Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit


Pada usia baru mencecah enam tahun, D Devakshean, seorang kanak-kanak lelaki yang luar biasa pintar, telah mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang asing dari pelbagai negara dalam masa hanya satu minit. Kejayaan ini sekali gus melayakkan namanya tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pemegang rekod “Mata Wang Asing Terbanyak Dikenal Pasti oleh Seorang Kanak-Kanak dalam Satu Minit”.
Ibunya, G Devamalar, 37, yang berasal dari Negeri Sembilan, mendedahkan bahawa minat Devakshean terhadap simbol-simbol negara seperti bendera telah mula ditonjolkan sejak usia setahun. Ketika itu, beliau sudah mampu mengenal pasti dan menyebut bendera Malaysia dengan tepat.
“Sejak dia kecil, memang nampak kebolehan luar biasanya. Apabila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat ingat. Daripada situ, kami mula melatihnya dan pada usia dua tahun, dia mencipta rekod dengan mengenal pasti lebih 200 negara serta bandar,” jelas Devamalar.
Menurutnya lagi, daya ingatan Devakshean sangat mengagumkan. “Apa saja kami tunjuk, dia boleh ingat bukan hanya bendera dan nilai mata wang asing tetapi juga banyak lagi. Dia boleh ‘tangkap’ dengan cepat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sijil pengiktirafan MBR oleh wakil MBR, V Menaga.
Sokongan Penuh Keluarga Devamalar turut berkongsi bahawa beliau dan suaminya, A Devakumaran, 41, sangat menyokong perkembangan anak tunggal mereka itu. Malah, mereka meluangkan masa sebulan khas untuk melatih Devakshean sebelum membuat permohonan kepada MBR tahun ini.
“Anak saya suka tengok YouTube. Justeru, kami muat naik bahan-bahan seperti senarai mata wang asing dan sebagainya ke YouTube dan dia belajar sendiri melalui platform itu,” katanya lagi.
Selain daripada minatnya terhadap pembelajaran digital, Devakshean juga lebih cenderung membaca buku dan belajar sendiri berbanding bermain seperti kanak-kanak lain. “Itu memang tabiatnya, kami tidak pernah paksa…itu memang minat dia,” tambah ibunya.
Harapan untuk Masa Depan Devamalar berharap kejayaan luar biasa anaknya itu akan membuka lebih banyak peluang pada masa akan datang, termasuk menyertai Guinness World Records serta mengembangkan potensi lain yang dimiliki oleh Devakshean.
“Sekarang, orang ramai belum kenal dia. Saya harap melalui hebahan media ini, lebih ramai tahu mengenai dia dan dia dapat peluang ke peringkat lebih tinggi,” katanya dengan penuh harapan.
Devakshean, yang dilahirkan pada 10 September 2019, turut menyatakan bahawa dia sangat menyukai bendera Malaysia serta gemar akan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Tambah mengagumkan, dia juga mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang anggota bomba suatu hari nanti.
SUMBER: BERNAMA,SINAR BESTARI
The post Kanak-Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia, Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kanak-kanak-6-tahun-cipta-rekod-malaysia-kenal-pasti-65-mata-wang-asing-dalam-satu-minit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangka Mainan Kanak Kanak Satu Tahun Gigit Ular Tedung Sampai Mati

Sangka Mainan Kanak Kanak Satu Tahun Gigit Ular Tedung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 161 hits
Jarang jarang berlaku seorang budak lelaki berusia satu tahun menggemparkan ramai pihak bila menggigit seekor ular tedung hingga mati Budak lelaki itu yang dikenali sebagai Govinda dipercayai menyangkakan reptilia berbisa sepanjang kira kir...
Baru 6 Tahun Tapi Dah Hafal 65 Mata Wang Dunia Ibu Dedah Rahsia Latih Anak Genius

Baru 6 Tahun Tapi Dah Hafal 65 Mata Wang Dunia Ibu Dedah Rahsia Latih Anak Genius

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 249 hits
Bayangkan anak kecil berusia enam tahun sudah mampu menyebut 65 jenis mata wang dunia dengan tepat dan semuanya dilakukan dalam masa hanya satu minit Itulah yang dibuktikan oleh si cilik luar biasa bernama D Devakshean yang bukan sahaja men...
Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat

Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 233 hits
Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat PUTRAJAYA 31 Julai Trend penuaan di Malaysia berterusan dengan 12 negeri telah mencapai status negeri menua termasuk tambahan tiga negeri baharu iaitu Melaka pad...
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 189 hits
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke 13 2026 2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini Secara umumnya RM...
Pahang Catat Prestasi Cemerlang Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur Nilai Cecah Rm4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini

Pahang Catat Prestasi Cemerlang Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur Nilai Cecah Rm4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 218 hits
KUANTAN Pahang terus mencatat prestasi cemerlang apabila merekodkan pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai mencecah RM4 bilion sehingga Jun tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata juml...
5 Atlet Cilik Malaysia Ukir Sejarah Di Kejohanan Dunia Memanah Berkuda Genggam 9 Emas 1 Rekod Dunia

5 Atlet Cilik Malaysia Ukir Sejarah Di Kejohanan Dunia Memanah Berkuda Genggam 9 Emas 1 Rekod Dunia

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 222 hits
Kontinjen muda Malaysia mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila muncul juara keseluruhan di Kejohanan Dunia Kanak Kanak Memanah Berkuda 2025 yang berlangsung di Bogor Indonesia Kejohanan berprestij yang menghimpunkan wakil dari 15 b...
Aeon Mall Superman 2025 Roadshow Seluruh Malaysia Pecah Rekod Mbor

Aeon Mall Superman 2025 Roadshow Seluruh Malaysia Pecah Rekod Mbor

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 262 hits
Kalau orang cakap Superman hanya wujud kat filem nah 12 Julai lepas dah terbukti salah Tahniah sebab berjaya catat rekod Malaysian Book Of Records sebagai Largest Gathering in Superman Attire seramai 1 007 orang penuh mall dengan baju Super...
Lembaran Kerja Huruf Vokal Nama Huruf Bunyi Huruf Program Intervensi Literasi Tahun Satu

Lembaran Kerja Huruf Vokal Nama Huruf Bunyi Huruf Program Intervensi Literasi Tahun Satu

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 306 hits
Berikut dikongsikan lembaran kerja huruf vokal khusus untuk guru guru yang terlibat dengan Program Intervensi Tahun Satu juga sesuai untuk guru Prasekolah Guru Pemulihan Khas Lembaran Kerja Huruf Vokal sebut nama huruf surih huruf tulis hur...
Harga Petrol Rm1 99 Untuk Rakyat Malaysia Bukan Warga Asing

Harga Petrol Rm1 99 Untuk Rakyat Malaysia Bukan Warga Asing

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 245 hits
Harga Petrol RM1 99 Untuk Rakyat Malaysia Bukan Warga Asing MUAR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1 99 seliter yang diumumkan baru baru ini khas untuk rakyat Malaysia manak...
Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tindakan Serta Merta

Teman Mak Brisk Walk

Pack And Ride 6 Backpacks For Motorcycle Riders

Lelaki Maut Tergantung Atas Pokok

Zus Coffee Versi Botol 1 Liter

Ride To Bentong Pahang