Ramai Selalu Guna Tapi Rupanya Pengering Tangan Boleh Sebarkan Bakteria Dalam Tandas
Kajian baru dari penyelidik di Universiti Connecticut dan Universiti Quinnipiac mungkin akan menambah rasa tidak selesa anda kepada tandas awam.
Mereka mengesyaki bahawa pengering tangan di tandas awam mungkin menyedut bakteria dari udara, dan melepaskannya ke atas tangan anda yang baru dibasuh.
Koloni bakteria di tandas
Untuk menguji teori ini, saintis mendedahkan piring petri pada udara tandas dalam keadaan berbeza dan membawa kembali ke makmal mikrobiologi untuk mencari pertumbuhan bakteria.
Hidangan Petri yang terdedah kepada udara tandas tanpa pengering tangan selama dua minit hanya mempunyai satu koloni bakteria, atau tiada sama sekali. Sementara piring petri yang terdedah kepada udara panas dari pengering tangan selama 30 saat kebanyakannya mempunyai 18 hingga 60 koloni bakteria, bahkan ada yang mencapai sehingga 254 koloni.
Bagaimana pengering tangan menyebarkan bakteria
Adakah bakteria bercambah dalam pengering tangan, atau adakah mereka disedut ke dalam pengering tangan dari udara di dalam tandas? Untuk menjawab soalan ini, penyelidik menyambung penapis udara berkecekapan tinggi (HEPA filter) kepada pengering. Penapis ini berupaya menapis kebanyakan bakteria dari udara.
Apabila mereka mendedahkan piring petri ke udara dari pengering tangan sekali lagi, kuantiti bakteria dalam piring menurun sebanyak 75%. Selain itu, para penyelidik mendapati jumlah bakteria yang minimum pada muncung pengering tangan. Mereka menyimpulkan bahawa kebanyakan bakteria dari pengering tangan disedut dari udara tandas, bukannya bercambah sendiri dalam pengering tangan.
Setiap kali tandas dipam tanpa penutupnya, wap air yang mengandungi bakteria tersembur ke udara. Ia boleh tersebar hingga ke kawasan seluas enam meter persegi (65 kaki persegi). Wap air ini boleh menjadi sangat berbahaya di hospital kerana boleh menyebarkan bakteria berbahaya.
Patutkah saya risau?
Kebanyakan bakteria yang dikesan tidak menyebabkan penyakit pada orang yang sihat, kecuali Staphylococcus aureus. Sesetengahnya pula, seperti Acinetobacter, hanya menyebabkan jangkitan di hospital, atau pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Yang lain didapati agak tidak berbahaya.
Di samping itu, udara dari tandas biasa mungkin kurang bakteria berbanding hasil kajian. Tandas yang digunakan dalam kajian terletak di bangunan bangunan sains kesihatan universiti, dengan kebarangkalian bakteria datang dari eksperimen makmal berhampiran.
Jadi apa yang perlu dilakukan seseorang untuk mengelakkan penyebaran bakteria? Anda tetap perlu mengeringkan tangan anda, kerana tidak mengeringkannya selepas mencuci tangan membolehkan bakteria terus hidup. Menggunakan tisu adalah cara yang paling bersih. Anda juga mungkin patut mengelakkan pengering tangan jenis jet.
Pun begitu, ingat bahawa risiko anda mendapat jangkitan serius dalam tandas adalah kecil. Bersentuhan langsung dengan orang lain lebih tinggi risikonya sebagai sebab mendapat jangkitan.
Sumber : Helma Hassan via Hello Doktor
The post Ramai Selalu Guna, Tapi Rupanya Pengering Tangan Boleh Sebarkan Bakteria Dalam Tandas appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/31/ramai-selalu-guna-tapi-rupanya-pengering-tangan-boleh-sebarkan-bakteria-dalam-tandas/