Sebanyak 45 Buah Ngo Komuniti Gesa Siasat Banjir Lumpur Campur Batang Kayu Hanyut




KUALA LUMPUR - Sebanyak 45 badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan hari ini menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas serta mengambil tindakan segera terhadap mereka yang mungkin bertanggungjawab dalam kejadian bencana banjir lumpur bercampur batang kayu hanyut di pekan Karak di Bentong, minggu lalu.
Antara NGO berkenaan adalah Alliance of River Three, Angkatan Belia Islam Malaysia, Belia di Bawah Bayu,Caring Asian Women (CAW), Centre for independent journalism (CIJ), Centre for Orang Asli Concerns (COAC), CERAH - Anti Haze Action, Environmental Protection Society Malaysia (EPSM), Five Arts Centre, Friends of Bukit Kiara, Friends of Klang River Basin, Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY), Global Environment Centre dan Global Water Partnership.
Turut bersama adalah Greenpeace Malaysia, .Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI), Malaysian Nature Society (Cawangan Pahang dan Selangor), North South Initiative, Parti Sosialis Malaysia, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Persatuan Benih Hijau, Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS), Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia KAMY), Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat.
NGO berkenaan berkata insiden itu mengakibatkan kerosakan ratusan rumah di beberapa kampung dan meragut hampir 10 nyawa setakat ini.
"Walaupun kami memuji tindakan pantas dalam menyelamatkan dan membantu mangsa banjir, pembersihan namun kami 45 organisasi seperti percaya bahawa masih terdapat keperluan dalam pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu terhadap pencegahan, mitigasi dan kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir.
"Walaupun perubahan iklim dikenal pasti sebagai salah satu faktor penyumbang, terdapat faktor-faktor lain yang memerlukan siasatan dan tindakan menyeluruh serta pantas oleh pihak kerajaan termasuklah pemeriksaan sebarang isu-isu sistem infrastruktur dan mekanisme sokongan yang lemah yang sedang dihadapi oleh negara.
"Ini termasuk siasatan menyeluruh terhadap aktiviti pembalakan dan pembukaan kawasan hutan di sepanjang banjaran berbukit dan cerun serta kawalan hakisan dan sedimen yang kurang berkesan di kawasan pembangunan. Selain itu, terdapat juga keperluan dalam memeriksa sebarang kemungkinan kekurangan serta keberkesanan sistem amaran banjir dan juga pemantauan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama, hari ini.
Kata mereka, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat aktiviti pembalakan dan pembukaan hutan berskala besar untuk perladangan durian dan hutan di kawasan ini, dengan kebanyakan daripada aktiviti ini dilakukan tanpa Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan sedikit ataupun tiada langkah-langkah mitigasi dan kawalan alam sekitar yang dilakukan.
"Sejak September 2020, beberapa komuniti dan NGO membantah aktiviti pembalakan dan pembukaan kawasan hutan berhampiran Sungai Gapoi dan Sungai Telemong, di selatan Karak, dengan menekankan risiko terhadap sumber bekalan air, keselamatan dan kawasan sensitif alam sekitar
"Apabila berlaku hujan lebat antara 17 hingga 19 Disember lalu, hanya terdapat beberapa hutan yang masih utuh dan padat untuk menahan dan memperlahankan aliran air. Apa yang berlaku adalah tanah, kayu balak dan serpihan hutan dihanyutkan dengan cepat ke bahagian hilir, mengakibatkan bencana di Karak, Bentong juga kampung-kampung serta kawasan perumahan yang berhampiran.
"Paras air lumpur juga naik dengan mendadak sehingga rumah-rumah ditenggelami air dan lumpur tanpa sebarang amaran awal," katanya.
Kata mereka, tindakan pemulihan bencana dan banjir mungkin memakan masa sehingga berbulan dan memerlukan agihan belanjawan yang besar malah impak kejadian ini dianggarkan akan berkekalan sehingga sekurang-kurangnya 10 tahun.
Jelas mereka lagi, Kerajaan Persekutuan dan negeri digesa adakan siasatan bebas terhadap kejadian banjir, aliran lumpur dan hanyutan balak dan kerosakan terhadap harta benda, perkhidmatan dan nyawa serta sumber pendapatan di daerah Bentong serta mengenal pasti punca kejadian dan merangka tindakan jangka pendek dan panjang.
"Mengenakan moratorium serta-merta ke atas sebarang kelulusan lanjut untuk pembukaan hutan dan tanah bercerun di daerah Bentong serta menghentikan serta-merta sebarang aktiviti pembalakan atau operasi pembukaan tanah yang sedang dijalankan sementara menunggu hasil siasatan yang dicadangkan.
"Selain itu, semakan segera ke atas pematuhan terhadap peraturan pengurusan perhutanan, alam sekitar dan tanah oleh pemilik dan pengurus tanah di daerah Bentong dan mengambil tindakan pantas untuk membawa mana-mana pihak yang sudah melanggar peraturan segera ke muka pengadilan dan memberikan pampasan yang sewajarnya kepada komuniti yang terjejas.
"Memperuntukkan belanjawan atau menubuhkan dana untuk menyokong pelan pemulihan pasca banjir serta mencadangkan penubuhan pasukan peronda berasaskan komuniti rasmi sebagai mata dan telinga di lapangan untuk memantau, melaporkan dan berkongsi maklumat," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/sebanyak-45-buah-ngo-komuniti-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Dakwa Banjir Lumpur Sisa Kayu Hanyut Ada Kaitan Penerokaan Hutan Tidak Terkawal

Aktivis Dakwa Banjir Lumpur Sisa Kayu Hanyut Ada Kaitan Penerokaan Hutan Tidak Terkawal

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 140 hits
TEMERLOH Banjir lumpur yang melanda sekitar kawasan Lanchang dan Mentakab dekat sini dipercayai ada kaitan dengan penggondolan hutan secara bedsar besar di Hutan Simpan Lakum dekat sini Demikian ditegaskan oleh aktivis alam sekitar yang jug...
Rakyat Tak Yakin Laporan Aktivis Gesa Badan Bebas Di Tubuhkan Siasat Isu Banjir Lumpur

Rakyat Tak Yakin Laporan Aktivis Gesa Badan Bebas Di Tubuhkan Siasat Isu Banjir Lumpur

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 144 hits
KUANTAN Satu badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian banjir membawa timbunan balak yang berlaku di Sungai Telemong Bentong minggu lalu Aktivis bebas Mohd Shukri Mohd Ramli berkata siasatan bebas dan telus perlu dalam isu itu k...
Jaipk Siasat Ritual Tolak Banjir

Jaipk Siasat Ritual Tolak Banjir

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 109 hits
Tangkap layar video tular menunjukkan ritual tolak banjir yang dipercayai dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan PETALING JAYA Jabatan Agama Islam Perak akan membuka kertas siasatan berhubung video ritual menolak musibah banjir dipercayai dil...
Satu Lagi Mayat Mangsa Banjir Lumpur Ditemukan Di Telemong

Satu Lagi Mayat Mangsa Banjir Lumpur Ditemukan Di Telemong

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 221 hits
Satu lagi mayat mangsa wanita warga tempatan ditemukan dalam insiden banjir lumpur di Telemong diBentong menjadikannya korban keempat dalam insiden berkenaan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Karak Suhairul Ibrahim berkata mayat mangsa ditem...
Banjir Dan Kayu Balak

Banjir Dan Kayu Balak

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 146 hits
SAMSUDIN NAWAWI Gambar dan video boleh edit tapi apa yang kita nampak di mata sendiri terutama oleh orang yang berada ditempat kejadian atau yang menjadi mangsa kejadian tidak boleh edit Keadaan sebelum semasa dan selepas kejadian juga kala...
Polis Siasat Kehilangan Pendawaian Sistem Amaran Banjir Di Gemas

Polis Siasat Kehilangan Pendawaian Sistem Amaran Banjir Di Gemas

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 266 hits
Polis berkata stesen amaran banjir yang dibina sejak 15 tahun lalu itu tidak dilengkapi apa apa penggera atau kamera litar tertutup namun berada dalam keadaan baik dengan kali terakhir diselenggara pada 8 Dis tahun lepas Ga
Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 205 hits
SEREMBAN Keluarga Mohd Yusof Hanafi diuji dugaan berat apabila rumah mereka dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang tumbang akibat dihanyutkan arus deras banjir di Batu 7 Kampung Pantai di sini pada Sabtu malam Menceritakan detik cemas ...
Selangor Gagal Tangani Banjir Otai Reformasi Gesa Buat Pendengaran Awam Selcat

Selangor Gagal Tangani Banjir Otai Reformasi Gesa Buat Pendengaran Awam Selcat

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 146 hits
Selangor gagal tangani banjir Otai Reformasi gesa buat pendengaran awam SELCAT Kumpulan pro Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusa...
Anwar Gesa Suruhanjaya Siasatan Tentukan Fungsi Agensi Hadapi Banjir

Anwar Gesa Suruhanjaya Siasatan Tentukan Fungsi Agensi Hadapi Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 142 hits
Perbalahan antara agensi Kerajaan Persekutuan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara yang menolak untuk dipertanggungjawabkan kerana kelemahan menguruskan banjir di Selangor memerlukan satu suruhanjaya sisatan bagi memastikan peranan se...
5 Contoh Karangan Bi Email Pendek Dan Ringkas

Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia Secara Keterlaluan

Ada Sofa Bilik Tidur Sendiri Jet Peribadi Mewah Blackpink Didedahkan

Cara Daftar Haji Online Melalui Thijari Daftar Awal Senang

Ikrar Undi Dapig

5 Email Essay Example 80 Words

Khusnul Khatimah Memperoleh Pengakhiran Yang Baik Doa

5 Tempat Menarik Di Ipoh Yang Boleh Korang Terjah



5 Kesan Buruk Urbanisasi Terhadap Kualiti Hidup Di Malaysia

5 Perkara Yang Membuat Manusia Bahagia Menurut Sains

Biodata Hoondoo Penyanyi Duo Peserta Big Stage 2023 Musim 5

5 Pemain Bola Penyebab Peraturan Bola Sepak Diubah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hijrah Jannah Slot Tiara Astro Ria


Pengalaman Renew Pasport Memang Betul Siap Tak Sampai Sejam

Anak Tebu Selepas Sebulan

Family Lunch Out Di Restoren Casa Lagenda S2

Elaun Sara Hidup Nelayan Laut Syarat Cara Memohon

Bahaya Ini Antara 6 Punca Sakit Perut Sebelah Kiri

Entri Kritik Song Jihyo Malas Di Running Man Tular Tapi Netizen Beri Respon Tak Dijangka