Nak Tahu Identiti Batik Yang Sebenar Ini Fakta Yang Kita Jarang Dengar


Batik bukan sekadar sehelai kain bercorak indah. Ia adalah warisan seni yang sarat dengan nilai budaya, identiti bangsa dan sejarah yang panjang di rantau Nusantara. 
Umum diketahui, di sebalik kehalusan motif serta keunikan teknik penghasilannya, timbul satu persoalan yang sering mencetuskan perdebatan hangat. 
“Dari manakah sebenarnya asal usul batik?”
Setiap kali muncul trend baharu, kenyataan viral atau perbandingan budaya di media sosial, isu ini pasti kembali ‘panas’. 
Namun sebenarnya, kita tidak perlu melangkau jauh untuk membincangkan perkara ini. Bukankah lebih baik sekiranya penerangan mengenai batik lebih terarah kepada Malaysia sendiri? 
Mungkin ramai tidak sedar, setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti batik tersendiri. Setiap corak, teknik dan gaya batik mencerminkan keunikan budaya tempatan yang berbeza antara satu negeri dengan negeri lainnya.
Dengan erti kata lain, batik bukan hanya satu jenis sahaja tetapi beraneka rupa mengikut negeri-negeri di tanah air. Contohnya seperti negeri-negeri di bawah ini:
Pulau Pinang & Melaka – Batik Tanah Liat Teknik Sutera Saring

Kedah & Langkawi – Batik Tanah Liat (Teknik Terap)

Selangor – Batik Tanah Liat (Produk Hiliran)

Kelantan – Batik Terap Lilin

Sarawak – Batik Linut

Perak – Batik Tanah Liat (Teknik Cetakan Stensil)

Dapat dilihat, setiap negeri juga menonjolkan identiti tersendiri melalui motif dan warna. Contohnya, Kelantan dan Terengganu terkenal dengan batik canting yang menggunakan lilin untuk menghasilkan garisan halus. Manakala, negeri lain lebih banyak menggunakan teknik blok atau skrin.
Tidak hanya itu, semua batik suatu ketika dahulu dihasilkan secara manual dan memakan masa yang lama. Namun, kini terdapat kaedah moden seperti cetakan sutera saring, ikat celup, batik linut, batik clay dan eco-print, yang mempercepatkan proses pembuatan sambil membuka ruang kreativiti yang lebih luas.
Dengan kepelbagaian yang ada, jelas bahawa batik Malaysia bukan sekadar kain bercorak, tetapi juga simbol identiti dan kreativiti budaya tempatan yang unik serta patut dibanggakan. 
Setiap negeri membawa gaya tersendiri, roh budaya, teknik dan sentuhan artisan yang berbeza, menjadikan batik Malaysia warisan hidup yang mekar dalam pelbagai bentuk dan warna.
Nak ‘korek’ lebih dalam pasal batik Malaysia? Jom ramai-ramai banjiri Karnival Komuniti Kraf 2025
Mungkin ramai tidak tahu, batik Malaysia telah diangkat untuk disambut setiap tahun pada 3 Disember.
Jadi, jika anda ingin mengenali keindahan, keunikan dan evolusi batik Malaysia dengan lebih dekat, Karnival Komuniti Kraf 2025 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur adalah tempat yang wajib dikunjungi.
Untuk info, karnival ini telah berlangsung pada 27 November lalu hingga 7 Disember ini sahaja. 
Ia menghimpunkan komuniti dan usahawan kraf seluruh Malaysia, dengan pengunjung bukan sahaja berpeluang datang untuk membeli produk. Malah, turut mengalami, memahami dan menghargai seni kraf tempatan melalui interaksi bersama komuniti yang terlibat.
Karnival ini turut mengetengahkan kreativiti komuniti melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti jualan kraf, demonstrasi kraf, interaktif kraf serta sesi diskusi dan inspirasi antara komuniti dan usahawan kraf.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk nikmati pengalaman menarik bersama komuniti pembuat kraf tempatan di Malaysia.
Jumpa anda di sana. 
The post Nak Tahu Identiti Batik Yang Sebenar? Ini Fakta Yang Kita Jarang Dengar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/05/nak-tahu-identiti-batik-yang-sebenar-ini-fakta-yang-kita-jarang-dengar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Barang Kemas Risau Orang Kampung Mengata

Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Barang Kemas Risau Orang Kampung Mengata

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 208 hits
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi minat mendalamnya terhadap emas hingga sanggup berbelanja besar semata mata untuk memenuhi hobi tersebut Aliff Syukri pernah beli emas RM100 000 Memeti...
Isu Kerajaan Negeri Nak Sita Ladang Fgv Apa Fakta Yang Tidak Diketahui

Isu Kerajaan Negeri Nak Sita Ladang Fgv Apa Fakta Yang Tidak Diketahui

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 162 hits
The Greatest Ganu1 92 saham FGV kini dimiliki oleh Felda Sebahagian saham lagi dimiliki Koperasi Peneroka2 FGV bukan milik korporat taikun atau parti politik tertentu sepertimana yang dituduh3 Hasil keuntungan ladang digunakan Felda bagi me...
Telur Dan Panjang Umur Orang Jepun Fakta Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Telur Dan Panjang Umur Orang Jepun Fakta Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 130 hits
Telur dan Panjang Umur Orang Jepun Fakta Sebenar yang Ramai Tak Tahu Ramai percaya orang Jepun panjang umur sebab makan telur setiap hari Tapi betulkah Baca penjelasan berdasarkan fakta sumber sahih Rahsia sebenar kesihatan rakyat Jepun ial...
Ramai Salah Faham Ini Fakta Sebenar Pindaan Akta Sip Yang Majikan Tak Tahu

Ramai Salah Faham Ini Fakta Sebenar Pindaan Akta Sip Yang Majikan Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 162 hits
Ramai Salah Faham Ini Fakta Sebenar Pindaan Akta SIP Yang Majikan Tak Tahu KUALA LUMPUR Pertubuhan Keselamatan Sosial memperjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul berhubung pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan melibatkan kewajipan majik...
Nak Makan Rambutan Pun Kena Beli Dah

Nak Makan Rambutan Pun Kena Beli Dah

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 186 hits
nbsp Kisah kak ana balik kampung hujung minggu lepas ke Teluk Intan Perak Ada majlis perkahwinan anak buah anak sepupu sebelah Abah kak ana Majlis buat malam jadi sempatlah kami sekeluarga balik selepas suami balik kerja Sabtu tu nbsp Seron...
Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 212 hits
Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura IPOH 8 DISEMBER 2025 Batik Air memperluaskan rangkaian penerbangannya dengan melancarkan laluan baharu Ipoh Singapura sekali gus menandakan kemunculan sulung ibu negeri Perak itu dala...
Rembayung Jadi Perdebatan Zhiddin Aziz Jelaskan Makna Sebenar Di Sebalik Nama Restoran Baharu Khairul Aming

Rembayung Jadi Perdebatan Zhiddin Aziz Jelaskan Makna Sebenar Di Sebalik Nama Restoran Baharu Khairul Aming

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung yang dijangka mula beroperasi Januari tahun depan Di sebalik keterujaan peminat tim...
Apa Keadilan Sebenar Di Sudut Pandang Pn Pas Dalam Isu Apmm Dan Mp Kota Bharu

Apa Keadilan Sebenar Di Sudut Pandang Pn Pas Dalam Isu Apmm Dan Mp Kota Bharu

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 145 hits
Che IbrahimSemua orang tahu cerita sebenar APMM di Masjid Rusila Semua orang tahu bahawa beberapa tanggapan atau andaian PN Pas dlm isu tersebut lebih kepada diada adakan demi mencari sensasi akhirnya menjerat kaki dan tengkok sendiri sekar...
Nak Balik Lapaq Dah Ni Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar

Nak Balik Lapaq Dah Ni Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 209 hits
Rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai dan kawasan sekitarnya diminta segera menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan bantuan dan pemantauan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi A...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sikap Terbaik Saat Difitnah Antara Sabar Membela Diri Dan Memaafkan

Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025