Ganti Zahid Hamidi Untuk Pastikan Umno Dapat Kembali Sokongan Melayu Mp Pkr


 
GANTI ZAHID HAMIDI UNTUK PASTIKAN UMNO DAPAT KEMBALI SOKONGAN MELAYU – MP PKR

Shahbudin Husin

31 January 2024



Hassan Karim daripada PKR berpendapat Umno perlu diterajui muka baharu, tidak hanya “menumpang dahan” Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya “rapuh” dalam berdepan PRU16.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma penting untuk mendapatkan undi Melayu – kumpulan sokongan paling corot diterima gabungan PH-Barisan Nasional (BN) kini.

Dari segi sokongan orang bukan Melayu, Hassan berkata gabungan PKR, Amanah, serta DAP yang menjadi anggota penting kerajaan perpaduan telah teruji dan bakal terus menikmatinya dengan syarat PH tidak “gila kuasa” sehingga lupa agenda progresif untuk membawa reformasi.

“(Yang) menjadi masalah kepada PH-BN ialah kemerosotan sokongan Melayu yang boleh diatasi jika Umno dapat membawa sokongan Melayu kepada gabungan itu.

“Dalam keadaan sekarang sukar selagi Umno dipimpin presidennya Zahid Hamidi. Selagi Zahid memimpin Umno, orang Melayu sukar kembali menyokong Umno, BN atau PH-BN,” katanya kepada FMT.

“Umno perlu rombakan pemimpin baharu segar, berintegriti, dan karisma untuk membawa balik sokongan Melayu kepada Umno, BN dan kini PH-BN. Jika tidak, Umno bawah Zahid akan menumpang di dahan PH pimpinan Anwar yang tidak kuat mana pun.”

Rabu lalu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mengeluarkan kenyataan sinis “bersetuju” bayangan diberikan Zahid bahawa kerjasama PH-BN akan kekal hingga selepas PRU16, yang didakwanya memudahkan pengundi Melayu membuat pendirian awal.

BN dan PH membentuk kerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan bersama beberapa parti lain selepas tiada gabungan mampu menubuhkan kerajaan sendiri selepas PRU15.

Penganalisis berpendapat, berdasarkan keputusan PRN dan PRK pasca PRU15 menunjukkan sokongan Melayu terhadap Umno dikatakan semakin terhakis selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi DUN di enam negeri, Ogos tahun lalu.

Mengulas lanjut, Hassan berkata melaksanakan dasar pro rakyat seperti subsidi untuk kumpulan bawahan juga boleh menjadi “jalan lain” untuk PH-BN mendapat sokongan Melayu.

Namun, pada masa sama beliau bimbang kemarahan orang Melayu akan tercetus jika dilaksanakan rombakan drastik terhadap perkhidmatan awam seperti penamatan skim pencen untuk kakitangan baharu selain sistem lantikan kontrak yang didakwanya mungkin tidak berperlembagaan.

Minggu lalu, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata pelantikan kontrak penjawat awam hanya untuk tempoh singkat sebelum Jemaah Menteri meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, namun mendapat caruman bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/31/ganti-zahid-jangan-hanya-tumpang-dahan-rapuh-ph-umno-diberitahu/

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/ganti-zahid-hamidi-untuk-pastikan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ganti Zahid Jangan Hanya Tumpang Dahan Rapuh Ph Umno Diberitahu

Ganti Zahid Jangan Hanya Tumpang Dahan Rapuh Ph Umno Diberitahu

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 147 hits
freemalaysiatoday com 31 Jan 2024Ahli Parlimen PKR Hassan Karim berkata Umno perlu diterajui nakhoda baharu untuk mendapatkan semula undi Melayu Hassan Karim berkata Umno bawah Zahid Hamidi akan menumpang dahan PH pimpinan Anwar Ibrahim yan...
Rasa Kecewa Penyokong Najib Kepada Zahid Hamidi Mula Bertukar Menjadi Marah Siapa Kacang Hantu Dalam Umno

Rasa Kecewa Penyokong Najib Kepada Zahid Hamidi Mula Bertukar Menjadi Marah Siapa Kacang Hantu Dalam Umno

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 88 hits
Di sebalik Zahid Hamidi telah cuba melakukan macam macam perkara untuk terus memperjuangan pengampunan penuh bagi Najib Razak penyokong penyokong bekas Perdana Menteri itu nampaknya masih berbulu hati terhadap Presiden UMNO itu Selain dikat...
Umno No Longer The Voice Of Anything Soalan Untuk Ismail Mina Muafakat Dan Ngo Melayu

Umno No Longer The Voice Of Anything Soalan Untuk Ismail Mina Muafakat Dan Ngo Melayu

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 165 hits
Jadi soalan saya bila Ismail Mina Muafakat dan NGO Melayu nak protes monopoli impot beras Or is that not a relevant matter for you Here is Joceline Tan s piece on UMNO and its irrelevance Well I have truncated it My comments in blue By Joce...
Umno Vp Quashes Rumours Of Move To Oust Zahid As Party Chief

Umno Vp Quashes Rumours Of Move To Oust Zahid As Party Chief

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 105 hits
Umno vice president Khaled Nordin said the party is focussing its efforts to ensure that Najib Razak receives true justice PETALING JAYA Umno vice president Khaled Nordin has dismissed rumours of division leaders discontent with party presi...
Pemimpin Umno Bidas Mp Pkr

Pemimpin Umno Bidas Mp Pkr

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 78 hits
Puad Zarkashi membidas seorang wakil rakyat PKR kerana menyatakan Umno perlu rombakan pemimpin Ahli majlis kerja tertinggi Umno itu menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim sebagai ahli PKR yang tidak tahu cermin diri susulan ken...
Tak Lama Lagi Penyokong2 Najib Pun Akan Berubah Jadi Baik Mereka Bimbang Juga Bersatu Ganti Umno

Tak Lama Lagi Penyokong2 Najib Pun Akan Berubah Jadi Baik Mereka Bimbang Juga Bersatu Ganti Umno

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 123 hits
Dalam kes pengurangan hukuman yang diterima Najib Razak daripada Lembaga Pengampunan jika kita teliti yang paling banyak mempertikaikannya ialah penyokong penyokong bekas Perdana Menteri itu Di antara mereka itu ada yang berkedudukan dalam ...
Zahid Denies Rift Following Umno Demand For Village Chairman Posts

Zahid Denies Rift Following Umno Demand For Village Chairman Posts

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 150 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said he would discuss the appointment of village development and security committee chairmen with Selangor menteri besar Amirudin Shari KAJANG Umno president Ahmad Zahid Hamidi has denied any schism between...
Replace Zahid Don T Ride On Ph S Coat Tails Umno Told

Replace Zahid Don T Ride On Ph S Coat Tails Umno Told

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 104 hits
Umno needs a new face to lead the party as it cannot afford to ride on Pakatan Harapan s fragile coat tails in the next general election says PKR s Hassan Karim Hassan said a fresh leader with integrity and charisma would help Umno regain t...
Zahid To Hold Closed Door Meet With Umno Division Chiefs

Zahid To Hold Closed Door Meet With Umno Division Chiefs

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 134 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi will meet with divisional leaders of the party a day after a special meeting of the Supreme Council PETALING JAYA Umno president Ahmad Zahid Hamidi will be holding a closed door meeting with the party s 191...
20 Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah

Primary School Teacher Crowned Kaamatan Queen

Setan Menyukai Musik

Kucaimars Aku Fobia Chord

Six Mps Who Back Pm Anwar No Longer Bersatu Members Says Party Deputy President

Vaksin Si Bulus Seawal Usia Dua Bulan

Biodata Alif Syukri Usahawan Berjaya Dan Terkenal Di Malaysia

Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Singgah Mandi Manda Di Burmese Pool Taiping

Make Your Austin Home Stand Out With Contemporary Casement Windows

Oku Dipukul Polis Siasat Dakwaan 3 Laporan Disediakan Anggota Sendiri Peguam

Pru16 Orang Melayu Tak Mahu Islam Mereka Nak Duit

Selamat Datang Bulan Jun

Trump Akan Fail Rayuan Gelar Hakim Seperti Syaitan