Rakyat Tidak Peduli Politik Murahan Tun M Kelangsungan Hidup Kini Lebih Utama Datuk Zaidi Said
Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, hari ini rakyat tidak peduli pada asakan melampau Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana hari ini rakyat lebih memikirkan kelangsungan hidup mereka malah rakyat meletakkan harapan yang luar biasa kepada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).
Justeru jelas beliau, sekiranya kelangsungan hidup yang berkait rapat dengan sesuap nasi rakyat ini tidak ditangani dengan baik makai a boleh menjadi bom nuklear yang akan melupuskan semua kehebatan hari ini.
“Rakyat tidak peduli pada asakan melampau Tun M, rakyat mula melihat sisi buruk Tun M saat drama baru ini beliau tayangkan. Amat malang pada negarawan hebat ini, jika rakyat melihat beliau sama sahaja dengan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang yang tidak habis-habis menulis kisah nafsu politik kotor mereka dalam negara tercinta ini.
“Rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan oleh kerajaan. Masa depan rakyat dan negara untuk bangkit terletak pada kehebatan pasukan Kerajaan PN hari ini. Jika kerajaan gagal mengariskan hala tuju yang jelas, penderitaan rakyat bertambah maka musuh akan mudah meracuni pemikiran rakyat dan akhirnya PN mungkin akan tersungkur kembali.
“Kerana itu, kekuatan kerajaan pimpinan PN tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada keperibadian Tan Sri Muhyiddin Yassin semata-mata. Walaupun hari ini sosok tubuh Perdana Menteri menjadi faktor membenihkan kasih sayang, simpati dan kebanggaan rakyat pada Kerajaan PN namun hakikatnya tanpa barisan kepimpinan yang lain, mana mungkin ia berjalan lancer dan hakikat juga bahawa kerajaan PN belum benar-benar teruji… untuk ujian pandemik COVID-19, PN lulus cemerlang!,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Zaidi, ujian kemampuan sebenar pasukan pemerintahan Kerajaan pimpinan PN kini makin menghampiri garis permulaan yang sebenar.
“Hari ini rata-rata rakyat bangga mempunyai pemimpin dan kerajaan yang terbukti meletak kepentingan rakyat dan negara di hadapan. Dunia juga turut mengiktiraf keluarbiasaan keputusan kerajaan menangani pandemik COVID-19 sehingga menghasilkan dapatan yang boleh menjadi rujukan negara-negara maju bagaimana Malaysia Mendidik Rakyat.
“Dalam sedikit masa lagi semua ini akan menjadi lipatan sejarah hebat. Realiti sebenar selepas kejayaan itu lebih hebat menanti kerajaan pimpinan PN… kerana itu, saya berharap kepada semua para menteri, ingatlah! Ini adalah masa untuk berkhidmat pada rakyat, bukan sibuk mengurus habuan buat keluarga, kawan-kawan atau ahli parti demi cita-cita dan nafsu dalam diri. Kerajaan ‘kulit bawang’ ini boleh lenyap terus andai anda terlelap seketika Cuma,” tegas beliau. – UMNO ONLINE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2020/05/rakyat-tidak-peduli-politik-murahan-tun.html