Ramai Salah Faham Ini Fakta Sebenar Pindaan Akta Sip Yang Majikan Tak Tahu


Ramai Salah Faham, Ini Fakta Sebenar Pindaan Akta SIP Yang Majikan Tak Tahu
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul berhubung pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) melibatkan kewajipan majikan memaklumkan kekosongan jawatan atau pewujudan jawatan baharu.
PERKESO menegaskan, bahawa penguatkuasaan terhadap pindaan mengenai seksyen 45F Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan 2025) hanya akan dilaksanakan selepas sesi urus bersama wakil-wakil majikan dan pihak berkepentingan terutama perusahaan kecil dan sederhana (SME).
“Pelaksanaan terperinci hanya akan bermula selepas mengambil kira semua maklum balas daripada sesi libat urus tersebut.
“Bagi memastikan peralihan yang teratur dan tidak membebankan majikan, PERKESO akan melaksanakan moratorium penguatkuasaan sehingga dua tahun, khususnya bagi membantu perusahaan kecil dan mikro menyesuaikan diri dengan keperluan baharu ini.
“Dalam tempoh ini, fokus adalah kepada pendidikan, libat urus dan pematuhan secara berfasa dan sukarela, bukan penalti.
“Proses memaklumkan kekosongan jawatan adalah mudah, ringkas dan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal MYFutureJobs. Apabila jawatan diisi, maklumat tersebut boleh dikesan secara automatik melalui pendaftaran pekerja baharu; dan caruman majikan melalui portal dalam talian PERKESO, sekali gus mengurangkan beban pentadbiran majikan,” jelasnya.
Pindaan ini bukan bertujuan menghukum, tetapi PERKESO menjelaskan ia adalah untuk menambah baik ekosistem pekerjaan negara dalam memberi akses maklumat peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya pencari kerja dapat melihat peluang yang wujud secara telus dan teratur.
“Selain itu, ia juga berupaya membantu majikan memadankan pekerjaan dengan tenaga kerja yang sesuai, sekali gus meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos pengambilan.
“Seterusnya ia akan memberi gambaran pasaran buruh negara yang tepat, semasa dan teratur, bagi membolehkan kerajaan merangka dasar pekerjaan dan latihan kemahiran berdasarkan data sebenar.
“Kesemua matlamat ini adalah asas untuk memastikan pasaran buruh negara menjadi lebih dinamik, responsif dan mampan,” ujar PERKESO.
Sementara itu, PERKESO akan mengadakan siri townhall dan sesi libat urus menyeluruh bersama kumpulan majikan, persatuan industri dan pengamal sumber manusia selepas sesi Dewan Negara bagi menerangkan mekanisme pelaksanaan dan mendapatkan maklum balas industri.
PERKESO kekal komited memastikan pelaksanaan pindaan ini adil, seimbang dan menyokong.
The post Ramai Salah Faham, Ini Fakta Sebenar Pindaan Akta SIP Yang Majikan Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/07/ramai-salah-faham-ini-fakta-sebenar-pindaan-akta-sip-yang-majikan-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkeso Tawar Moratorium Dua Tahun Untuk Majikan Bagi Pindaan Akta Sip

Perkeso Tawar Moratorium Dua Tahun Untuk Majikan Bagi Pindaan Akta Sip

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 144 hits
Pertubuhan Keselamatan Sosial menegaskan bahawa pindaan terbaru terhadap Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2025 tidak bertujuan menghukum majikan sebaliknya untuk memperkukuh ekosistem pekerjaan negara dengan menyediakan akses telus kepada p
Nak Tahu Identiti Batik Yang Sebenar Ini Fakta Yang Kita Jarang Dengar

Nak Tahu Identiti Batik Yang Sebenar Ini Fakta Yang Kita Jarang Dengar

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 196 hits
Batik bukan sekadar sehelai kain bercorak indah Ia adalah warisan seni yang sarat dengan nilai budaya identiti bangsa dan sejarah yang panjang di rantau Nusantara Umum diketahui di sebalik kehalusan motif serta keunikan teknik penghasilanny...
Telur Dan Panjang Umur Orang Jepun Fakta Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Telur Dan Panjang Umur Orang Jepun Fakta Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 130 hits
Telur dan Panjang Umur Orang Jepun Fakta Sebenar yang Ramai Tak Tahu Ramai percaya orang Jepun panjang umur sebab makan telur setiap hari Tapi betulkah Baca penjelasan berdasarkan fakta sumber sahih Rahsia sebenar kesihatan rakyat Jepun ial...
Revolusi Tvet Pindaan Akta 652 Pacu Pengenalan Tiga Sijil Pakar Nasional

Revolusi Tvet Pindaan Akta 652 Pacu Pengenalan Tiga Sijil Pakar Nasional

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 151 hits
Revolusi TVET Pindaan Akta 652 Pacu Pengenalan Tiga Sijil Pakar Nasional KUALA LUMPUR 3 DISEMBER 2025 Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang Undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2025 Akta 652 yang dibentangkan oleh YB Encik Steven ...
Owhhh Tak Salah Faham

Owhhh Tak Salah Faham

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 169 hits
Che IbrahimLie ambo tak salah faham dah memang dia olang tatak suka sama Pas sorry lie ya kita masih kawan cuma tak boleh joint PN manyak ssusah oooo
Tumbbad Monolog Filem Sinopsis Fakta Rangkuman

Tumbbad Monolog Filem Sinopsis Fakta Rangkuman

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 158 hits
Tumbbad Monolog Filem Sinopsis Fakta Rangkuman MONOLOG JIWA Tumbbad Monolog Filem Sinopsis Fakta Rangkuman MONOLOG JIWA Dari Hati Seorang Pejuang Gaya JMBELOG Tarikh 2018 Rilis semula 2024 Tumbbad bukan sekadar filem seram ia adalah karya a...
Isu Kerajaan Negeri Nak Sita Ladang Fgv Apa Fakta Yang Tidak Diketahui

Isu Kerajaan Negeri Nak Sita Ladang Fgv Apa Fakta Yang Tidak Diketahui

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 162 hits
The Greatest Ganu1 92 saham FGV kini dimiliki oleh Felda Sebahagian saham lagi dimiliki Koperasi Peneroka2 FGV bukan milik korporat taikun atau parti politik tertentu sepertimana yang dituduh3 Hasil keuntungan ladang digunakan Felda bagi me...
Pertahankan Fakta Bukan Menakut Nakutkan Rakyat

Pertahankan Fakta Bukan Menakut Nakutkan Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 199 hits
1 Saya tidak lagi menjadi Menteri atau Senator sejak 2 Disember Tetapi sebagai orang yang pernah bertanggungjawab merundingkan ART saya tidak boleh berdiam diri apabila tuduhan berat seperti syarikat US mendapat status Bumiputera dilemparka...
Tanda Warna Di Hujung Tiub Ubat Gigi Mitos Fakta

Tanda Warna Di Hujung Tiub Ubat Gigi Mitos Fakta

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 150 hits
Tanda Warna di Hujung Tiub Ubat Gigi Mitos Fakta Ramai yang lihat hujung tiub ubat gigi dan cepat membuat kisah hijau mesti semula jadi hitam mesti penuh bahan kimia Ini cerita yang tenang bukan untuk memalukan tapi untuk menenangkan rasa i...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Dilema Data Pencil

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti

Kuih Tradisional Keunikan Yang Patut Diberi Peluang Kedua Dalam Dunia Moden

10 0 0 1 Piso Wifi Pause Time Definitive Guide

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Japanese New Year Shogatsu