Isu Ugut Orang Asli Anwar Puas Hati Penjelasan Bob Manolan



SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan Senator Bob Manolan Mohamad berhubung ugutan yang didakwa dibuatnya terhadap Tok Batin Orang Asli di Cameron Highlands baru-baru ini.

Anwar berkata, beliau sudah menegur Manolan lebih awal sejurus selepas kenyataan itu dibuat sebelum ini.

“Saya telah cadang supaya dia jelaskan. Dia dah jelaskan kan?

“Dia jelaskan itu, ok lah. Saya dah tegur awal lagi kan?,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis makan malam bagi meraikan beliau sebagai presiden baru PKR anjuran pejabat naib presiden di Dewan Convention Midlands di sini, malam tadi.

Jumaat lalu, Manolan menafikan beliau mengugut Tok Batin di Cameron Highlands semasa bertemu mereka.

Manolan berkata, apa yang ingin disampaikannya, ialah ketua masyarakat Orang Asli itu tidak sepatutnya terlibat dengan Umno dan pada masa sama menerima elaun daripada kerajaan pusat.



Manolan yang juga berketurunan Orang Asli berkata, Tok Batin terbabit dilantik oleh menteri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Justeru katanya, adalah logik dan rasional untuk mereka sealiran dengan aspirasi dan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ingin membawa perkhidmatan terbaik dan memberi perhatian khusus terhadap isu melibatkan masyarakat Orang Asli melalui agensi terbabit, terutamanya Jakoa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Bersih 2.0 supaya undang-undang pilihan raya dipinda bagi menghalang menteri daripada menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen.

“Saya setuju. Menteri boleh pergi, tetapi tak boleh guna jentera kerajaan. Semasa pilihan raya kecil (PRK) di Port Dickson pun kita buat begitu. Jadi sepatutnya ia dipatuhi,” katanya.

Jumaat lalu, Bersih 2.0 menggesa supaya undang-undang pilihan raya dipinda bagi menghalang ahli politik berkempen di satu-satu kawasan sebaik sahaja selepas kerusi pilihan raya diumumkan kosong tetapi sebelum tempoh berkempen diumumkan.

Pemantau pilihan raya mendedahkan beberapa ahli Kabinet ditemui pada acara kerajaan sebelum tempoh rasmi berkempen bermula.

Pengerusinya Thomas Fann berkata, acara politik untuk meraih undi, sama ada oleh kerajaan atau pembangkang tidak patut diadakan sebelum tempoh berkempen bermula, iaitu selepas proses penamaan calon tamat dan calon yang bertanding diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Anwar berkata, beliau juga akan turun berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands yang sedang berjalan.

SPR menetapkan 26 Jan ini sebagai hari mengundi bagi PRK tersebut yang diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan wakil BN Datuk C Sivarraajh dalam pilihan raya umum Mei tahun lepas kerana mendapati terdapat unsur rasuah dalam kempen beliau ketika itu.

PRK Cameron Highlands kali ini menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara calon PH, M Manogaran, calon BN daripada masyarakat Orang Asli, Ramli Mohd Nor dan 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/isu-ugut-orang-asli-anwar-puas-hati.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tegur Bob Manolan

Anwar Tegur Bob Manolan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 249 hits
Diterbitkan Hari ini 6 38 petangPRK CAMERON Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa senator partinya Bob Manolan untuk segera menjelaskan dakwaan ancaman terhadap tok batin di Cameron Highlands Tiada paksaan dalam demokrasi Bob perlu menjelaska...
Teresa Kok Tak Puas Hati Pencarum Kwsp Beroleh Keuntungan Tak Masuk Ke Poket Sendiri Atau Ke Kantung Kroni

Teresa Kok Tak Puas Hati Pencarum Kwsp Beroleh Keuntungan Tak Masuk Ke Poket Sendiri Atau Ke Kantung Kroni

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 819 hits
Menteri Industri Utama Teresa Kok melalui satu sidang akhbar mendakwa kerajaan BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2 800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1 5 bilion pada 2010 kepada syarikat...
Anwar Ulang Isu Peralihan Kuasa Tiada Konflik Dengan Dr Mahathir

Anwar Ulang Isu Peralihan Kuasa Tiada Konflik Dengan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 300 hits
Foto Astro AwaniKUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada isu timbul antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau berhubung soal peralihan jawatan nombor satu negara Dalam satu k...
Senator Orang Asli Ugut Orang Asli

Senator Orang Asli Ugut Orang Asli

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 494 hits
Sebab dah mula goyang dengan PRK Cameron Highland kerana kesilapan meletakkan M Manogaran yang semua orang tahu bukan saja calon re cycle DAP malah seorang calon yang biadab kerana menghina masyarakat orang asli dalam isu kuih orang asli ti...
Isu Anwar Bakal Pm Reda

Isu Anwar Bakal Pm Reda

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 526 hits
Isu Anwar ganti Mahathir yang selalu dibangkitkan oleh penyokong Anwar atas rasa bimbang mereka kini reda sekurang kurangnya sementara Tiada sabotaj cuma ada segelintir dari PKR sendiri ada yang tidak bersetuju kata Anwar Kenapa tidak setuj...
Peniaga Kota Bharu Puas Hati Pelanggan Tak Merokok Tinjauan

Peniaga Kota Bharu Puas Hati Pelanggan Tak Merokok Tinjauan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 378 hits
Rakyat Malaysia pastinya sudah sedia maklum bahawa hari ini bermulanya udara dan nafas suasana baru khususnya di kedai kedai makan di seluruh negara Ia susulan berkuat kuasanya peraturan dilarang merokok di premis tersebut Tinjauan Malaysia...
Puas Hati Naik 15 Kilogram Pun Syatilla Umumkan Mat Yip Bakal Dapat Adik Perempuan

Puas Hati Naik 15 Kilogram Pun Syatilla Umumkan Mat Yip Bakal Dapat Adik Perempuan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 292 hits
Akhirnya doa Syatilla dan Shaheizy Sam untuk mendapat anak perempuan dimakbulkan apabila Syatilla berkongsi foto imbasan ultra dan perasaan gembiranya di instagram Syatilla yang kini mengandung anak kedua begitu teruja selepas mengetahui an...
Tak Puas Hati Selepas Kena Buang Dari Group Whatsapp Lelaki Ini Failkan Saman Terhadap Admin

Tak Puas Hati Selepas Kena Buang Dari Group Whatsapp Lelaki Ini Failkan Saman Terhadap Admin

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 1176 hits
Tidak puas hati ditendang keluar dari group WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya bekas ahli group tersebut bertegas akan memfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab Pengerusi Sukarelawan Malaysia Isham Jalil berkata di...
Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 321 hits
dan Astro Awani Manogaran bersama Timbalan Presiden Keadilan Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berarak ke Pusat Penamaan Calon SMK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata 12 Jan 2019 ASTRO AWANI SHAHIR OMARTANAH RATA Calon Pak...
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Ets Diselenggara Secara Berkala

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia