Ramai Ingat Daging Je Ramai Yang Tak Tahu Gula Juga Sebenarnya Penyebab Gout


Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia sememangnya dikenali sebagai ‘syurga makanan’ kerana mempunyai pelbagai jenis makanan dan minuman hasil daripada perpaduan yang dikecapi diantara kaum yang menetap di Malaysia.
Siapa sahaja yang tak suka makan bukan? Kalau duduk sahaja di restoran mamak, menu yang biasanya akan dipesan oleh rakyat Malaysia pastinya nasi kandar bersama dengan teh ‘o’ ais. Namun perlu sentiasa beringat bahawa menu tersebut bukanlah menu yang sihat untuk diamalkan setiap hari.
Kesan daripada pengambilan makanan yang tidak sihat khususnya yang mengandungi gula yang banyak, boleh memudaratkan kesihatan anda. Antara penyakit yang bakal diperolehi sekiranya mengambil gula yang berlebihan secara berterusan adalah kencing manis dan gout.
Gout adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada sendi akibat pengumpulan asid nitrik. Untuk mengetahui penyakit gout dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh Hospital Sentosa ini seperti berikut:
Adakah anda tahu, gula boleh menyebabkan gout? Adakah anda tahu, gula dalam minuman manis menyebabkan gout? minuman berkarbonat, teh tarik, kopi panas, jus buah di pasaran dan pelbagai makanan manis yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Tetapi tahukah anda bahawa semua minuman tersebut boleh menyebabkan anda menghadapi gout?
Apakah itu Gout? Gout merupakan penyakit yang melibatkan keradangan pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik. Ketika mana asid urik tinggi di dalam darah, ia akan meresap ke dalam bahagian sendi dan bertukar menjadi kristal jika kepekatannya terlampau tinggi.
Kristal ini akan dikesan sebagai objek yang asing bagi sel darah putih. Maka, secara beramai-ramai sel darah putih akan keluar daripada salur darah dan melekat kepada kristal asid urik ini untuk menghapuskannya.
Selain daripada itu, sel darah putih juga akan mengeluarkan pelbagai kompaun termasuk protein imun untuk memanggil lebih ramai sel darah putih untuk datang.
Ia seperti panggilan kecemasan untuk semua petugas keselamatan datang ke tempat tersebut. Bahkan kompaun tersebut juga akan menyebabkan saluran darah dikawasan tersebut membesar.
Hasilnya, kawasan itu akan menjadi merah, bengkak dan panas. Selain daripada itu, sel darah putih juga akan merembeskan satu kompaun bernama prostaglandin.
Kompaun prostaglandin inilah yang akan menyebabkan reseptor yang mengesan rasa sakit mencetuskan impuls ke otak. Hasilnya, pesakit akan merasa sakit yang melampau dibahagian yang bengkak.
Bagaimana gula menyebabkan penyakit gout? Perlu diketahui bahawa terdapat pelbagai jenis gula seperti glukosa, fruktosa, galaktosa, laktosa, maltosa, sukrosa dan banyak lagi.
Gula yang spesifik menyebabkan masalah gout adalah satu sahaja iaitu FRUKTOSA.
Gula seperti glukosa dan galaktosa akan menghasilkan tenaga dalam bentuk kompaun ATP(adenosine triphosphate) dengan sempurna. Akan tetapi, dalam penguraian fruktosa, ia terpaksa menggunakan tenaga terlebih dahulu, ATP akan digunakan hingga menjadi AMP(Adenosine monophosphate).
Kompaun AMP inilah yang menjadi bahan mentah untuk menghasilkan lebih banyak urik asid. Lebih banyak anda mengambil gula fruktosa, lebih banyak terhasilnya urik asid dan menyebabkan anda senang diserang gout terutamanya mereka yang pernah mempunyai sejarah diserang gout
