Kami Tak Kenal Calon Tapi Tetap Akan Pangkah Ph Kata Pengundi Gombak


 
Pengundi Gombak berbeza pandangan sama ada mahu mengekalkan Azmin Ali, yang kini bersama PN, sebagai Ahli Parlimen, atau terus memilih PH.GOMBAK: Segelintir pengundi Parlimen Gombak mahu terus memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk merampas kerusi itu pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Meskipun ada yang tidak mengenali Amirudin secara dekat, namun atas kepercayaan terhadap pilihan parti itu, mereka tetap akan mengundi parti yang sama.
Yap Wei Xuan.Seorang pengundi, Yap Wei Xuan, 20, berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengundi parti dipimpin Anwar Ibrahim itu pada PRU15, tidak kira siapa pun calonnya.
“Saya percaya dengan pimpinan (PH) dan pilihan Anwar. Menerusi media sosial, saya dapati parti itu tidak memainkan isu perkauman demi kepentingan politik serta mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya ketika ditemui FMT.
Seorang lagi penduduk, Teh Bee Woon, 75, berkata beliau kemungkinan besar akan mengundi Amirudin dengan imejnya selaku menteri besar yang lebih mesra rakyat, selepas “dikhianati” oleh calon Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali yang sebelum ini mewakili PKR.
“Sungguhpun saya tidak begitu kenal dia (Amirudin), tapi saya tengok imejnya lebih peramah,” katanya.
“Apa yang boleh saya kata, saya pasti tak akan mengundi Azmin lagi. Rasa hampa dengan Azmin. Kami sokongnya setiap kali pilihan raya, beliau jadi ‘katak’ pula.
“Tiada orang akan sokong beliau (Azmin) lagi dengan sikap sebegini. Rakyat sudah meletakkan kepercayaan kepadanya tetapi beliau tukar parti selepas menang pada PRU sebelum ini. Itu tak betul.”
Menurut Teh, prestasi Azmin sangat bagus ketika bersama PKR, namun hala tujunya kini berubah.
Marini.Bagaimanapun, seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Marini, 65, berkata beliau tetap akan menyokong Azmin.
Beliau tidak mempedulikan isu pengkhianatan yang dibangkitkan orang ramai kerana sering melihat Azmin turun padang sejak menjadi Ahli Parlimen.
“Bagi saya, saya kekal sokong Azmin sahaja. Kalau insya-Allah beliau dapat menang pada PRU15, harap dapat tolong tambah baik isu kenaikan harga barang yang mendadak kini, peniaga susah berniaga,” katanya.
Sementara itu, pengundi yang hanya ingin dikenali sebagai Hozo, 21, berkata beliau masih ragu-ragu sama ada ingin mengundi atau tidak kerana belum dapat membuat keputusan memilih mana-mana parti.
Bagaimanapun, beliau berharap wakil rakyat yang akan dipilih nanti sentiasa membantu memperjuangkan isu rakyat, bukan semata-mata turun padang pada musim pilihan raya, kemudian tidak lagi menunjukkan muka.
“Azmin bagus tetapi selepas menjadi menteri, terus macam tak nampak (muka),” katanya.
“Sebelum ini, beliau dengar isu rakyat. Tapi kali ini, tengok macam mana lah. Beliau sendiri lompat sana lompat sini. Saya pun tak tahu.”
Pada 2018, Azmin yang juga bekas timbalan presiden PKR menang dengan majoriti 48,721 di kerusi itu.
Bagaimanapun, beliau dipecat PKR pada Februari 2020 susulan Langkah Sheraton dan kemudian menyertai Bersatu pada Ogos tahun sama.
Pada PRU kali ini, Azmin bakal berdepan persaingan lima penjuru dengan pencabar terkuatnya, Amirudin. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/kami-tak-kenal-calon-tapi-tetap-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 199 hits
agendaily com16 11 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Walaupun Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lantikan Perdana Menteri baharu adalah bergantung kepada budi bicara...
Ahli Politik Berdepan Kes Rasuah Tak Patut Jadi Calon Pru15 Kata C4

Ahli Politik Berdepan Kes Rasuah Tak Patut Jadi Calon Pru15 Kata C4

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 294 hits
Ahli politik yang berdepan dakwaan rasuah di mahkamah tidak sepatutnya bertanding pada pilihan raya umum ke 15 kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme Pengerusi kumpulan anti rasuah itu Edmund Terence Gomez berkata ahli politik terbabit me...
Faktor Calon Punca Perikatan Bakal Dipilih Di Perak Utara Kata Hamzah

Faktor Calon Punca Perikatan Bakal Dipilih Di Perak Utara Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 183 hits
FAKTOR calon yang bersih dan diterima pengundi bakal menjadi pemangkin kepada kejayaan Perikatan Nasional terutama di empat kerusi Parlimen di utara Perak yang ditandingi calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Setiausaha Agung PN H...
Doa Seorang Anak Soleh Moga Allah Rahmati Ibu Tapi Saya Tak Buat Benda Mungkar Kata Nik Omar

Doa Seorang Anak Soleh Moga Allah Rahmati Ibu Tapi Saya Tak Buat Benda Mungkar Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 224 hits
Moga Allah rahmati ibu tapi saya tak buat benda mungkar kata Nik Omar November 17 2022 Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket PH berkata ia mungkin perbezaan dari sudut pandangan dan bukan berkaitan akidah ata...
Calon Parti Lawan Jangan Jaga Tepi Kain Orang Kata Mca

Calon Parti Lawan Jangan Jaga Tepi Kain Orang Kata Mca

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 194 hits
PRESIDEN MCA Dr Wee Ka Siong meminta calon parti lawan agar tidak mencampuri hal dalaman atau menjaga tepi kain orang dalam urusan mencari pemimpin tertinggi sekiranya sesebuah parti itu menang Kita di BN sendiri pun tidak mencampu
Saya Orang Tempatan Faham Sentimen Jerai Kata Calon Dap

Saya Orang Tempatan Faham Sentimen Jerai Kata Calon Dap

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 246 hits
Jerai sinonim kepada pengundi yang konservatif sebab itu kami letakkan calon tempatan yang betul betul memahami sentimen dan pandangan penduduk kata calon DAP Zulhazmi Shariff PETALING JAYA Calon DAP bagi Parlimen Jerai Zulhazmi Shariff per...
Bertanding Sebab Layak Bukan Kerana Kurang Upaya Kata Calon Pakatan Di Putrajaya

Bertanding Sebab Layak Bukan Kerana Kurang Upaya Kata Calon Pakatan Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 165 hits
BEKAS pensyarah kanan Universiti Malaysia Dr Noraishah Mydin menjelaskan beliau dipilih sebagai calon pilihan raya kerana merit untuk memperjuangkan perubahan dan bukan kerana keadaan dirinya yang kurang upaya Noraishah yang menghidap penya...
Ibarat Kahwin Diatur Kata Tajuddin Selepas Digugur Calon

Ibarat Kahwin Diatur Kata Tajuddin Selepas Digugur Calon

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com November 4 2022 7 30 PMPenyandang kerusi Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau berterima kasih kepada Umno kerana memberinya banyak peluang sebelum ini PETALING JAYA Penyandang kerusi Parlimen Pasir...
Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 243 hits
agendaily com2 11 2022Calon UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan surat Akujanji ditandatanganinya menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU 15 Awal hari ini ...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Al Fateh Tak Sihat

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences