemalaysiatoday com 04 Feb 2024 7 39pmPresiden Umno Zahid Hamidi mengarahkan ketua ketua bahagian mengumpulkan jumlah tandatangan itu sebelum 9 Feb menurut sumber Presiden Umno Zahid Hamidi dilapor mengarahkan ketua ketua bahagian Umno me...
Accept The Najib Decision And Move On Johari Tells Umno Members

Accept The Najib Decision And Move On Johari Tells Umno Members

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 191 hits
Umno vice president Johari Ghani said it is time for the party to prove that the once dominant Barisan Nasional could rise again and come back stronger PETALING JAYA Umno vice president Johari Ghani has urged party members to move on from t...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm