Katak Politik Buktikan Mereka Lebih Pentingkan Politik Dari Isu Rakyat
Ketika ramai rakyat Malaysia terutama yang bekerja sendiri dan di sektor swasta putus sumber pendapatan akibat larangan operasi perniagaan, diberhentikan atau dipotong gaji.
<!--more-->Ketika Ahli Parlimen menikmati gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen melebihi RM16,000 sebulan, kelompok rakyat 40 peratus terbawah (B40) bahkan 40 peratus pertengahan (M40) telah dan sedang terpukul dengan kejatuhan ekonomi
Untuk rekod, isi rumah B40 adalah mereka yang berpendapatan di bawah RM4,360 sebulan, M40 dengan pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,360 dan RM9,619 manakala isi rumah T20 memperoleh lebih daripada RM9,619 sebulan Mengikut kertas statut yang disiarkan di laman web Parlimen, seorang Ahli Parlimen menikmati sekurang-kurangnya 14 jenis elaun.
Selain gaji RM16,000 sebulan, ahli Dewan Rakyat menikmati pelbagai elaun lain iaitu: 1. Menghadiri sidang Parlimen – RM400 sehari 2. Menghadiri mesyuarat atau bengkel agensi kerajaan – RM300 sehari 3. Elaun keraian – RM2,500 sebulan 4. Bayaran khas – RM1,500 sebulan (kecuali jika MP adalah ahli pentadbiran) 5. Penerbangan kelas perniagaan dan perjalanan kereta api kelas pertama 6. Elaun hotel semasa di luar negara – bilik standard 7. Elaun hotel apabila bekerja luar kawasan dalam negeri lebih daripada 32 km dari rumah – tidak lebih daripada RM400 semalam 8. Jika tidak menetap di hotel, lojing harian semasa bekerja luar kawasan – RM100 malam (domestik), RM170 malam (antarabangsa) 9. Elaun makanan di luar negara – RM340 malam 10. Elaun perjalanan tetap – RM1,500 sebulan 11. Elaun bahan api – RM1,500 sebulan 12. Elaun tol – RM300 sebulan 13. Elaun pemandu – RM1,500 sebulan 14. Bantuan pakaian majlis ‘black tie’ – RM1,500
Dilaporkan oleh MalaysiaDateline di SINI
Dan ketika Malaysia sedang diduga dengan pandemik COVID-19, maka tak hairanlah jika kebanyakan rakyat Malaysia mengakui pemimpin politik sempat mementingkan senario tersendiri dan bukan mengambil berat tentang isu rakyat.
Ini antara penjelasan yang dibuat oleh netizen menerusi ruangan komen di Facebook, Ada yang berpandangan bahawa para pemimpin sepatutnya berganding bahu dalam memikirkan cara untuk mengatasi krisis COVID-19.
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berganding bahu untuk menangani setiap permasalahan rakyat dan negara. Bukan pemimpin yang tidak habis-habis mengejar pangkat, kuasa demi kepentingan sendiri,” menurut pengguna akaun bernama Jeff Cahaya Elektrikal.
Menurut Wasoo Thivagaran pula, beliau melihat hanya sebilangan kecil wakil rakyat yang tampil membantu orang ramai ketika waktu sukar ini, manakala yang lain dilihat banyak terlibat dalam drama politik.
“Kami memilih anda untuk melakukan perkhidmatan kepada orang ramai tetapi anda semua telah melupakan orang ramai dan menumpukan perhatian kepada cara menjaga keselamatan diri,” tambahnya laporan penuh sila baca di SINI
Oleh itu tak hairanlah jika 'Katak-katak politik' dijangka akan melompat lagi..
Baca ni.
Kisah ‘katak politik’ di Malaysia ini sudah berlarutan sejak sekian lama, namun selepas beberapa pilihan raya umum, katak-katak itu kian menjadi.
Apa yang dimaksudkan dengan ‘katak politik’ ialah pemain politik yang melompat parti dengan mendakwa memperjuangkan nasib rakyat.
Paling diingati, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, tindakan melompat parti itu telah mengubah tampuk pemerintahan negara apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu selepas lebih 22 bulan memerintah.
Kebiasaannya perbuatan melompat parti lebih banyak berlaku di peringkat negeri seperti pernah dilalui di Perak, Sabah, Kedah dan Melaka.
Tidak bermoral Namun, tumbangnya PH menyaksikan Perikatan Nasional (PN) dengan kekuatan 113 ahli Parlimen gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak, memerintah negara selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Namun, menghampiri 100 hari pentadbiran PN, sekali lagi pentas politik negara bergegar. Sedihnya, khabar angin ahli politik sedang mencongak strategi politik ketika barisan hadapan negara sedang berhempas pulas melawan virus Covid-19, manakala rakyat jelata berkira-kira duit simpanan akibat tekanan ekonomi.
PH mendakwa mereka kini mendapat sokongan majoriti sebanyak 129 ahli Parlimen dan sedang berkira-kira untuk kembali memerintah negara.
Persoalannya, dari manakah PN dan PH mendapat sokongan majoriti? Inilah yang dinamakan dengan mainan ‘katak politik’ yang lompat sana, lompat sini.
Penganalisis politik yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, rakyat Malaysia perlu melihat apakah tafsiran melompat parti kepada wakil rakyat dan juga kepada rakyat.
“Kalau kita lihat dalam kalangan wakil rakyat, ia dianggap menjadi satu amalan yang tidak hilang nilai demokrasi. Pemain politik pula mempunyai tafsiran sendiri berhubung tindakan yang mereka lakukan
“Bagi masyarakat pula, ia seolah-olah mandat mereka tidak dihormati. Ini kerana bila kita melihat kepada pola pengundian, kadang-kadang penyokong mengundi kerana calon, keduanya menyokong parti dan ketiganya menyokong isu yang dibawa.
“Tetapi jika beliau disokong disebabkan oleh parti, maka parti itu akan melihat wakil rakyat tersebut menyalahgunakan amanah yang telah diberikan oleh mereka,” katanya
Sudah pasti, tegasnya, tanggapan pertama yang dilihat oleh rakyat terhadap budaya melompat parti ini adalah ia satu tindakan tidak bermoral dan menyanggah amanah rakyat.
“Walaupun mereka memberi 1,001 alasan tetapi akhirnya mereka juga perlu akur rakyat memerhatikan tingkah laku ini yang boleh melahirkan kebosanan kepada masyarakat sedangkan ketika ini kita berdepan dengan Covid-19,” katanya lapor Sinar Harian
Laporan penuh silalah baca di SINI
Dulu slogan 'Demi Rakyat' digunapakai.. sekarang 'Demi Kuasa dan tembolok sendiri' pulak ke
Apa pendapat anda???
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malayjaya.blogspot.com/2020/05/katak-politik-buktikan-mereka-lebih.html