Kenapa perlu guna gula fruktosa dalam produk makanan atau minuman? Gula fruktosa digunakan dalam banyak produk makanan kerana ia mudah untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana. Malah rasanya lebih manis daripada jenis gula yang lain menyebabkan penggunaannya disukai oleh orang ramai.
Dengan kuantiti yang sedikit dapat menghasilkan rasa manis yang kuat. Oleh itu, kos untuk menghasilkan sesuatu makanan ataupun minuman dapat dikurangkan dengan banyak malah ia boleh dihantar jauh tanpa rosak.
Sebagai tambahan, gula fruktosa yang selalu digunakan adalah berasal daripada kanji jagung. Setelah kanji itu diproses, ia akan menghasilkan gula fruktosa yang dipanggil sebagai ‘Sirap jagung tinggi fruktosa'(high fructose corn syrup). Bahan ini sangat meluas digunakan di eropah.
Kajian tentang fruktosa dan gout? Ada beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa pengambilan fruktosa yang tinggi menyebabkan kadar serangan gout meningkat. Pada tahun 2008, satu kajian yang mengambil masa 12 tahun telah menemukan bahawa pengambilan air berkarbonat meningkatkan risiko untuk mendapat serangan gout.
Lagi banyak seseorang itu ambil minuman berkarbonat dalam sehari, semakin meningkat risiko untuk mendapat gout. Bukan itu sahaja, Jus buah yang dipasarkan dalam kotak berserta jus buah segar daripada buah yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi juga meningkatkan risiko untuk menghadapi gout.
Beberapa kajian yang telah dilakukan di US menunjukkan peningkatan serum asid urik dikalangan penduduk mereka saban tahun. Bukan itu sahaja, pertambahan serum asid urik ini juga mempunyai kaitan dengan pertambahan rakyat yang obes, menghidapi kencing manis dan juga darah tinggi. Semua penyakit ini dikaitkan dengan pengambilan gula(high fructose corn syrup) yang berlebihan
Makanan yang tinggi fruktosa? Terdapat beberapa makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan fruktosa. Sebagai contoh
* Minuman berkarbonat
* Gula-gula
* Yogurt yang di maniskan lagi
* Roti
* Buah dalam tin
* Jus buah
* Cereal
* Makanan ringan seperti biskut, chocholate dan sebagainya
* Minuman tenaga
* Ais krim
Kebanyakkan daripada makanan ini sebenarnya sudah mempunyai jumlah fruktosa yang rendah. Tetapi ada yang ditambah dengan gula frukotsa lagi untuk memaniskan makanan tersebut.
Sebagai contoh Jus buah. Di dalamnya sudah mempunyai sejumlah kandungan fruktosa, tetapi kebanyakkan pengilangan akan menambahkan gula fruktosa lagi ke dalam minuman tersebut untuk memaniskan rasa jus buah itu.
Kesimpulan 1.Gula fruktosa terbukti menyebabkan serangan gout malah dikatakan ia mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar obesiti dan penyakit kronik dikalangan masyarakat. Oleh itu, pengguna perlulah memeriksa label makanan sebelum membelinya
2.Dan perlu diketahui bahawa gula fruktosa juga terdapat banyak dalam makanan yang semula jadi seperti buah-buahan dan juga madu.
3.Keburukan gula fruktosa pada satu sisi bukan menyuruh kita untuk memulaukan semua makanan yang mempunyai gula fruktosa. Tetapi untuk kita faham bahawa bagi setiap permakanan perlunya ada kawalan. 4.Bukan setakat itu, ia juga perlu diharmonikan lagi dengan senaman yang kita perlu buat dalam waktu seminggu.
Nasihat kami, kurangkanlah manis dalam makanan. Lebihkan manis dalam senyuman.
Sumber: Hospital Sentosa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/08/ramai-ingat-daging-je-ramai-yang-tak-tahu-gula-juga-sebenarnya-penyebab-gout/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebahagian Stress Ibu Ibu Sebenarnya Sebab Banyak Barang Dalam Rumah Waktu Mengemas Pun Bertambah

Sebahagian Stress Ibu Ibu Sebenarnya Sebab Banyak Barang Dalam Rumah Waktu Mengemas Pun Bertambah

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 416 hits
Rumah umpama syurga bagi setiap keluarga kerana dari rumah kita dapat berehat dengan tenang dan nyaman Namun dari rumah jugalah boleh membuatkan kita tertekan jika kebersihan tidak dijaga susun atur yang terlalu serabut dan barang di dalam ...
Viral Suami Beri Tulisan Romantis Pada Istri Saat Melahirkan Ini Arti Sebenarnya Jadi Suami Siaga

Viral Suami Beri Tulisan Romantis Pada Istri Saat Melahirkan Ini Arti Sebenarnya Jadi Suami Siaga

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 279 hits
Check list jadi suami siaga tuh sering kali butuh gestur manis seperti ini Para calon Bapak coba deh dipraktikkan
Ini 3 Musuh Manusia Yang Sebenarnya Menurut Imam Ghazali

Ini 3 Musuh Manusia Yang Sebenarnya Menurut Imam Ghazali

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 159 hits
Permusuhan di antara manusia merupakan hal yang tidak terpuji Apalagi bila yang dimusuhi itu masih sebangsa dan sekeyakinan Ini sebab dari permusuhan akan lahir perpecahan dan perselisihan sebagaimana yang dihadapi bangsa Indonesia beberapa...
Pengalaman Pakai Rod Implan Sebagai Kaedah Perancang Keluarga Ia Sebenarnya Sangat Mudah Dan Tidak Menyakitkan

Pengalaman Pakai Rod Implan Sebagai Kaedah Perancang Keluarga Ia Sebenarnya Sangat Mudah Dan Tidak Menyakitkan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 717 hits
As Salam Pengalaman Pakai Rod Implan Sebagai Kaedah Perancang Keluarga Ia Sebenarnya Sangat Mudah Dan Tidak Menyakitkan Fikir dua tiga kali jugak sebelum saya ambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan rod implan sebagai ka...
Penyebab Spbu Di Bukit Ambacang Sumbar Terbakar Diduga Kebocoran Tangki

Penyebab Spbu Di Bukit Ambacang Sumbar Terbakar Diduga Kebocoran Tangki

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 227 hits
Kebakaran terjadi ketika pemilik kendaraan itu usai mengisi bahan bakar jenis premium
Kadin Dukung Pemerintah Berantas Mafia Tanah Penyebab Daya Saing Ri Lemah

Kadin Dukung Pemerintah Berantas Mafia Tanah Penyebab Daya Saing Ri Lemah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 194 hits
Ketua Kamar Dagang dan Industri Indonesia Rosan Roeslani mengaku geram dengan keberadaan mafia tanah di Indonesia Selain investor yang menjadi korban daya saing RI menurutnya terganggu imbas eksisnya mafia tanah yang memakan kerugian hingga...
Penyebab Kebakaran Di Cawang Diduga Gas Bocor Kerugian Ditaksir Rp 1 Miliar

Penyebab Kebakaran Di Cawang Diduga Gas Bocor Kerugian Ditaksir Rp 1 Miliar

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 177 hits
Lokasinya di Jalan MT Haryono RT04 dan RT05 RW01 Cawang Atas Kampung Dalam tepatnya di belakang Apartemen Signature Park kata Gatot
Pergi Berurut Nak Betulkan Posisi Bayi Songsang Rupanya Penyebab Uri Tercabut

Pergi Berurut Nak Betulkan Posisi Bayi Songsang Rupanya Penyebab Uri Tercabut

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 549 hits
Biarpun kes ini agak jarang diperkatakan di negara kita tidak boleh dinafikan ia tetap ada Masalah uri tercabut atau placenta abruption adalah keadaan kecemasan di mana uri terlepas dari lekatan dinding rahim yang menyebabkan pendarahan di ...
Layanan Pesan Antar Makanan Jadi Penyebab Meningkatnya Penyakit Jantung Di Indonesia

Layanan Pesan Antar Makanan Jadi Penyebab Meningkatnya Penyakit Jantung Di Indonesia

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 186 hits
Perubahan ini berpengaruh pada peningkatan jumlah penderita penyakit jantung Karena dipengaruhi oleh perubahan perilaku dan gaya hidup seseorang kata Direktur Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Tidak Menular Dr Cut Putri Ariane MH Kes
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba