Ramai Kanak Kanak Obesiti Hidap Diabetes Orang Dewasa Perhati Tanda Tanda Ini Maya




PADA usia 12 tahun, Adam gemar bersarapan roti bakar disalut susu pekat dan taburan coklat.
Di sekolah pula, dia kerap membeli nasi ayam goreng untuk makan tengah hari dan minuman manis semasa perjalanan pulang.
Waktu petang masa dihabiskan di depan telefon pintar sambil mengunyah biskut coklat.
BACA LAGI: Skil bukan setakat hias ruang, pilih warna langsir, berikut panduan untuk jadi pereka dalaman profesional
BACA LAGI: [VIDEO] Matcha, manfaat atau risiko untuk kesihatan haid wanita?
Namun, kebelakangan ini ibu bapanya mula perasan Adam cepat penat, kerap bangun malam untuk membuang air kecil dan sering meminta air.
Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan Adam menghidap diabetes jenis 2.
Ia merupakan sejenis penyakit (diabetes) yang lazimnya dialami golongan dewasa.
Menurut Malaysian Journal of Nutrition (2022), hampir satu daripada tiga kanak-kanak di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan seorang daripada lima kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 19 tahun di seluruh dunia mengalami masalah berat badan berlebihan, dengan lapan peratus dikategorikan sebagai obes.
Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrinologi Pediatrik, Dr. Jeanne Wong Sze Lyn berkata, peningkatan kadar obesiti ini turut menyumbang kepada kes diabetes jenis dua di usia muda.
“Faktor utama termasuk pemakanan tidak sihat, gaya hidup sedentari (tidak bersenam) dan rutin tidur tidak teratur.
“Semua ini boleh menyebabkan rintangan insulin yang akhirnya membawa kepada diabetes jenis 2,” jelasnya.

Dr. Jeanne turut menjelaskan, obesiti terutamanya lemak berlebihan pada bahagian perut menjadi punca tubuh tidak memberi tindak balas baik terhadap insulin.
“Pada mulanya, pankreas cuba menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengatasi rintangan ini, tetapi lama-kelamaan ia letih dan paras gula darah meningkat.
“Kanak-kanak dengan diabetes jenis 2 bukan sahaja berisiko komplikasi jangka panjang seperti kerosakan saraf, mata, buah pinggang, penyakit jantung dan strok, malah juga boleh mengalami keadaan akut berbahaya seperti diabetic ketoacidosis (DKA) atau hyperosmolar hyperglycaemic state (HHS) yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera,” katanya.
Antara tanda-tanda awal perlu diberi perhatian:
Kerap haus dan kencing. Cepat letih walaupun cukup tidur. Perubahan berat badan mendadak. Tompokan kulit gelap di leher, ketiak atau siku (acanthosis nigricans). Luka lambat sembuh atau kerap dijangkiti penyakit. Perubahan emosi seperti mudah marah. Walaupun diabetes jenis 2 boleh dirawat, Dr. Jeanne menegaskan pencegahan adalah langkah terbaik.
Beliau menyarankan beberapa perubahan kecil tetapi konsisten seperti:
Kurangkan minuman bergula secara berperingkat dan jadikan air kosong sebagai pilihan utama.
Tukar cara masakan, contohnya ayam panggang berbanding goreng, beras perang menggantikan beras putih dan tambah sayur dalam masakan.
Galakkan aktiviti fizikal menyeronokkan seperti berbasikal, bermain congkak atau galah panjang.
Hadkan masa skrin dan wujudkan zon bebas gajet ketika makan atau sebelum tidur.
Libatkan seluruh keluarga dalam amalan gaya hidup sihat supaya anak-anak lebih mudah mengikut.
“Jangan panik atau menyalahkan diri jika anak mengalami berat badan berlebihan atau pradiabetes.
“Paling penting ialah langkah yang kita ambil hari ini. Mulakan kecil-kecilan, lakukan secara konsisten dan kekalkan suasana positif,” katanya.
Dr. Jeanne mengingatkan, ibu bapa yang bimbang dengan berat badan atau risiko diabetes pada anak harus mendapatkan pemeriksaan awal di klinik atau berjumpa pakar endokrinologi pediatrik.
“Intervensi awal adalah pencegahan terbaik,” tegasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/12/ramai-kanak-kanak-obesiti-hidap-diabetes-orang-dewasa-perhati-tanda-tanda-ini-maya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 677 hits
Gelombang haba ragut nyawa kanak kanak 4 tahun di Itali sekali gus menjadi amaran kepada semua ibu bapa betapa seriusnya ancaman cuaca panas melampau terhadap kesihatan si kecil Dalam insiden menyayat hati ini seorang kanak kanak lelaki war...
Sedar Sedar Dah Ogos Kenapa Kita Rasa Masa Makin Cepat Berlalu Bila Dewasa

Sedar Sedar Dah Ogos Kenapa Kita Rasa Masa Makin Cepat Berlalu Bila Dewasa

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 374 hits
Sedar Sedar Dah Ogos Kenapa Kita Rasa Masa Makin Cepat Berlalu Bila Dewasa Pejam celik kita kini sudah berada di bulan Ogos tahun 2025 Pantas waktu berlalu walhal Januari 2024 masih lagi terasa seperti semalam Apabila meningkatnya tahun mak...
Lirik Lagu Dewasa Itu Berat Suara Kayu

Lirik Lagu Dewasa Itu Berat Suara Kayu

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 3271 hits
Seperti baru kemarin kausisir rambut lusuhku merengek tanpa hal yang pasti kaujaga duniaku Kini kumulai mengerti apa yang sudah kau lewati hadapi tragis kucoba tersenyum manis Sedikit demi sedikit bertambah kuat walau hati menangis ku berla...
Tanda Tanda Orang Yang Mengalami Kemurungan Yang Dia Tak Sedar Pun

Tanda Tanda Orang Yang Mengalami Kemurungan Yang Dia Tak Sedar Pun

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 285 hits
Kemurungan bukan sahaja berlaku kepada mereka yang kelihatan sedih atau murung Ramai individu yang nampak ceria aktif dan baik baik saja di luar sebenarnya menyembunyikan beban emosi yang berat di dalam Inilah yang dipanggil concealed depre...
Kelas Berenang Dewasa

Kelas Berenang Dewasa

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 824 hits
Assalamualaikum haritu saya ada cerita kisah saya join kelas swimming kan usia dah masuk 40 tapi sibuk nak join kelas swimming time ni la baru nak sibuk berenang ada yang minta saya share pengalaman join kelas swimming tapi tak sempat saya ...
Hari Buruk Bukan Tanda Kalah

Hari Buruk Bukan Tanda Kalah

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 180 hits
Hari Buruk Bukan Tanda KalahSetiap orang ada hari buruknya Hari di mana semangat terasa berat untuk dibawa senyum terasa kaku dan langkah terasa lambat Tak mengapa Berhenti sejenak tarik nafas dan beri ruang untuk hati berehat Kadang kadang...
Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 318 hits
Pada usia baru mencecah enam tahun D Devakshean seorang kanak kanak lelaki yang luar biasa pintar telah mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang asing dari pelbagai negara dalam masa hanya satu minit Kejayaan ini sekali ...
Kanak Kanak Cedera Dipukul Dengan Tukul Besi Suspek Positif Dadah Ditahan

Kanak Kanak Cedera Dipukul Dengan Tukul Besi Suspek Positif Dadah Ditahan

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 250 hits
Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun telah ditahan polis selepas disyaki mencederakan seorang kanak kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Flat Ungku Tun Aminah Kejadian itu yang dirakam d...
Sangka Mainan Kanak Kanak Satu Tahun Gigit Ular Tedung Sampai Mati

Sangka Mainan Kanak Kanak Satu Tahun Gigit Ular Tedung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 274 hits
Jarang jarang berlaku seorang budak lelaki berusia satu tahun menggemparkan ramai pihak bila menggigit seekor ular tedung hingga mati Budak lelaki itu yang dikenali sebagai Govinda dipercayai menyangkakan reptilia berbisa sepanjang kira kir...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau