Rapuhnya Demokrasi Di Malaysia Tiga Sebab Mengapa Kita Masih Punya Harapan




Kemunculan daya politik yang rencam, termasuklah penglibatan anak muda, pastinya menghala ke masa hadapan yang lebih baik
By Johan Saravanamuttu- 12 Dec 2021

41 views
Water lily stalks from - BENEDICT LOPEZJoin us on Telegram and Instagram for the latest.
Dikatakan bahawa demokrasi adalah bentuk kerajaan terburuk dari semua bentuk yang sudah dicuba dari semasa ke semasa; namun wujud rasa yang mendalam bahawa di negara ini bahawa rakyatnyalah yang perlu memerintah, dan pendapat umum yang dinyatakan lewat lunas perlembagaanlah, yang sepatutnya membentuk, membimbing serta mengawal tindakan para Menteri yang sepatutnya berkhidmat dan bukannya menjadi tuan. (Winston Churchill, 1947)
Ketika seseorang memetik ucapan penuh yang seringkali disalah tanggap dari pemimpin Tory asal British ini yang dibuat sewaktu dan selepas Perang Dunia Kedua berlaku, ia sebenarnya bukanlah kritikan ke atas demokrasi namun sebuah pujian ke atasnya.
Peliknya, Malaysia hari ini tampaknya berdepan dengan cabaran seperti yang digambarkan oleh Britain pada 1947 – di mana lewat demokrasi, walau apa pun keadaannya, rakyatnya perlu memerintah lewat lunas-lunas perlembagaan.
Segelintir di Malaysia bolehlah dimaafkan jika ada yang percaya bahawa “demokrasi adalah bentuk kerajaan terburuk dari semua bentuk yang ada”.
Demokrasi di Malaysia hari ini tampaknya seperti telur di hujung tanduk dan segala janji akan wujudnya ‘harapan baru’ seperti sudah tiada lagi. Malaysia menyaksikan pembaharuan pada pilihanraya umum 2018 yang menyaksikan pengakhiran kepada pemerintahan satu parti selama 60 tahun, namun ramai juga yang menyatakan bahawa di dalam masa tiga tahun yang pendek kemudiannya, ‘harapan’ itu berubah menjadi kelam. Menurut kata seorang pengkritik tersohor, politik semasa menjadi sebuah “syurga yang tak kesampaian”.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberNamun, saya memilih pandangan yang berbeza. Masa hadapan yang dibayangkan oleh begitu ramai penganalisa serta cerdik pandai politik seakan terlalu berlebihan dan terlampau pesimistik. Sepatutnya kita ukurlah baju di badan sendiri dalam memahami keadaan ini.
Sekurang-kurangnya, ada tiga sebab pada pendapat saya dalam berkongsi naratif alternatif ini dengan para pembaca.
Ayuh kemukakan hujah paling kukuh bagi memahami pandangan alternatif di mana demokrasi di Malaysia barangkali terluka namun bukan untuk selamanya: 
1. Tiada pengulangan akan 13 MeiMalaysia tidak terjebak dengan kekacauan politik atau ketidakstabilan politik diakibatkan oleh rusuhan kaum seperti yang dialami oleh peristiwa 13 Mei 1969.
READ MORE:  Merdeka: When I’m sixty-fourPeristiwa itu merupakan hari yang cukup gelap dilalui oleh generasi saya. Hubungan etnik sepanjang tahun lalu, tidak dinafikan cukup tegang. Namun, ia tidaklah seteruk lewat 1960-an dan awal 1970-an.
Kebimbangan yang lebih besar pada hari ini tampaknya lebih kepada sengketa sesama kaum berbanding konflik di antara kaum.
Namun kerencaman etnik yang cukup luas di negeri Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak juga membantu dalam mengurangkan dan mencairkan pertembungan di antara Melayu dan bukan-Melayu.
Kerencaman etnik kelas pertengahan di Malaysia hari ini tidak mempunyai kecenderungan atau hasrat kepada keganasan di jalanan, yang tampaknya menjadi semakin biasa di negara-negara demokrasi di Barat hari ini.
Menariknya, isu utama hari ini lebih kepada persoalan Perlembagaan berbanding etnik.
Semua orang (termasuklah ahli politik Asean) gusar melihat bagaimana Parlimen kita digantung, walaupun hanya untuk tempoh seketika ketika Agong mengisytiharkan darurat disebabkan oleh pandemik.
Namun, semua orang bersyukur Parlimen kembali bersidang semula pada 1 Ogos 2021.
Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi, merasakan penggantungan Parlimen sewenang-wenangnya akan memberi kesan buruk kepada sistem perwakilan di mana ianya teras utama kepada lunas demokratik.
Namun, beliau turut berpendapat bahawa wujud sinar harapan ketika Parlimen digantung di mana perlaksanaan reformasi dapat dijalankan.  
Malaysia menyaksikan perjanjian keyakinan dan pembekalan di antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri serta pembangkang menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Ini merupakan yang ‘pertama’ dalam amalan parlimen di negara kita. MoU inilah yang membuka ruang memudahkan Belanjawan 2022 serta Rancangan Malaysia Ke-12 pada Oktober 2021.
Barangkali, lebih banyak perubahan sistem parlimen akan berlaku – ironinya, dalam keadaan di mana kerajaan pusat berada dalam keadaan lemah. Kita menantikan pembentangan rang undang-undang ‘anti lompat parti’ [rang undang-undang bagi membendung lompat parti] yang penting ini walaupun saya merasakan ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
READ MORE:  Reconvening with a hybrid Parliament2. Pilihan raya berlaku walau ketika pandemikDemokrasi pilihan raya tetap berjalan walau berdepan pandemik.
Kita sudah menyaksikan dua pilihan raya di peringkat negeri sejak pilihan raya umum 2018. Sebuah lagi, yang ditunda, akan berjalan tidak lama lagi. Saya merujuk kepada pilihanraya negeri Sabah pada 26 September 2020, pilihanraya negeri Melaka pada 20 November 2021 serta pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang pada 18 Disember 2021.
Melaksanakan pilihanraya ketika pandemik cukup mencabar. Jika langkah keselamatan yang sepatutnya diambil, ia bukanlah sebuah isu sebenarnya. Kerajaan Mahiaddin Yasin memang patut dikecam kerana mengadakan pilihan raya Sabah tanpa sebarang langkah berjaga-jaga yang sepatutnya, sekaligus mengakibatkan penularan kes Covid.
Perlaksanaan pilihan raya menunjukkan bahawa komponen penting politik demokratik di Malaysia memang terus diikuti, serta tatacara demokrasi di Malaysia tidak dipesongkan dari landasan.
Pun begitu, pemerhati pilihan raya Bersih menyatakan bahawa terdapat 35 salah laku melibatkan proses pengundian ketika pilihan raya Melaka. Bersih menyeru agar rakyat Sarawak dapat diberikan pelepasan mengundi di luar kawasan serta perlaksanaan Undi 18, iaitu menurunkan umur minimum mengundi kepada 18 tahun.
Namun, menteri undang-undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, salah seorang anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memegang tampuk pemerintahan sekarang, mengumumkan bahawa pengundi di antara umur 18 ke 20 tidak dapat mengundi ketika pilihanraya di Sarawak, walaupun pindaan perlembagaan Undi 18 juga dijadualkan akan bermula pada 15 Disember nanti.
Demokrasi di Malaysia jelas masih dalam proses pembinaan, dan, mujur, dengan adanya organisasi seperti Bersih dan Aliran yang berterusan mendesak perubahan dan mengawal selia samaada keperluan penting melibatkan tatacara demokrasi agar terus berjalan.
Reformasi pilihanraya kekal menjadi agenda perubahan yang penting supaya demokrasi di Malaysia terus tumbuh. Dengarkan secara lanjut di siniar ini.
3. Lanskap politik yang rencamKekalahan Barisan Nasional pada 2018 merubah lanskap politik Malaysia.
Malaysia sudah pun berada di laluan di mana reformasi politik, yang akhirnya menghasilkan keputusan pilihan raya seperti yang kita lihat pada 2018.
READ MORE:  Mahiaddin tiada pilihan; beliau perlu letak jawatan sekarangPerubahan politik memang terjadi selepas 2018, termasuklah perubahan di Suruhanjaya Pilihan Raya serta tatacara pendaftaran pemilih, merendahkan umur minima mengundi ke 18 tahun, serta cadangan penting berkaitan reformasi sistem pengundian, yang terhenti akibat Langkah Sheraton tahun lalu.
Terdapat naratif songsang di mana Malaysia seakan-akan kembali ke politik lama selepas pilihan raya Melaka. Walaupun keputusannya menunjukkan bahawa BN kembali kukuh, dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi, politik di akar umbi tidak berubah banyak: BN memenangi dengan jidar undi popular hanya sebanyak 2.6%.
Undi popular yang diterima BN hanya 38.4% – cukup rendah di bawah paras kebiasaan 50%. Namun kerana sistem pengundian ‘first-past-the-post’ ini, gabungan pimpinan Umno berjaya mendapat kebanyakan kerusi yang ditandingi.
Dulu, waktu BN cukup berkuasa, mereka dapat memenangi 60-65% undi popular ketika pengundian. Namun semuanya sudah berlalu sekarang.
Lanskap politik Malaysia menyaksikan perubahan besar semenjak berakhirnya pemerintahan satu gabungan oleh BN dahulu. Hari ini, lanskap politik Malaysia membenarkan pelbagai daya politik untuk terlibat sebagai pemain politik.
Pilihan raya Sarawak yang akan datang bakal menyaksikan GPS untuk kembali ke tampuk kekuasaan, namun ia pasti akan dicabar. Melihat kepada betapa rencamnya daya politik yang muncul dari lanskap politik Malaysia yang berubah ini, di mana dulu hanya melibatkan dua daya politik utama yang mendominasi politik di peringkat pusat dan negeri, kini ia tidak lagi begitu.
Ini bermakna bahawa gabungan serta parti politik yang rencam menjadi tatanan pada hari ini. Kemunculan parti-parti baru, seperti Malaysian Democratic Alliance (Muda), juga memperkenalkan dimensi aktivisme anak muda di dalam penglibatan politik pengundian.
Perkembangan politik sebegini tidaklah sepenuhnya kelam bagi masa depan politik kita. Sebaliknya sesuatu yang cukup hidup, baru serta progresif pasti akan muncul kelak.
Johan Saravanamuttu
Editor bersama, Surat berita Aliran
7 Disember 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/rapuhnya-demokrasi-di-malaysia-tiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bukan Sembang Punya Lelaki Janji Nak B Gel Jika Kl City Menang Piala Malaysia Netizen Tuntut Janji

Hiburan Bukan Sembang Punya Lelaki Janji Nak B Gel Jika Kl City Menang Piala Malaysia Netizen Tuntut Janji

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 278 hits
Seorang lelaki yang katanya penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Ta zim mencuri perhatian pengguna media sosial apabila dia ada berjanji akan membuat sesuatu di luar akal fikiran waras manusia jika JDT memenangi Piala Malaysia menentang...
Pesan Ronnie Liu Buat Rakan Dapig Nya Yang Masih Tidak Sedar Tentang Bahayanya Saka Tua Punya Perancangan

Pesan Ronnie Liu Buat Rakan Dapig Nya Yang Masih Tidak Sedar Tentang Bahayanya Saka Tua Punya Perancangan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 185 hits
Ronnie LiuDec 13 2021 1 Adun Sungai Pelek dari DAP Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli ahli parti berkenaan 2 Liu berkata te...
Peja Kata Masih Ada Peluang Muafakat Tiga Parti

Peja Kata Masih Ada Peluang Muafakat Tiga Parti

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 204 hits
IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia yakin bahawa masih ada ruang penyatuan di antara mereka bersama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata tiada tempoh masa tertentu diperlukan...
Rakyat Malaysia Punya Jiwa Kuat Terus Maju Bangkit Bersama Pm

Rakyat Malaysia Punya Jiwa Kuat Terus Maju Bangkit Bersama Pm

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 167 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani plak ketika hadir ke Majlis Perasmian 100 Hari Aspirasi KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini GAMBAR Abd Razak Aid PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sab...
Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan Ibadah Umrah

Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 350 hits
Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan UmrahAsalamualaikum Salam Sejahtera Bertemu lagi di paparan web blog ini Semoga semua pembaca maya sentiasa sihat dan ceria begitu juga teman blogger di merata Malaysia jauh dan dekat semoga anda tetap sihat henda...
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Sepakat Tolak Rayuan Najib

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Sepakat Tolak Rayuan Najib

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 198 hits
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak yang dituduh terlibat dalam kes salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd Ketiga tiga hakim juga sependapat untuk mengekalkan huk...
Kemaman Air Pasang Besar Tiga Kampung Ditenggelami Air

Kemaman Air Pasang Besar Tiga Kampung Ditenggelami Air

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 449 hits
KEMAMAN nbsp Tiga kampung di daerah Kemaman ditenggelami air berikutan peningkatan paras air laut mencecah 3 7 meter susulan fenomena air pasang besar yang bermula Jumaat lepas Antara kawasan terlibat adalah Kampung Bakau Tinggi Kampung Pen...
Hotel Tiga Bintang Di Tasik Kenyir Siap Tahun Depan

Hotel Tiga Bintang Di Tasik Kenyir Siap Tahun Depan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 263 hits
BH ONLINE Pengunjung menyusuri Tasik Kenyir Hulu Terengganu berlatar belakang Jambatan Pulau Poh yang menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negeri ini KUALA TERENGGANU Industri pelancongan di Tasik Kenyir dijangka bertambah rancak pada t...
Pas Pahang Tetap Teruskan Agenda Perkukuh Mn Pertahankan Pn Tak Berlaku Tiga Penjuru

Pas Pahang Tetap Teruskan Agenda Perkukuh Mn Pertahankan Pn Tak Berlaku Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Muafakat Nasional di negeri Pahang masih di dalam keadaan yang harmoni dan PAS Pusat juga masih kekal dengan kerangka agenda Perkukuhkan MN dan Pertahankan PN PAS Pahang masih tetap dengan objektif penyatuan iaitu tidak berlakunya p...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul