Pas Pahang Tetap Teruskan Agenda Perkukuh Mn Pertahankan Pn Tak Berlaku Tiga Penjuru


 

KUANTAN - Muafakat Nasional (MN) di negeri Pahang masih di dalam keadaan yang harmoni dan PAS Pusat juga masih kekal dengan kerangka agenda ‘Perkukuhkan MN dan Pertahankan PN’.
PAS Pahang masih tetap dengan objektif penyatuan iaitu tidak berlakunya pertembungan tiga penjuru di PRU-15 akan datang.
Demikian kenyataan terbaharu Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar yang disiarkan dalam akhbar Harakahdaily semalam.
Katanya, Usaha PAS untuk penyatuan ummah dan mencapai objektif PRU-15 terus berjalan sehingga kini, tiada sebarang keputusan rasmi bahawa PAS telah memutuskan hubungan sama ada dengan MN atau PN, begitu juga tiada keputusan rasmi berkaitan pembahagian kerusi pilihan raya dengan kedua-dua pihak.
"PAS Pahang akan terus bersabar membawa agenda penyatuan dengan tiga prinsip yang telah dijelaskan oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu Muktamar PAS Kali ke-67,' kata beliau.
Menurut ADUN Tanjung Lumpur itu lagi, tiga prinsip yang diyatakan ialah Keadilan kepada seluruh manusia termasuk terhadap musuh. Keduanya, Perpaduan ummah sebagai satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Dan ketiga; Islam memimpin, jadi semua perintah Allah S.W.T hendaklah dilaksanakan dengan sempurna, di samping menunaikan kewajipan dakwah kepada seluruh manusia yang tidak berpisah dengan politik.
Beliau turut menambah PAS Pahang tetap berpendirian dan akan meneruskan usaha iaitu sebarang keputusan dari PAS Pahang adalah tertakluk keputusan dari PAS Pusat. Terus membawa agenda penyatuan berasaskan tiga prinsip di atas.
Belau juga berharap dan berdoa agar agenda penyatuan ummah berjaya mencapai objektif dan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang sama ada bidang ekonomi, kelestarian, jati diri rakyat Pahang dan lain-lain.
"PAS Pahang sentiasa berterima kasih di atas peruntukan yang dihulurkan bermula dari jatuhnya PH dan tertubuhnya MN atau PN, sama ada dari Kerajaan Pusat ketika YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin dan juga YAB Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia, begitu juga dari Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bagi kemudahan rakyat Negeri Pahang, khususnya kepada rakyat di kawasan-kawasan wakil rakyat PAS, ini adalah berkah dari penyatuan ummah," tambah kenyataannya lagi.
PAS Pahang juga katanya berusaha gigih untuk realisasikan sistem Islam sebagai sistem pentadbiran negara dan negeri yang akan memberikan keadilan kepada semua pihak termasuk yang bukan-Islam.
"Secara rasminya masih bersama UMNO di dalam MN dan akan terus memelihara hubungan baik ini dan berterima kasih kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan UMNO Pahang atas kerjasama yang baik di Pahang dan sentiasa berharap agar rundingan demi rundingan dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif penyatuan ummah, PRU15 dan kebaikan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang," tambahnya.
PAS Pahang juga  telah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU ke-15 dalam masa terdekat.
Kenyataan beliau turut memetik firman Allah S.W.T:
وَاِنْ طَاۤىِٕفَتٰنِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ اقْتَتَلُوْا فَاَصْلِحُوْا بَيْنَهُمَاۚ فَاِنْۢ بَغَتْ اِحْدٰىهُمَا عَلَى الْاُخْرٰى فَقَاتِلُوا الَّتِيْ تَبْغِيْ حَتّٰى تَفِيْۤءَ اِلٰٓى اَمْرِ اللّٰهِ ۖفَاِنْ فَاۤءَتْ فَاَصْلِحُوْا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَاَقْسِطُوْا ۗاِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِيْنَ
“Dan apabila ada dua golongan orang-orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Hujurat: 9) #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/pas-pahang-tetap-akan-perkukuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Pertembungan Tiga Penjuru Menjadi Umno Intai Kemenangan Besar Pru

Strategi Pertembungan Tiga Penjuru Menjadi Umno Intai Kemenangan Besar Pru

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 141 hits
Selepas melakukan uji kaji sejauh mana pertembungan tiga penjuru bakal memberi kesan dalam keputusan pilihan raya umum UMNO kini mengintai kemenangan yang lebih besar untuk menguasai kerajaan pusat secara dominan Pilihan Raya Negeri Melaka ...
Umno Boleh Putuskan Cinta Tiga Segi Tajaan Pas

Umno Boleh Putuskan Cinta Tiga Segi Tajaan Pas

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 235 hits
Jika ada usaha rapi dan gigih dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menggalakkan pengundi perantau Melaka pulang mengundi dalam PRN Sabtu lalu berjaya adakah keputusannya akan berubah Sekiranya tiada ancaman wabak Covid 19 yang menggerunk...
Pahang Medical Centre Kini Berimej Baharu

Pahang Medical Centre Kini Berimej Baharu

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 388 hits
Pahang Medical Centre merupakan hospital swasta pertama di Pahang yang berkonsepkan boutique hospital Hospital ini memberikan kepentingan kepada pendekatan mesra secara menyeluruh dari segi rawatan perubatan dan keselesaan para pesakit deng...
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kini Bertaraf Universiti

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kini Bertaraf Universiti

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 176 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Istana Negara Istana Negara dalam kenyataan di Facebook m...
Dap Sha Dong Zong Hina Titah Sultan Pahang Perkasakan Jawi

Dap Sha Dong Zong Hina Titah Sultan Pahang Perkasakan Jawi

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 244 hits
BANGI Tindakan pihak tertentu yang dilihat cuba memperbesar besarkan isu beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan aliran Cina di Pahang yang menerima papan tanda nama tanpa tulisan Cina amat menghairankan Lebih pelik ada yang menggunakan al...
Negeri Lain Wajar Jadikan Pahang Contoh Perkasakan Tulisan Jawi

Negeri Lain Wajar Jadikan Pahang Contoh Perkasakan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 349 hits
Isu papan tanda Jawi di SJKC Sila patuh ini Tanah MelayuBANGI Tindakan pemimpin parti tamak haloba mengecam pihak berkuasa kerana tidak mempamerkan tulisan Cina pada papan tanda dua sekolah rendah Cina di Pahang sangat tidak munasabah Hanya...
Pahang Rep Urges State Govt To Waive Tax Land Rental For Farmers

Pahang Rep Urges State Govt To Waive Tax Land Rental For Farmers

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 196 hits
A Pahang state assemblyperson yesterday proposed that the state government should exempt tax or land rental for farmers over two to three years to reduce the cost of food production In making the call Chiong Yoke Kong said among the factors...
Kah Kah Kah Cina Dah Kutuk Pas Kah Kah Kah Kapir Kutuk Pas Sebab Pas Mandom Soal Ilmu Komeneh

Kah Kah Kah Cina Dah Kutuk Pas Kah Kah Kah Kapir Kutuk Pas Sebab Pas Mandom Soal Ilmu Komeneh

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 244 hits
Ideologi komunis Mengata orang awak yang lebih Teresa jawab PAS November 19 2021 Teresa Kok berkata hakikatnya perjudian masih dibenarkan di wilayah dikuasai China iaitu Macau dan kerajaan China hari ini turut menguruskan syarikat loteri PE...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Huggies Malaysia Meraikan Ibu Dan Memperkenalkan Lampin Bayi Baharu Mereka Dengan Fun Run

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas

Doa Rasulullah Setiap Pagi