Amalkan Bacaan Mudah Ini Di Dalam Hati Ketika Mengambil Wudhu Untuk Menghapuskan Dosa




Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Dari Abu Hurairah R.A. berkata:

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. :

Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.

Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. – (H/R. Muslim, 1/148)

“Barang siapa yang berwuduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. – (H/R. Muslim, 3/113)



“Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. – (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)

Maka dengan itu, ketika ambil wuduk niatkanlah dalam hati :

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan
“Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.

6 Kelebihan Mengambil Wuduk Yang Sempurna
Mengambil wuduk bukan sahaja syarat utama untuk menunaikan solat. Bahkan ia merupakan syarat sah bagi kebanyakan ibadah seharian kita. Pernahkah terlintas di fikiran kita, adakah wuduk yang kita lakukan sudah cukup sempurna? Bagaimana jika wuduk yang kita lakukan selama ini tidak sempurna?



Jadi, penting untuk kita ketahui bahawa hanya dengan mengambil wuduk dengan cara yang paling sempurna akan menghasilkan kualiti ibadah yang optimum. Admin ingin kongsikan tentang kelebihan mengambil wuduk dengan sempurna agar ibadah seharian kita tidak terjejas dan yang paling penting diterima Allah, insyaAllah.

#1 Wuduk sebahagian daripada Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi S.A.W bersabda:

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…” (HR Muslim)

#2 Wuduk yang sempurna menghapuskan dosa

“Barangsiapa yang berwuduk seperti ini )seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (HR Muslim)

#3 Wuduk mengangkat darjat manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya…)” HR Muslim

Sempurnanya wuduk kita, insyaAllah sempurnalah ibadah kita~

#4 Wuduk dapat membuka pintu ke syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tiada sorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu Alla Ilaha Illalah Wa Anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibuka untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki. HR Muslim

#5 Wuduk memberi cahaya di akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” HR Muslim

#6 Wuduk dapat membuka ikatan syaitan

Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bahawa syaitan mengikat manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W memberitahu cara untuk merungkaikan ikatan tersebut, dalam sabda baginda S.A.W:

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya berwuduk, pula, bebaslah satu lagi ikatan, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” HR Muslim

Berwuduklah sebelum kita diwudukkan~

Kesimpulannya, kita janganlah memandang enteng tentang pengambilan wuduk sebelum melakukan ibadah, kerana besar fadilatnya orang menjaga dan mengambil wuduk dengan sempurna. Moga perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan kita seorang Muslim yang lebih baik dari hari-hari yang mendatang.

Sumber: norfazrinamz.blogspot.my, beritadinding.blog via realmerah.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Amalkan Bacaan Mudah Ini Di Dalam Hati Ketika Mengambil Wudhu Untuk Menghapuskan Dosa
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/amalkan-bacaan-mudah-ini-di-dalam-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Niat Ini Ketika Berwudhu Mudah Mudahan Dapat Menghapus Dosa Dosa Kecil Kita

Amalkan Niat Ini Ketika Berwudhu Mudah Mudahan Dapat Menghapus Dosa Dosa Kecil Kita

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 358 hits
Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa dosa selagi tidak melakukan kesyirikan VIDEO CARA AMBIL WUDHU YANG LENGKAP ADA DI BAWAH ARTIKEL Rasulullah S A W bersabda Dari...
Ketika Hati Penuh Dengan Ujub Dan Riak

Ketika Hati Penuh Dengan Ujub Dan Riak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1747 hits
Ketika Hati Penuh Dengan Ujub dan Riak Allhamdulillah Assalamualaikum salam sayang Sebagai hamba yang dhaif kita tidak terlepas pandang dengan sikap ujub dan riak Apa pun haru lah kita sentiasa memperbaiki diri untuk dihindari daripada sika...
Hati Hati Bila Nak Beli Kereta Secondhand Kereta Dah Total Lost Tapi Dijual Di Mudah Siap Claim Free Accident

Hati Hati Bila Nak Beli Kereta Secondhand Kereta Dah Total Lost Tapi Dijual Di Mudah Siap Claim Free Accident

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 971 hits
Hati hati bila nak beli kereta secondhand Kereta dah total lost tapi dijual di Mudah siap claim free accident Bagi mereka yang berminat untuk membeli kenderaan terpakai anda dinasihatkan untuk memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih...
Berhati Hati Anda Mungkin Tak Sedar Inilah 12 Tanda Tanda Anda Mengambil Banyak Gula Dalam Sehari

Berhati Hati Anda Mungkin Tak Sedar Inilah 12 Tanda Tanda Anda Mengambil Banyak Gula Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 392 hits
Kebanyakan orang berfikir hanya pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi dan perlu mengawal dan berhati hati dengan jenis makanan yang diambil Namun tidaklah sebegitu Setiap orang boleh mengalami ini dan mungkin tidak melihat ...
Tips Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Amalkan Tips Ini Jika Tak Mahu Syaitan Selimutkan Anda Dengan Kulit Babi

Tips Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Amalkan Tips Ini Jika Tak Mahu Syaitan Selimutkan Anda Dengan Kulit Babi

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1227 hits
Sejurus kita dengar azan Subuh kebiasaan kita pasti sambung tidur balik waktu itulah Syaitan akan selimutkan kita dengan selimut dari kulit babi Memang tak terbangun dah selalunya kalau kena selimut tu Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh S...
Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 463 hits
Lebih kurang seminggu lalu di London Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harak...
Pernah Tak Ambil Wudhu Ketika Mandi Tanpa Berpakaian Ini Hukum Yang Seharusnya Kita Ambil Tahu

Pernah Tak Ambil Wudhu Ketika Mandi Tanpa Berpakaian Ini Hukum Yang Seharusnya Kita Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 290 hits
Soalan Assalammualaikum Saya sekadar mahu bertanya apakah hukumnya mengambil wudhu ketika tidak berpakaian Jawapan Waalaikumusalam hukum ambil wudhu dalam keadaan telan jang itu makruh Adalah lebih baik jika anda tahu menghargai perasaan ma...
Doa Lembutkan Hati Suami Dan Isteri Jom Amalkan

Doa Lembutkan Hati Suami Dan Isteri Jom Amalkan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 469 hits
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu mengasihi malah menghormati kamu sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy sy...
Persekolahan 2019 Anak Anak Permata Hati Ibu

Persekolahan 2019 Anak Anak Permata Hati Ibu

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 444 hits
assalamualaikum Salam Tahun Baru 2019 hari ketiga dah pun tapi anak anak skola baru je hari kedua cuaca pun elok elok saje 2 hari ni alhamdulillah anak anak saya tahun ni ketiga tiga nyer naik skola dah pun no more babies in the house hu hu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization