Rakyat Sudan Terlepas Hukuman Gantung Bunuh Anak Teman Wanita


PUTRAJAYA – Seorang rakyat Sudan terlepas daripada tali gantung apabila
Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh anak perempuan teman wanitanya, empat tahun lepas.
Selepas Presiden Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan itu, anggota keluarga bekas pelajar kolej Mohannad Taha Ismail dan rakan-rakannya, yang berada di mahkamah, menitiskan air mata dan kelihatan memeluk satu sama lain.
Di luar mahkamah, kesemua mereka mengucapkan “Alhamdulillah” dan sesetengah daripada mereka menangis.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan terakhir Mohannad Taha terhadap sabit kesalahan dan hukuman mati yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 September 2011.
Ketika membuat keputusan sebulat suara, Hakim Md Raus berkata selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat bahawa berdasarkan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati bahawa adalah tidak selamat untuk mengekalkan hukuman itu ke atas perayu (Mohannad Taha).
“Oleh itu, rayuan dibenarkan, mahkamah mengetepikan sabit kesalahan dan hukuman mati ke atas perayu,” kata Hakim Md Raus yang mempengerusikan panel hakim lima anggota terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Hasan Lah, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
Pada 15 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Mohannad Taha selepas mendapatinya bersalah membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3 tahun.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kondominium Venice Hill di Cheras antara 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.
Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohannad Taha berhujah bahawa tiada bukti jelas menunjukkan bahawa anak guamnya telah menyebabkan pendarahan parah pada bahagian kranium mangsa kerana tiada siapapun dalam rumah nampak Mohannad Taha menggoncang mangsa.
Beliau berhujah bahawa keterangan emak mangsa tidak boleh diterima kerana kenyataannya kepada polis didapati bercanggah dengan keterangannya kepada mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa satu kesimpulan seharusnya dibuat ke atas perayu memandangkan dia tinggal bersama mangsa dan ibunya selama tiga bulan di rumah itu. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aniekelate.blogspot.com/2014/02/rakyat-sudan-terlepas-hukuman-gantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 268 hits
The ReporterMahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bersalah di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu Hakim Datuk Azman Abdullah me...
Bapa Selamatkan Anak Sebelum Bunuh Teman Lelaki Selepas Tahu Anaknnya Dijual Kepada Sindiket Pemerdagangan Seks

Bapa Selamatkan Anak Sebelum Bunuh Teman Lelaki Selepas Tahu Anaknnya Dijual Kepada Sindiket Pemerdagangan Seks

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 357 hits
Washington Demi kasih seorang bapa di Amerika Syarikat sanggup membunuh teman lelaki kepada anaknya yang menjual gadis itu kepada sindiket pemerdagangan seks John Eisenman 60 ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan tahap pertama selepas ma...
6 Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Seksyen 302 Terhadap Tertuduh

6 Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Seksyen 302 Terhadap Tertuduh

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 351 hits
The ReporterJabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan kesalahan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Lau...
Warga Emas Didakwa Atas 5 Tuduhan Lakukan Amang Seksual Anak Teman Wanita

Warga Emas Didakwa Atas 5 Tuduhan Lakukan Amang Seksual Anak Teman Wanita

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 338 hits
KOTA BHARU Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia 15 tahun di dua lokasi berlainan di Jelawat Bachok pada Mei lalu Ter...
Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 445 hits
Oleh NORLIZAH ABAS ALLAHYARHAM Zulfarhan Osman Zulkarnain KUALA LUMPUR Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terlepas daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti...
Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 394 hits
Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi A...
Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara

Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 278 hits
Hakim buat keputusan itu selepas dengar hujahan prosiding KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu wargan...
Wanita Anak 3 Berusia 40 Tahun Dipuji Seperti Gadis Muda

Wanita Anak 3 Berusia 40 Tahun Dipuji Seperti Gadis Muda

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 417 hits
JAKARTA Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana memiliki rupa paras yang jelita dan berpenampilan seperti gadis berusia 20 an meskipun telah mempunyai tiga orang anak lapor portal berita Hitekno hari ini Menerusi hantara...
Penganggur Pukul Tanam Mayat Teman Wanita Di Tepi Sungai

Penganggur Pukul Tanam Mayat Teman Wanita Di Tepi Sungai

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 308 hits
Akibat cemburu dengan teman wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan lelaki lain seorang lelaki berada dalam status orang pengawasan polis kerana disyaki membunuh serta menanam teman wanitanya di tepi Sungai Jebong Kuala Sepetang Ta...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak