Ramai Yang Munafik Selepas Dah Kaya Hati Hati
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Ramai Yang Munafik Selepas Dah Kaya, Hati-hati | Dulu pernah tengok satu sketsa kat TV, ringkas tapi bermakna...
Kisah bagaimana orang miskin yang nak jadi kaya...
Sebelum kata tu, macam-macam lah keinginannya ... Nak bantu orang miskin... Nak pergi haji, nak tolong anak yatim dan orang miskin, nak sedekah sana sini, nak wakaf itu ini...
Tapi, bila Allah takdirkan dia kaya... Terus hilang semua janji itu... Bahkan jadi sombong dan bongkak pula...
Orang miskin minta sedekah, diherdik dan dihina... sedangkan dia lupa itulah dia dahulu...
Hati-hati bila berjanji bab nak kaya ni...
Allah uji nanti...
Kata Dr Muhammad Yusuf Abdu dalam buku karangannya iaitu Tanda Tanda Orang Munafik Di Dalam Al Quran, "saya menemui bahawa sifat orang munafik di dalam Al Quran mencapai 20 sifat".
Memungkiri janji adalah salah satu sifat munafik dimana perbahasan tentangnya agak panjang.
Kata pengarang, "memungkiri janji adalah salah satu sifat orang munafik. Mereka berjanji akan bersyukur dan menunaikan zakat apabila menerima kurniaan rezeki yang banyak daripada Allah. Tetapi setelah mereka mendapat kurniaan rezeki tersebut, mereka ingkar terhadap janji yang mereka ikrarkan dan sewenang wenangnya melakukan kemungkaran"
Begitulah apa yang dilakukan oleh sebahagian mereka yang berkuasa hari ini. Setelah mereka "in power", mereka tidak sedikit pun merasa takut untuk mengingkari janji janji yang mereka ikrarkan dahulu semasa sebelum mendapat kuasa.
Owh! Mungkin kita tidak pelik dengan sifat mereka itu kerana kehidupan mereka sememangnya telah larut dengan sifat sifat nifak yang tersembunyi disebalik wajah dan kata kata manis mereka. Itulah kebiasaan mereka. Wal'iyyazubillah.
Kredit: #AkhiAdifGorment
Ramai Yang Munafik Selepas Dah Kaya, Hati-hati
Kadang, kerana risaukan sifat ini... biarlah rezeki tak kaya... asalkan cukup untuk hidup dan tidak meminta-minta.
Sebenarnya, nak sedekah dan tolong orang susah tak perlu tunggu kaya... sedekah itu dari hati... jika hati tu memang dilatih untuk ringan tangan memberi... dia akan memberi walaupun sedikit.
Sedekah itu tanda syukur, bukan niat sedekah nak jadi kaya semata-mata... ikhlaskan diri bila bersedekah... untuk sucikan rezeki kita dan mohon redha Allah semata-mata...
Nak sedekah yang paling mudah ialah sebarkan kebaikan... Insha Allah.. ada barakahnya.. mudah bukan...
Sekali kita sebarkan kebaikan yang membawa kepada ingatnya orang lain kepada Allah, pahalanya akan berbalik kepada kita juga.. insha Allah...
Salam Jumaat..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/01/ramai-yang-munafik-selepas-dah-kaya.html