6 Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Seksyen 302 Terhadap Tertuduh


The Reporter



Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan kesalahan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sebelum ini mereka didakwa atas pertuduhan membunuh.


Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun apabila ditanya sama ada AGC akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh, berkata: “Ya, kami akan memfailkan rayuan.”


Keenam-enam tertuduh terselamat daripada hukuman gantung tetapi masing-masing dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah selepas mereka didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman, empat tahun lepas.


Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


Lima tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.


Hakim dalam keputusannya mendapati keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.


Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya selepas didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.


Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan mencederakan, tetapi telah dilepaskan dari pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.


Dua belas penuntut itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.


Kesemua tertuduh yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 Mei 2017 dan 22 Mei 2017.


Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan Osman untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.


Hakim Azman dalam penghakimannya memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut UPNM pada anggota badan Zulfarhan Osman telah menyebabkan kematian mangsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.


Beliau berkata selepas mengambil kira keterangan pakar perubatan yang merupakan saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas dicederakan.


Sumber: Bernama


November 03, 2021 at 02:43PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/11/6-tertuduh-terlepas-hukuman-gantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 264 hits
Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulk...
Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 351 hits
Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi A...
6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 238 hits
The ReporterMahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bersalah di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu Hakim Datuk Azman Abdullah me...
Dikaitkan Dengan Kes Pembunuhan Altantuya Najib Saman Peguam Negara Tommy Thomas

Dikaitkan Dengan Kes Pembunuhan Altantuya Najib Saman Peguam Negara Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 711 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan sebuah syarikat penerbitan berhubung kenyataan fitnah membabitkan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku berj...
Ruu Ma63 Ditangguh Tunggu Penjelasan Peguam Negara

Ruu Ma63 Ditangguh Tunggu Penjelasan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 184 hits
RUU MA63 ditangguh tunggu penjelasan Peguam Negara Pembentangan pindaan Rang Undang undang Perjanjian Malaysia 1963 akan ditangguhkan sehingga Peguam Negara menjelaskan isu tertentu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku...
Hukuman Penjara 3 Tahun Denda Rm125 000 Terhadap Pegawai Polis Kekal

Hukuman Penjara 3 Tahun Denda Rm125 000 Terhadap Pegawai Polis Kekal

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 250 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125 000 ke atas seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor yang didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah RM25 000 enam tahun lalu Panel tiga hak...
Lelaki Oku Malaysia Jalani Hukuman Gantung Di Singapura 10 November Depan

Lelaki Oku Malaysia Jalani Hukuman Gantung Di Singapura 10 November Depan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 500 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA SINGAPURA Negara ini sedang bersiap sedia melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki kurang upaya yang disabitkan bersalah mengedar sejumlah kecil heroin sedekad lalu The Washington Post melaporkan hukuman i...
Mahathir Peguam Negara Berlagak Seperti Hakim

Mahathir Peguam Negara Berlagak Seperti Hakim

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 246 hits
Nora MahparKUALA LUMPUR Mahathir Mohamad mengkritik tindakan Peguam Negara Idrus Harun yang bertindak seperti hakim dalam menentukan sesuatu kes mahkamah Peguam Negara atau Pendakwa Raya sudah berlagak sebagai hakim Dengan mudah AG memutus ...
Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 406 hits
Oleh NORLIZAH ABAS ALLAHYARHAM Zulfarhan Osman Zulkarnain KUALA LUMPUR Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terlepas daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop