Ramai Teruja Tunggu Bossku Di Semenyih


Haspaizi Zain 
   
PRK SEMENYIH | Seperti di Cameron Highlands, kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak menghangatkan kempen pilihan raya kecil DUN Semenyih apabila beliau menerima sambutan cukup menggalakkan daripada masyarakat tempatan.

Setakat ini Najib telah bertandang sebanyak dua kali ke Semenyih dan dijadual akan turun sekali lagi ke kawasan itu, Sabtu ini

Orang ramai misalnya tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar dengan bekas pemimpin negara itu yang kini mencipta sensasi internet dan digelar 'Bossku' di kalangan penyokongnya.

Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan, rata-rata yang ditemui secara rambang masih menganggap Najib sebagai tokoh yang pernah memberikan sumbangan kepada negara.

Selain Najib, turut hadir menjayakan kempen di Semenyih ialah bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

Bagi Zakaria Alias, 64, yang juga pengundi di DUN Semenyih, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dengan kehadiran pemimpin berkenaan, khususnya Najib.
"Mereka ini mempunyai sumbangan pada negara, jadi kehadiran mereka ke Semenyih adalah sesuatu yang amat mengujakan kerana dapat bertemu mata.

"Kita harap kehadiran mereka memberi suntikan semangat (kepada calon BN). Memang saya mahu jumpa mereka terutama Najib yang juga bekas perdana menteri," katanya yang ditemani isteri kepada Malaysiakini.

Bukan kerana fenomena 'bossku'
Sementara itu Mohd Noor Azmi Aiman, 39, berkata beliau mahu bertemu Najib bukan kerana fenomena "bossku", sebaliknya mahu melihat sendiri dengan lebih dekat bekas perdana menteri itu.

"Saya sememangnya teruja berjumpa dengan bekas perdana menteri dan ini sesuatu yang dinantikan.

"Bukan kerana fenomena "bossku", sebaliknya memang saya menanti kehadiran beliau," tambahnya lagi.
Bagi Prabu Ganesh, 33 yang merupakan seorang pekerja swasta menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin yang baik.

"Banyak kebaikan yang beliau berikan untuk rakyat. Ramai orang sukakan Najib. Apabila Najib datang sini ribuan orang tidak melepaskan peluang untuk bertemunya," jelasnya.

Seorang lagi pekerja swasta, Veenod Kumar, 26, berkata sokongan rakyat terhadap Najib bukan dibuat-buat.

Ini katanya menunjukkan rakyat di kawasan itu memberikan solidariti dan sokongan padu kepada bekas perdana menteri itu.

Nada sama juga disuarakan pekerja kedai runcit, Johnson Lazer 48, yang amat berterima kasih dengan kesudian bekas pemimpin itu turun ke Semenyih.
Katanya, meskipun bekas perdana menteri itu terpalit dengan pelbagai tuduhan, namun ia masih belum dapat dibuktikan sehingga kini.

'Hanya tarik sokongan Melayu'
Bagaimanapun nada berbeza disuarakan Loo Wee Keong, 36, yang menyifatkan kehadiran Najib tidak memberi kesan kepada pengundi di Semenyih.

"Mungkin boleh menarik sebahagian sokongan pengundi Melayu, bagaimanapun masyarakat Cina melihatnya sebagai pelakon filem terbaik," katanya.
Najib, perdana menteri keenam gagal mempertahankan jawatannya pada pilihan raya umum ke-14 lalu apabila BN tewas kepada Pakatan Harapan (PH) selepas 60 tahun berkuasa

Di bawah kerajaan baru, Najib menghadapi tuduhan di mahkamah membabitkan kes rasuah berkaitan skandal 1MDB dan pengubahan wang haram




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/ramai-teruja-tunggu-bossku-di-semenyih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Tun Hamid Senyum Tunggu Keputusan Prk Semenyih

Kenapa Tun Hamid Senyum Tunggu Keputusan Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 382 hits
22 02 2019Apa isi kandungan surat yang dikatakan ditandatangani Takiyuddin dan kenapa tidak didedahkanBANGI 17 Jamadilakhir 1440H Jumaat Ada atau tidak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pengakuan lisan bahawa PAS tidak akan m...
Ceramah Bossku Diserbu 1000 Orang Manakala Ceramah Ph Hanya 100 Orang Hadir Di Semenyih Viralhancing

Ceramah Bossku Diserbu 1000 Orang Manakala Ceramah Ph Hanya 100 Orang Hadir Di Semenyih Viralhancing

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 734 hits
HULU LANGAT 17 Feb Kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke tempat ceramah Barisan Nasional di Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma Branang di sini mencuri perhatian penduduk Lebih 1 000 penduduk memilih untuk mendeng...
Bossku Shirts Flying Off The Shelves In Semenyih

Bossku Shirts Flying Off The Shelves In Semenyih

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 443 hits
SEMENYIH Datuk Seri Najib Tun Razak s Bossku catchphrase is getting so popular that T shirts with the saying are flying off the shelves according to a trader Ali Nasution who has set up shop not far from the Barisan Nasional command centre ...
Prk Semenyih Antara Kempen Ayam Tanpa Kepala Dan Bossku

Prk Semenyih Antara Kempen Ayam Tanpa Kepala Dan Bossku

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 579 hits
ISMA WEB Sentimen Islam Melayu dan kehidupan rakyat senjata untuk menang PENILAIAN seorang pengulas terhadap Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands jelas menunjukkan perbezaan antara gaya kempen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional K...
Lagi Azmin Panggil Pencuri Lagi Bergema Bossku Di Semenyih

Lagi Azmin Panggil Pencuri Lagi Bergema Bossku Di Semenyih

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 631 hits
Fuyoo Meremang bulu roma dengar ucapan berapi2 Jemin nak tunggu Datuk Seri Najib kat Semenyih Lagi rare siap nak tangkap wooo Boleh jadi gigil kepala lutut jangan memain dengan Jemin Walao wei Boleh jadi demam Jemin dengar per yang DS Najib...
Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 837 hits
Tiada siapa dapat menafikan populariti Najib Razak begitu melonjak tinggi ketika ini Beliau yang dulunya dibenci sehingga dijatuhkan pengundi kini lebih popular berbanding dulunya Ke mana saja beliau pergi sekurang kurangnya ratusan malah a...
Umno Sambutan Bossku Najib Di Semenyih Tanda Rakyat Rindu Bn

Umno Sambutan Bossku Najib Di Semenyih Tanda Rakyat Rindu Bn

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 436 hits
Diterbitkan 46 minit yang lalu pada 15 February 2019Oleh Abdul Rahim SabriOrang ramai mengerumuni Datuk Seri Najib Razak di sebuah pasar raya di Semenyih pada malam Rabu lalu Foto ihsan Facebook Najib RazakSHAH ALAM 15 Feb Rakyat mengerumun...
Mukhriz Bossku Tidak Gugat Ph Pengikut Bukan Undi Semenyih

Mukhriz Bossku Tidak Gugat Ph Pengikut Bukan Undi Semenyih

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 417 hits
SEMENYIH Imej Bossku yang dibawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih tidak menggugat peluang Pakatan Harapan untuk mempertahankan kerusi itu Timbalan Presiden ...
Ceramah Pertama Bossku Di Semenyih Dapat Sambutan Ramai

Ceramah Pertama Bossku Di Semenyih Dapat Sambutan Ramai

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 475 hits
Ceramah pertama lsquo bossku rsquo di Semenyih dapat sambutan ramai
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram