Rakyat Malaysia Wajib Terima Hakikat Bahawa Tidak Wujud Istilah Tolak Ansur Dalam Politik Demokrasi


PENTINGNYA YANG MENGEPALAI MEMPUNYAI LIGITIMASI DARI SUDUT MAJORITI...

Ramai yg tertanya-tanya, kenapa keadaan politik yg masih juga TIDAK STABIL sekalipun sudah berlaku pertukaran kerajaan? Bukankah UMNO dan PAS sendiri pernah menjanjikan keadaan politik akan lebih stabil jika kuasa politik, kuasa pentadbiran kerajaan dikembalikan kepada yang berhak, yakni orang Melayu Islam, sesuai dengan kedudukannya sebagai kumpulan yang mewakili jumlah teramai dalam kalangan populasi rakyat Malaysia

Masih terngiang-ngiang pandangan yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Hadi Awang, "Untuk nak mewujudkan kestabilan, yang memimpin, yang mengetuai mestilah datang dari kumpulan terbesar atau majoriti... dalam konteks kerajaan di Malaysia, orang Melayu Islam bumiputra mewakili 70% komposisi pecahan mengikut kaum dan merupakan kumpulan majoriti terbesar dalam Malaysia... maka sewajarnyalah kuasa kepimpinan, kuasa politik dipegang oleh kumpulan majoriti ini untuk mewujudkan kestabilan, tanpa mengenepikan kumpulan rakyat yg lain sesuai dgn kedudukan mereka berdasarkan peratusan pecahan komposisi kaum yg diwakili... pandangan ini juga sebenarnya selari dengan apa yg terkandung dalam prinsip demokrasi itu sendiri sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip 'DEMOKRASI, RAJA BERPELEMBAGAAN' dalam pemerintahannya..."
Bukan saja Presiden PAS, malah pendirian ini jugalah yang dipegang dan dipraktikkan selama ini oleh UMNO dan Barisan Nasional, dan ia masih kekal dipegang secara konsisten oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN sehingga hari ini..

Persoalannya, KENAPA MASIH TIDAK STABIL? Bukankah kjaan yg memerintah sekarang sudahpun datang dari kumpulan yg mewakili majoriti rakyat? Siap membawa slogan 'Kerajaan Melayu & Islam' lagi... kenapa kjaan masih BERGONCANG?

Jawapannya mudah... mereka yg berpegang dgn prinsip yg disebut di atas, tidak berpegang secara keseluruhan atau menyeluruh... mereka pegang hanya dalam konteks yg boleh menguntungkan mereka serta yg memenuhi kepentingan politik mereka sahaja... manakala sebahagian lagi yg juga perlu diurus mengikut kaedah demokrasi telah mereka tolak kerana mereka menganggap ia tidak menguntungkan politik mereka... lebih malang apabila berlaku usaha2 nak membentuk naratif yang baru, hanya untuk menafikan hak kumpulan yg berhak..

Jika dalam bab keutamaan memegang kuasa, maka prinsip demokrasi digunapakai, yang majoriti berhak memimpin seluruh kumpulan termasuk minoriti... maka yg memerintah negara hari ini datang dari kumpulan majoriti, dan kumpulan ini menerajui seluruh negara termasuk kumpulan minoriti..
 
Bagaimana pula dengan bab keutamaan memegang kepimpinan? Kenapa tidak lagi berpegang kepada kaedah prinsip demokrasi? Bukankah di dalam kumpulan yg memegang kuasa juga ada pecahan yg mewakili peratusan tertentu, malah pecahan peratusannya juga sangat jelas dan ketara? 
Jadi, kenapa perlu ada usaha nak menafikan hak ini? Perlukah nak diingatkan berulang kali, kuasa pemerintahan hari ini pada awal kewujudannya dibentuk melalui gabungan beberapa parti, tanpa sebarang MoU atau ikatan rasmi... yg masuk sebagai 1 ikatan, atau en blop hanyalah Barisan Nasional (BN) yg di dalamnya ada 39 wakil UMNO, 2 MCA, 1 MIC dan 1 PBRS, kumpulan kedua adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS)... PAS diwakili 18 orang, manakala PPBM hanya 6 orang..

Perlu diingatkan juga, jumlah 32 wakil yg dijaja oleh PPBM, bukanlah wakil yg genuine... 10 daripadanya datang dari PKR, yg dipilih menjadi ahli parlimen atas kapasiti mereka mewakili PKR... begitu juga dengan 16 wakil yg asalnya diangkat melalui tiket UMNO BN... maknanya, kekuatan sebenar BN bukan hanya 43 wakil, tetapi 59 orang..


Semua ini kemudiannya disatukan untuk membentuk kjaan tanpa ada sebarang ikatan rasmi... begitu juga dgn UMNO dan PAS, yg memilih untuk masuk dalam kerajaan ini secara berasingan walaupun sudah wujud ketika itu Piagam Muafakat Nasional..

Berdasarkan kira2 mudah yg aku sebut tadi, bolehkah wujud kestabilan jika sekiranya yg memimpin gabungan ini bukan dari kalangan kumpulan majoriti? Mungkin silap UMNO BN kerana tidak membangkitkan hal ini dari awal, tetapi harus difahami juga persepsi yang terpaksa ditanggung oleh UMNO BN jika berkeras mahu menjadi ketua dalam keadaan separuh pimpinan utama UMNO sedang dilanyak menjadikan seolah olah UMNO ini tempang sebelah kaki... pada ketika ini, UMNO rela memberi laluan dengan harapan, laluan yg diberikan akan dibalas dgn baik, sekurang-kurang sama2 dapat membantu membantu memulihkan kaki UMNO yg tempang sebelah ini... malangnya, itu tidak berlaku... madu yg Umno hulur, tuba yang mereka balas... mereka bukan membantu pulihkan kaki yg tempang, lagi dasyat, mereka juga sedang berusaha melanyak sebelah lagi kaki yg sihat... adakah mereka sedang berusaha nak melumpuhkan seluruh anggota tubuh UMNO? Dan wajarkah dibiarkan saja hal ini berlaku

Sebab itu, 1 jalan penyelesaiannya, sementara menanti masa yg sesuai untuk memulangkan mandat kpd rakyat melalui pilihanraya, ialah dengan memberikan hak kepada yg berhak... majoritinya UMNO BN bukan saja dibilang dari sudut pecahan kerusi parlimen yg dipegang, malah, dari segi kekuatan dan jentera parti, dari segi keahliannya... cuba nak menafikan hal ini hanya akan menyebabkan kjaan dan negara terus diletakkan dalam kedudukan yg tidak stabil...


Mewujudkan Perikatan Nasional secara rasmi sebenarnya bukanlah untuk kebaikan... ia hanya 1 usaha nak menafikan dan nak melemahkan ketumbukan Barisan Nasional sekaligus parti UMNO yg berada di dalamnya... tidak ada alasan konon nak jadi pendamai, orang tengah antara 2 parti yg bertelagah, sedangkan dalam masa yg sama, si pendamai sudahpun menetapkan keputusan secara rasmi untuk berpihak kpd 1 pihak..

Walaupun Ketua Pemuda PAS cuba nak menakutkan UMNO, kononnya 7 juta pengundi baru yg perlu diberi tumpuan, bukan 3.2 juta ahli UMNO yg sudahpun terdoktrin pemikiran mereka... bagi aku, adalah lebih baik jika UMNO berhati-hati dan menjaga sebaik mungkin aset 3.2 juta ahli ini... inilah aset yg UMNO akan gunakan untuk memujuk dan meyakinkan 7 juta pengundi baru itu..


UMNO mesti tampil dgn pendekatan yg meyakinkan, membawa suara2 lantang yg mewakili 7 juta pengundi ini, menyerlahkan solidariti serta kesatuan di dalam parti, membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kpd mereka yg berminat untuk bersama, dan paling penting, UMNO mesti dilihat sebagai sebuah platform atau rumah yg boleh menjadi tempat utk mereka bergantung harap, tetapi bukan tempat untuk mencari kepentingan..

Jika ini menjadi fokus utama UMNO, tidak ada sebab utk 7 juta pengundi ini menolak UMNO... 
Pesan buat pimpinan UMNO..

JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DAH DIKENDONG JATUH BERCICIRAN...
ORANG TAMAK SELALU RUGI...
IBARAT PPBM DENGAN BAYANG-BAYANG...
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2020/12/rakyat-malaysia-wajib-terima-hakikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 269 hits
Program Latihan Khidmat Negara merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi rakyat Malaysia yang terpilih setelah tamat sekolah menengah Kem ini dibina bertujuan untuk memupuk semangat cintaka...
Bukan Soal Anwar Tolak Tetapi Rakyat Tolak Tun Yang Berbelit Belit

Bukan Soal Anwar Tolak Tetapi Rakyat Tolak Tun Yang Berbelit Belit

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 305 hits
Tulisan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Facebook menjernihkan kritikan terhadap dirinya konon beliau mangsa pengkhianatan kurang diterima oleh penyokong reformasi Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Thiban Subbrama...
Muhammadiyah Ajak Warga Mencoblos Di Pilkada Dan Tolak Politik Uang

Muhammadiyah Ajak Warga Mencoblos Di Pilkada Dan Tolak Politik Uang

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 239 hits
Dia berpesan supaya penyelenggara pemilu di semua tingkatan termasuk di TPS agar menunaikan tugas secara profesional jujur adil akuntabel serta bersih dari segala praktik tercela yang dapat merusak kredibilitas penyelenggaraan dan keabsahan...
Terima Permintaan Yang Tinggi Malaysia Airlines Restock Kacang Masin Mulai Hari Ini

Terima Permintaan Yang Tinggi Malaysia Airlines Restock Kacang Masin Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 270 hits
Sebelum ini kacang masin Malaysia Airlines habis terjual dalam masa 2 jam sahaja Semestinya ramai yang hampa tidak sempat membeli kacang masin kegemaran ramai itu Ini peluang keemasan untuk anda yang terlepas mendapatkan kacang masin terseb...
Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM21 500 daripada seorang wanita bagi melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan imigre...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik