Ramadhan Pusat Urut Tawar Pelacur Diserbu



Keterangan gambar:1. Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Azmi Syukor (topi putih) melakukan pemeriksaan dalam operasi di sebuah pusat urut di Bandar Puteri Puchong, Serdang, awal pagi tadi.2. ANTARA pelacur warga asing yabg ditahan dalam operasi itu.
KEGIATAN pelacuran yang berselindung di sebalik pusat urut di Bandar Puteri Puchong, Serdang, ditumpaskan dengan penahanan 21 pelacur warga asing, awal pagi tadi.Dalam operasi bermula kira-kira 1 pagi itu, tangkapan membabitkan wanita warga Vietnam, Indonesia dan Thailand berusia 20-an hingga 30-an.Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, operasi dilakukan hasil maklumat dan risikan dilakukan selama tiga hari di premis berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati pusat urut itu beroperasi di tingkat satu dan dua. Tingkat satu dijadikan sebagai kaunter untuk pelanggan berurusan sebelum mereka dibawa ke tingkat dua yang menempatkan bilik digunakan untuk melakukan seks.“Selain 21 pelacur warga asing itu, kami turut menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai penjaga premis untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, awal pagi tadi.Azmi berkata, pihaknya turut merampas 120 kondom, tisu serta gel pelincir.“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya. (myMetro)
Komen: Kegiatan Pelacuran Semakin Membarah di Malaysia Oleh Jessamyn -December 10, 2018Amat mengejutkan, satu berita di portal berita Malaysiakini menyiarkan tajuk ‘Pelacur ‘nomad’ dapat permintaan tinggi di Kota Bharu’.Ia susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di hadapan lif tingkat satu sebuah apartmen yang terletak di Bandar Kota Bharu.Dalam operasi itu, seorang penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 24 tahun yang bertindak sebagai ‘bapa ayam’ ditahan bersama tiga wanita berusia 27, 36 dan 40 tahun.Keempat-empat mereka merupakan warga tempatan yang berasal dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak. Ketika ditahan suspek lelaki mengaku mengiklankan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dan menjadi orang tengah antara pelanggan dan pelacur yang dijaganya.

Pendapatan LumayanDikatakan setiap kali perkhidmatan seks wanita berkenaan akan menerima bayaran antara RM250 hingga RM300 dan bapa ayam itu akan menerima komisyen sebanyak 30 peratus untuk setiap pelanggan yang diterima.Selain itu, pemuda tersebut menerima wang RM50 sehari bagi upah menjaga mereka serta perbelanjaan makan-minum.Pemuda itu ditawarkan kerja sebagai ;bapa ayam bermula Julai lalu dan pendapatannya sekitar RM4,000 daripada wanita berkenaan yang bergerak dari sebuah negeri ke negeri lain di negara ini mengikut permintaan yang diterima daripada pelanggan.Permintaan TinggiSeorang pelacur yang berusia 40 tahun ketika ditanya mengenai kegiatan itu berkata, perkhidmatannya mendapat permintaan tinggi selama berada di Kota Bharu.Mereka berpindah-randah dari satu lokasi ke lokasi lain, namun di Kota Bharu permintaan yang sangat tinggi dan dia boleh mencapai sekitar lima orang pelanggan setiap hari.Nampaknya modus operandi pelacur ini semakin berleluasa di negara ini. Ini tangkapan hanya di Kota Bharu, Kelantan. Belum lagi melibatkan negeri-negeri lain.Malaysia jadi Hub Rumah PelacuranLaporan diterbitkan di liveandinvestoverseas.com mendedahkan Malaysia berada di tangga ke-lapan yang mempunyai bilangan pekerja seks paling ramai di dunia pada tahun 2013.Malaysia tersenarai di tangga ke-lapan antara sepuluh negara di dunia yang mempunyai bilangan pekerja seks teramai untuk setiap 10,000 penduduk.Pada tahun 2013, setiap tahun dianggarkan tiga juta orang mengembara menggunakan khidmat pelancongan untuk tujuan seks dan angka ini dijangka semakin meningkat dan turut mendedahkan terdapat lebih daripada 25 syarikat khidmat pelancongan seks terancang berpusat di Miami, New York, dan San Diego.Malaysia telah diletakkan Amerika Syarikat di dalam senarai hitam dalam kalangan negara yang mempunyai kes paling teruk isu permerdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk pelacuran kanak-kanak.52 pekerja seks setiap 10,000 orang. Amat memalukan negara. Ia lebih tinggi dengan Thailand sebanyak 45 pekerja seks setiap 10,000 orang.Keadaan Ekonomi Punca Pelacuran TinggiKeadaan ekonomi yang lemah di negara Malaysia juga antara punca yang menyebabkan dunia pelacuran semakin tinggi.Tambahan pula yang hidup di bandar yang besar seperti Kuala Lumpur. Kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan yang masih tipis, pendapatan yang rendah dan harga barang yang semakin melambung tinggi adalah faktor mereka terpaksa mencari pekerjaan lain.Mungkin senang bagi masyarakat luar untuk suruh mereka mencari pekerjaan lain, tetapi kerja siang malam belum tentu mencecah pendapatan RM4000 sebulan. Itulah yang mendorong mereka untuk terus melakukan maksiat untuk mendapatkan kewangan yang baik.Ada yang terpaksa melacur untuk memberi makan kepada anak-anak mereka. Ini kerana terdapat kes seorang ibu bersedia melacurkan dirinya kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupannya dan anak perempuannya yang dijaga oleh kakaknya.Sampai begitu sekali pengorbanan mereka untuk menyara keluarga dan anak-anak. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul.Penguatkuasaan Lemah, Ramai Pelacur Di Malaysia?Perunding utama JK Associates, Khen Han Ming berkata, pengalamannya sebagai pengarah keselamatan hotel dari 2012 hingga 2016 telah mendedahkan dirinya kepada isu menyeluruh bisnes pelacuran di negara ini dan mendakwa ia merupakan masalah yang lebih besar.Kata beliau, salah 1 senario adalah pelacuran paksaan manakala yang 1 lagi mereka yang melakukan dengan bebas.Pelacuran paksaan adalah apa yang kebanyakannya dilihat di jalan-jalan seperti Bukit Bintang, Lorong Haji Taib, dan Jalan Chow Kit di mana pelacuran dijalankan dari rumah kedai atau hotel murah yang diubah suai menjadi pelacuran.Kemudian warga asing yang datang dengan menggunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai ejen atau bapa ayam. Mereka memenuhi pasaran ‘kelas atasan’ dan beroperasi di sekitar Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan sudah tentu Bukit Bintang. Pada asasnya, di mana-mana kawasan yang berhampiran hotel mewah.Adalah penting bagi polis untuk menangani pelacuran paksaan di negara ini kerana terdapat banyak jenayah lain yang berkaitan dengannya, termasuk pemerdagangan manusia.Mungkin ada pihak yang terlibat dalam pelacuran “disuap” termasuk pengendali hotel, pengendali makanan dan pemandu teksi. Sebab itu serbuan atau tangkapan tidak berjalan dengan baik. Pihak polis nampak atau ‘buat-buat tak nampak’.Malah jarang pihak berkuasa melakukan serbuan ke atas hotel-hotel mewah. Apakah tandanya? Bukan menuduh tetapi pihak berkuasa perlu menangani masalah pelacuran ini dengan berkesan dan diharap tiada lagi budaya rasuah di pentadbiran yang baharu ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekarang Malaysia sudah setahun di bawah pentadbiran PH. Dalam hal ini, adakah masih sama di bawah BN dulu dengan PH sekarang? 2X5 saja?? 

Kalau begitu, PRU akan datang umat Islam kena tukar lagi kepada kerajaan yang prihatin kepada Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia atau Tanah Melayu!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/ramadhan-pusat-urut-tawar-pelacur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 876 hits
Bulan Ramadhan Al Mubarak menandakan permulaan bulan yang penuh bermakna di mana semua sanak saudara berkumpul Baru baru ini bagi meraikan permulaan bulan yang penuh barakah ini eCurve menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al Fi...
Informasi 15 Pelacur Berselindung Di Balik Pusat Refleksologi Ditahan

Informasi 15 Pelacur Berselindung Di Balik Pusat Refleksologi Ditahan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 640 hits
KUALA LUMPUR 5 Mei Polis menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat refleksologi di Jalan Hj Yaakub Kampung Air Kota Kinabalu awal pagi tadi Memetik Berit...
Informasi Ramadhan Pejabat Pas Pusat Peluang Buka Puasa Berjamaah Tazkirah

Informasi Ramadhan Pejabat Pas Pusat Peluang Buka Puasa Berjamaah Tazkirah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 436 hits
KL Ihya Ramadan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dengan kerjasama LKKP Wilayah Persekutuan dan Selangor pada tahun ini memasuki tahun ke 11 pelaksanaannya Menarik pada hari kedua Ramadan ini Pejabat Agung PAS di Jalan R...
Di Ambang Ramadhan

Di Ambang Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 309 hits
Balik beramadhan Sarapan Makan tengahari InsyaAllah makan malam terawih mentong cholekSiapa selepas MAHATHIR Siapa yang semampunya Itu ANTARA yang terpacul Dari mulut mereka mereka mereka bangsa JOHOR Uuhhh ingatkan MAHATHIR sudah disalaher...
Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 557 hits
Sebelum memasuki bulan suci ramdhan ada baiknya kita kembali bersihkan diri dengan melakukan mandi wajib Berikut tata cara mandi wajib jelang puasa ramadhan hal ini agar kita semakin khusyuk dalam menjalani ibadah puasa ramadhan Mandi wajib...
Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah Panas Untuk Cuci Kubah Masjid Semangat 2 Pekerja Ini Perlu Dihargai

Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah Panas Untuk Cuci Kubah Masjid Semangat 2 Pekerja Ini Perlu Dihargai

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 366 hits
Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah panas untuk cuci kubah masjid semangat 2 pekerja ini perlu dihargai Menjelang sambutan Ramadan pada esok hari pelbagai persiapan dilakukan untuk memperoleh keberkatan daripada Allah SWT Namun bagi...
15 Kesilapan Kita Di Bulan Ramadhan Nampak Simple Tapi Kita Selalu Lupa

15 Kesilapan Kita Di Bulan Ramadhan Nampak Simple Tapi Kita Selalu Lupa

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 520 hits
PERSIAPAN SEBELUM MENJELANG RAMADANMengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa 1 Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan Nabi berbuka puasa hanya dengan 3 biji kurma dan air kosong kerana buka puasa bukan unt...
20 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2019 1440 H Cocok Untuk Update Status Di Media Sosial

20 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2019 1440 H Cocok Untuk Update Status Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 728 hits
Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan suci Ramadhan yang tinggal hitungan hari lagi Banyak cara yang dapat dilakukan untuk menyambut bulan Ramadhan di antara yaitu dengan berbagi ucapan dan doa Ucapan selamat puasa Ramadhan 2019 ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket