Umno Sambutan Bossku Najib Di Semenyih Tanda Rakyat Rindu Bn


Diterbitkan 46 minit yang lalu pada 15 February 2019

Oleh Abdul Rahim Sabri
Orang ramai mengerumuni Datuk Seri Najib Razak di sebuah pasar raya di Semenyih pada malam Rabu lalu. — Foto ihsan Facebook/Najib Razak
SHAH ALAM, 15 Feb — Rakyat mengerumuni Datuk Seri Najib Razak di sebuah pasar raya di Semenyih kelmarin bukti mereka merindui kepimpinan beliau, kata ketua Wanita Umno.

“Sambutan hebat untuk Najib ini secara tidak langsung menunjukkan zaman pemerintahannya dirindui rakyat,” kata Datuk Noraini Ahmad seperti dilapor Sinar Harian.

Kata wakil rakyat Parit Sulong lagi, rentak kemenangan Barisan Nasional di Cameron Highlands bakal diteruskan pada pilihan raya kecil Semenyih yang bermula Sabtu ini.

“Sudah semestinya kemenangan di PRK Cameron Highlands menjadi pembakar semangat akan bersambung di Semenyih,” katanya.

Dalam program Jom Santai Bersama Bossku di sebuah pasar raya pada Rabu, Najib mendapat sorakan kira-kira 1,000 hadirin apabila menyifatkan dirinya “pencuri hati rakyat”.

Beliau menjawab gelaran “pencuriku” daripada timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang mempersoal label “bossku” yang dipopularkan oleh bekas perdana menteri itu.

Sementara seorang pemimpin Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub menyifatkan sambutan terhadap Najib itu menunjukkan pengundi “sudah naik ‘syeikh’ untuk sokong BN.”

Ketua Puteri Umno Datuk Zahida Zarik Khan pula menggariskan tiga faktor yang boleh menyumbang kekuatan BN untuk merampas kerusi itu daripada Pakatan Harapan.

Selain kerjasama Umno-PAS dan kekecewaan terhadap kerajaan PH, beliau melihat faktor Najib yang mendapat sokongan di media sosial, khususnya golongan muda.

Namun ada juga pemerhati politik menyifatkan kepopularan Najib tidak akan membawa undi kepada BN. Setiausaha agung Umno Tan Sri Annuar Musa sendiri tidak pasti Najib masih boleh membawa undi kali ini.

Penjenamaan semula Najib melalui slogan “malu apa bossku” di Facebook menarik perhatian ramai dan digunakan untuk membantu calon di Cameron Highlands.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/umno-sambutan-bossku-najib-di-semenyih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceramah Pertama Bossku Di Semenyih Dapat Sambutan Ramai

Ceramah Pertama Bossku Di Semenyih Dapat Sambutan Ramai

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 471 hits
Ceramah pertama lsquo bossku rsquo di Semenyih dapat sambutan ramai
Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 829 hits
Tiada siapa dapat menafikan populariti Najib Razak begitu melonjak tinggi ketika ini Beliau yang dulunya dibenci sehingga dijatuhkan pengundi kini lebih popular berbanding dulunya Ke mana saja beliau pergi sekurang kurangnya ratusan malah a...
Najib Sahut Cabaran Azmin Turun Semenyih Beribu Rakyat Sambut

Najib Sahut Cabaran Azmin Turun Semenyih Beribu Rakyat Sambut

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 842 hits
Tiba tiba TESCO Semenyih jadi tempat kerumuman ramai manusia Semuanya gara gara kehadiran Najib Abdul Razak mantan Perdana Menteri Malam tadi bakal Timbalan Perdana Menteri Azmin Ali dengan sombong dan bongkaknya ketika merasmikan Bilik Ger...
Najib Brings His Bossku Tagline In First Campus Visit Since Losing Power

Najib Brings His Bossku Tagline In First Campus Visit Since Losing Power

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 425 hits
Najib Razak speaks to students after performing Friday prayers at Universiti Kebangsaan Malaysia BANGI Najib Razak today took his newfound battlecry Malu Apa Bossku to the campus interacting with students at Universiti Kebangsaan Malaysia h...
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Surah Al Muzzammil Rumi Jawi Audio Mp3 Terjemahan

Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Hiburan Isu Muafakat Mrsm Saman Rita Saya Akan Panggil Kedua Dua Pihak Asyraf Wajdi