Ramai Anggap Lelaki Misai Kontot Ini Charlie Chaplin Sebenar Tapi Sebenarnya Bukan
Wajah bermisai kontot, mengenakan topi dan sentiasa menampilkan perilaku yang lucu serta berpewatakan gentleman ini selalu dianggap sebagai Charlie Chaplin sebenar. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ini hanyalah watak yang dibawa oleh Charlie Chaplin dan rupa Charlie Chaplin sebenar tidaklah sebegitu
Watak ikonik lakonan Charlie Chaplin ini dikenali sebagai The Tramp yang mana membuatkan Charlie Chaplin dikenali ramai. Watak The Tramp juga merupakan salah satu judul filem bisu Chaplin sendiri yang diarahkannya pada tahun 1915
Watak ini diciptakan secara tidak sengaja ketika Chaplin bekerja di sebuah studio dan sedang mempersiapkan dirinya untuk filem pendek terbitan tahun 1914, Mabel's Strange Predicament yang turut menampilkan dirinya dan Mabel Normand
Dalam satu temubual pada tahun 1933, Charlie Chaplin pernah menyatakan bagaimana dia tampil dengan idea The Tramp. A hotel set was built for (fellow Keystone comic) Mabel Normand's picture Mabel's Strange Predicament and I was hurriedly told to put on a funny make-up. This time I went to the wardrobe and got a pair of baggy pants, a tight coat, a small derby hat and a large pair of shoes. I wanted the clothes to be a mass of contradictions, knowing pictorially the figure would be vividly outlined on the screen. To add a comic touch, I wore a small mustache which would not hide my expression. My appearance got an enthusiastic response from everyone, including Mr. Sennett. The clothes seemed to imbue me with the spirit of the character. He actually became a man with a soul—a point of view. I defined to Mr. Sennett the type of person he was. He wears an air of romantic hunger, forever seeking romance, but his feet won't let him.Watak The Tramp muncul pertamakalinya dalam filem Kid Auto Races at Venice yang diterbitkan pada tahun 1914 dan merupakan karakter ikonik Charlie Chaplin semenjak itu. Menggunakan watak The Tramp, Charlie Chaplin muncul dalam pelbagai filem pendek dan juga filem feature.
Malah, walaupun era filem dengan bunyi sudah muncul, Charlie Chaplin terus menggunakan watak The Tramp dengan pembikinan filem-filemnya masih tidak menggunakan dialog.
Charlie Chaplin lalu bersara daripada watak tersebut dalam filem Modern Times yang diterbitkan pada 1936. Dia masih aktif berlakon ketika itu namun sebagai dirinya sendiri.
Pelakon komedi ikonik ini meninggal dunia pada 25 Disember 1977 pada usia 88 tahun disebabkan sakit tua.
===========================
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sukafilem.net/2022/11/ramai-anggap-ini-charlie-chaplin.html