Sebahagian Stress Ibu Ibu Sebenarnya Sebab Banyak Barang Dalam Rumah Waktu Mengemas Pun Bertambah
Rumah umpama syurga bagi setiap keluarga kerana dari rumah kita dapat berehat dengan tenang dan nyaman. Namun dari rumah jugalah boleh membuatkan kita tertekan jika kebersihan tidak dijaga, susun atur yang terlalu serabut dan barang di dalam rumah terlalu padat. Yang terbeban tentulah si ibu!
Tambahan pula bagi ibu yang mempunyai anak kecil dan ramai sudah tentu “naik hantu” dibuatnya apabila rumah yang baru siap dikemas kembali seperti kapal pecah. Sudahlah rumah besar, barang terlalu banyak, kain baju berbakul-bakul sehinggakan tiada waktu rehat untuk ibu-ibu. Stress bukan?
[Baca Selanjutnya: Sangka Isteri Buang Air Besar Di Rumah, Suami Pula Jadi Bidan Sambut Anak]
Minimumkan Barang Rumah
Rumah orang Jepun lapang. Barangan yg ada minimum aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderetderet macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!
Rumah orang Jepun kecik-kecik aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.
Lebih Masa Melayan Anak-anak
Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang-jarang bertukar jadi dragon. Dia orang ada banyak masa main dengan anak, cakap baik-baik ngan anak dan melayan kerenah anak.
Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya
Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam-jam kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori-lori. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.
Sebahagian Stress Sebab Banyak Barang
So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.
Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang utk kemas dan tak masuk lipat kain baju. – Ochiai,tama-Shi.
Kredit: Normaliza Mahadi
The post Sebahagian “Stress” Ibu-Ibu Sebenarnya Sebab Banyak Barang Dalam Rumah, Waktu Mengemas Pun Bertambah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sebahagian-stress-ibu-ibu-sebenarnya-sebab-banyak-barang-dalam-rumah-waktu-mengemas-pun-bertambah/