Ramai Yang Silap Cara Menyimpan Susu Ibu Kesalahan Ini Patut Dielakkan


Mengepam susu adalah cara untuk memastikan si manja tetap akan mendapat susu ibu walaupun tidak berada bersama si ibu. Tetapi adakah ibu-ibu sekalian tahu cara penyimpanan susu yang betul?
Kesilapan cara menyimpan susu ibu Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.

Bekas tercemar Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih, ya?
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan, okay?
Terlalu lama Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu. Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja, okay?
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.
Simpan semula Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa dua jam selepas proses pencairan.
Ia hanya boleh digunakan untuk susu ibu yang beku tetapi terdedah. Jangan sekali-kali menyegarkannya dan mesti menggunakannya dalam masa 2 jam selepas pencairan ((ini bermakna dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk)
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul. Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu, okay?
The post Ramai Yang Silap Cara Menyimpan Susu Ibu, Kesalahan Ini Patut Dielakkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ramai-yang-silap-cara-menyimpan-susu-ibu-kesalahan-ini-patut-dielakkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hamil Berpantang Aktiviti Sgl

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hamil Berpantang Aktiviti Sgl

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 434 hits
Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hamil Berpantang Supermom Golden Lounge SGL merupakan Support Group khas kumpulan kami kepada ibu ibu yang mengambil Set 3P iaitu Set Pregnancy Set Pantang Set Penyusuan Untuk melayakkan anda menyertai T...
10 Cara Untuk Dapatkan Kulit Dan Rambut Cantik Dengan Susu

10 Cara Untuk Dapatkan Kulit Dan Rambut Cantik Dengan Susu

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 244 hits
Susu punya manfaat yang luar biasa untuk kulit Anda Berikut ini resepnya
Cara Menambah Susu Badan Secara Sihat Dan Betul

Cara Menambah Susu Badan Secara Sihat Dan Betul

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 507 hits
Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang kurangnya 6 bln banyak factor yang mesti diambil perhatian Ramai ibu ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka tiada susu mereka kurang Tahukan anda ba...
Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 391 hits
Memberi anak makanan pejal adalah salah satu pencapaian penting dalam perkembangan anak anda Dalam artikel ini kami akan membincangkan mengenai 10 tips untuk memulakan makanan pejal pada anak anda Pilih masa yang tepat untuk mula beri makan...
Sikap Anak 80 Ikut Cara Dan Gaya Ibu Ayahnya Kalau Jenis Kuat Suara Anak Pun Ikut

Sikap Anak 80 Ikut Cara Dan Gaya Ibu Ayahnya Kalau Jenis Kuat Suara Anak Pun Ikut

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 385 hits
Sedarkah anda cara kita bercakap ton suara kita intonasi suara pergerakan badan lenggok tubuh renungan mata dan ekspresi wajah apabila kita berinteraksi dengan orang lain adalah 80 hampir menyerupai cara dan gaya ayah ibu atau orang terdeka...
Tangkal Begal Ibu Driver Taksi Online Ini Pasang Teralis Di Mobilnya

Tangkal Begal Ibu Driver Taksi Online Ini Pasang Teralis Di Mobilnya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 193 hits
Pemandangan unik terlihat di mobil Daihatsu Xenia milik Valery sopir taksi online di Palembang Sumatera Selatan Sebab ruang kemudi yang ada di depan seluruhnya dipasang teralis besi untuk menghindari tindak kriminal begal yang akhir ini mar...
Undang Undang Wajibkan Vaksin Demam Campak Lulus Ibu Bapa Ingkar Berdepan Denda Belasan Ribu Ringgit

Undang Undang Wajibkan Vaksin Demam Campak Lulus Ibu Bapa Ingkar Berdepan Denda Belasan Ribu Ringgit

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 323 hits
Jerman mewajibkan pengambilan vaksin campak ke atas kanak kanak bermula Mac 2020 sebagai usaha untuk menghapuskan wabak penyakit tersebut Kredit Foto popmama Undang undang tersebut telah diluluskan di dewan rakyat Bundestag semalam yang men...
Jangan Kacau Ibu Lepas Jam 11 Malam Waktu Ni Dia Tengah Nak Cantik Kurus

Jangan Kacau Ibu Lepas Jam 11 Malam Waktu Ni Dia Tengah Nak Cantik Kurus

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 291 hits
Wanita mana yang tidak sukakan kecantikan Walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu masih mahu tampil cantik untuk suami Sebenarnya bila dah jadi ibu ni kadang kadang kita lupa nak beri perhatian kepada diri sendiri Ada juga suami tegu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri