Umno Akan Kumpul Sejuta Tandatangan Petisyen Mohon Pengampunan Najib


freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli - 04 Feb 2024, 7:39pm

Presiden Umno Zahid Hamidi mengarahkan ketua-ketua bahagian mengumpulkan jumlah tandatangan itu sebelum 9 Feb, menurut sumber.
Presiden Umno Zahid Hamidi dilapor mengarahkan ketua-ketua bahagian Umno mengumpul sejuta tandatangan bagi petisyen mendapatkan pengampunan penuh Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Ketua-ketua bahagian Umno telah diarahkan mengumpul sejuta tandatangan bagi petisyen untuk mendapatkan pengampunan penuh bekas perdana menteri Najib Razak.

Arahan itu dikeluarkan oleh Presiden Umno Zahid Hamidi dalam pertemuan tertutup bersama ketua-ketua bahagian hari ini, menurut seorang ketua bahagian yang enggan namanya disiarkan.

“Hari ini, ketua bahagian (Umno) diminta kumpul sejuta tandatangan memorandum daripada ketua cawangan dan ahli Umno untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Ini salah satu arahan dibuat kepada kami, ketua bahagian,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas perjumpaan dengan Zahid di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) petang tadi.

Ketua bahagian Umno itu berkata, mereka diberi masa sehingga 9 Feb untuk mendapatkan jumlah tandatangan tersebut.

Tambahnya, presiden Umno itu turut melafazkan ikrar akan terus berusaha keras mendapatkan pengampunan penuh buat Najib.

Kelmarin, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara Najib dipendekkan daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. Najib dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 2028.

Lembaga itu diketuai Yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai peguam negara, menteri Wilayah Persekutuan serta tiga lagi individu yang dilantik Agong.

Semalam, Zahid mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang diadakan susulan keputusan Lembaga Pengampunan itu..

Selepas mesyuarat itu, Umno mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menghormati keputusan Agong terdahulu mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki pada sidang medianya hari ini berkata, dalam perjumpaan tertutup dengan ketua bahagian Umno yang berlangsung hampir dua jam petang ini, Zahid menjelaskan keputusan dibuat MKT semalam.

Beliau berkata, semua pimpinan sepakat untuk meneruskan usaha membela Najib.

“Semua (yang hadir) tadi turut menjunjung keputusan Agong dan ini tak boleh dipertikaikan sesiapa,” katanya.

“Kita harap jangan ada suara-suara sumbang di luar sana yang mempertikaikan apa yang telah diputuskan Agong.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/umno-akan-kumpul-sejuta-tandatangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tidak Dapat Pengampunan Penuh Untuk Lemahkan Umno Puad

Najib Tidak Dapat Pengampunan Penuh Untuk Lemahkan Umno Puad

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 108 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 2 2024Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mendakwa pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak adalah satu percubaan untuk melemahkan Umno Najib gagal ...
Petisyen Sejuta Tandatangan Kepada Agong Harap Harapnya Semua Tandatangan Yang Dikumpul Adalah Asli

Petisyen Sejuta Tandatangan Kepada Agong Harap Harapnya Semua Tandatangan Yang Dikumpul Adalah Asli

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 92 hits
Sebagai langkah susulan setelah kecewa kerana Najib Razak tidak diberi pengampunan penuh UMNO kini mengorak langkah untuk mengumpul sejuta tandatangan di kalangan ahlinya di seluruh negara untuk dipersembahkan kepada Yang di Perfuan Agong S...
Umno Perlu Dedah Siapa Yang Sabotage Pengampunan Najib

Umno Perlu Dedah Siapa Yang Sabotage Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 135 hits
Umno perlu dedah siapa yang sabotage pengampunan Najib ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be QP7uHslb2FI src in org https www youtube com embed QP7uHslb2FI wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www yo...
Sedarlah Wahai Penyokong2 Najib Lembaga Pengampunan Bukan Macam Lembaga Disiplin Umno Shahbudin Husin

Sedarlah Wahai Penyokong2 Najib Lembaga Pengampunan Bukan Macam Lembaga Disiplin Umno Shahbudin Husin

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 95 hits
Terdapat kecenderungan yang ketara malah semacam berlebih lebihan di kalangan para penyokong Najib Razak dalam menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Lembaga Pengampunan WP berkaitan bekas Perdana Menteri itu Selain beberapa pe...
Penolakan Pengampunan Najib Umno Fitnah Agong

Penolakan Pengampunan Najib Umno Fitnah Agong

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 151 hits
Penolakan pengampunan Najib Umno fitnah Agong ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be en4vRRwXpvo src in org https www youtube com embed en4vRRwXpvo wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com...
Kedudukan Undang Undang Tentang Pengampunan Najib Razak

Kedudukan Undang Undang Tentang Pengampunan Najib Razak

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 175 hits
ADRIAN LIM CHEE AN Pada bulan Februari tahun 2020 kuasa YDPA untuk memberi pengampunan kepada Anwar Ibrahim telah dibangkitkan dipersoalkan dan dicabar sampai ke peringkat mahkamah Pihak yang membawa kes tersebut telah meminta mahkamah meng...
Pemuda Umno Berkiblatkan Najib

Pemuda Umno Berkiblatkan Najib

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 101 hits
NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHASHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat menyelar tindakan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Salleh yang seolah olah menunjukkan perjuangan sayap berkenaan berkiblatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sa...
Terkini Najib Bebas Tunggu Lembaga Pengampunan

Terkini Najib Bebas Tunggu Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 202 hits
PETALING JAYA Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan Itu jawapan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ...
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Pet Expo Midvalley 2024

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation

Aneh Lelaki Kahwini Ibu Mentua Selepas Kematian Isteri Dengan Restu Bapa Mentuanya