Rakyat Malaysia Hanya Akan Jadi Hamba Abdi Jika Terima Cptpp Toqqi Samudera My 30 12 2022


 
KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 - "Percaya atau tidak, kita akan terarah kepada menjadi hamba abdi dan perkara ini bukan cerita main-main dan bukan hendak menakut-nakutkan rakyat sebaliknya kita ada pakar dan bukti kajian terperinci untuk didedahkan,"ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan @ toqqi. 
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh diterima pakai dalam negara kita kerana tidak mustahil kita akan menjadi hamba dan diperhambakan oleh pihak kapitalis yang beriya-iya mahukan CPTPP ini diterima pakai dalam negara kita," katanya. 
Beliau berkata demikian bagi melahirkan kebimbangan terhadap penyertaan dan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). 
Menurutnya, Kerajaan perlu keluar pada perjanjian itu, jika tidak negara kita akan menghadapi masalah yang cukup besar dan akan mengalami kerugian yang berlipat kali ganda berbanding keuntungan yang diperolehi hanya kepada satu pihak sahaja. 
Bukan itu sahaja, malah penyertaan Malaysia dalam CPTPP pasti akan memberi kesan negatif yang besar kepada petani, penternak dan nelayan serta keselamatan makanan dan kedaulatan rakyat Malaysia pada masa hadapan. 
Cuba kita bayangkan sehinggakan kepada biji benih tanaman pun akan dikawal sehingga menyusahkan para petani, ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal," ujarnya. 
Kenapa pula kita hendak menyerahkan kedaulatan kepada pihak yang berkenaan dan sudah semestinya mengiktiraf CPTPP ini adalah kerja gila yang tidak pernah dibuat orang, jadi kita sebagai rakyat takkanlah hendak terima pula benda yang tak masuk akal? soalnya.
Tambah beliau, kalau kita lihat pasaran kita secara realitinya pun mana kita ada kehebatan untuk buka pasaran kepada luar yang jauh lebih maju, sangat jauh dan tidak sebanding dan ini yang akan menyebabkan kita akan hanyut dan diperhambakan. 
Sebagai contohnya, ibarat kita hendak berlumba di dalam sukan Olimpik cuba bayangkan berapa jauh akan kita ketinggalan. Atau lebih mudahnya pasukan bola sepak dunia datang menyertai perlawanan liga bola sepak negara kita, boleh menang kah? Bukan saja confirm kalah, confirm pengsan punyalah! Tetapi, inilah yang terjadinya dengan hal CPTPP ini contohnya pemimpin kita dengan angkuh berkata kita pun boleh masuk Olimpik juga. Walhal, sepatutnya ukurlah baju di badan sendiri dahulu. 
"Pada saya perjanjian CPTPP ini memang boleh disamakan dengan penjajahan bentuk baru ala Perjanjian Pangkor 2.0," katanya. 
Perkara ini, samalah macam penghambaabdian dan akhirnya akan ke situ dan amat berkaitan rapat dengan agenda New World Order yang misinya untuk menguasai dunia dan kita pula boleh biarkan dan ibarat mengorbankan diri, cuba bayangkan? Ini semua perjanjian yang tidak masuk akal dan hanya akan merugikan kita sahaja. 
Jelasnya lagi, orang yang pernah tanda tangan perjanjian ini pun bukan lagi di dalam Kerajaan, dan kita pun terpaksa menanggung hakikat dari perbuatan itu. Sebab itu, kita mendesak dan berharap Kerajaan hari ini dapat mengkaji dengan detail dan melihat semula seterusnya membatalkan perjanjian yang tidak masuk akal tersebut. 
"Kalau masih was- was ambil semua input daripada stakeholder, kita kan masih ada stakeholder dengarlah cakap kita sama!" tegasnya.
Artikel oleh: Samudera.my
RAKYAT MALAYSIA HANYA AKAN JADI HAMBA ABDI JIKA TERIMA CPTPP - TOQQI
https://www.samudera.my/rakyat-malaysia-hanya-akan-jadi-hamba-abdi-jika-terima-cptpp-toqqi/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/01/rakyat-malaysia-hanya-akan-jadi-hamba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Food Security Ngo Expresses Concern On Cptpp To Mat Sabu Free Malaysia Today 29 12 2022

Food Security Ngo Expresses Concern On Cptpp To Mat Sabu Free Malaysia Today 29 12 2022

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 345 hits
PUTRAJAYA The Malaysia Food Sovereignty Forum today handed a memorandum to agriculture and food security minister Mohamad Sabu expressing concern over Malaysia s participation and ratification of the Comprehensive and Progressive Agreement ...
54 Badan Serah Memo Bantah Malaysia Sertai Cptpp Kosmo 29 12 2022

54 Badan Serah Memo Bantah Malaysia Sertai Cptpp Kosmo 29 12 2022

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 161 hits
PUTRAJAYA Selepas gagal memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini kali ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadikan harapan untuk tidak menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans Pas...
Isu Perjanjian Cptpp Ke Mesyuarat Kabinet Mat Sabu Malaysia Gazette 29 12 2022

Isu Perjanjian Cptpp Ke Mesyuarat Kabinet Mat Sabu Malaysia Gazette 29 12 2022

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 436 hits
PUTRAJAYA Enam tuntutan yang dikemukakan 54 badan bukan kerajaan termasuk parti politik berhubung Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Mal...
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Untuk Keluarga Bujang Seluruh Malaysia Mohon Maklum

Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Untuk Keluarga Bujang Seluruh Malaysia Mohon Maklum

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 268 hits
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Untuk Keluarga Bujang Seluruh Malaysia Bantuan BTR fasa 1 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim Dijadualkan pembayaran akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 pada asalnya...
Vietnam Lwn Malaysia 27 12 2022

Vietnam Lwn Malaysia 27 12 2022

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 205 hits
Perlawanan ke tiga bagi pasukan bola sepak Malaysia dan yang ke dua buat Vietnam dalam Kumpulan B di Pertandingan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 KEPUTUSAN PERLAWANANVIETNAM 3 0 MALAYSIA 28 Nguyen Tien Linh 63 Que Ngoc Hai penalti 82 Nguye...
Demands By 54 Organisations On Cptpp Matters To Be Brought To Cabinet New Straits Times 29 12 2022

Demands By 54 Organisations On Cptpp Matters To Be Brought To Cabinet New Straits Times 29 12 2022

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 213 hits
PUTRAJAYA A group of 54 organisations submitted a memorandum to the Agriculture and Food Industries Ministry today to seek clarification about Malaysia s ratification of the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans Pacific Partners...
Terima Kasih 2022

Terima Kasih 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 2022 yang penuh dengan pancaroba dan penuh dengan pengajaran KK rasa tahun ni lagi teruk dari tahun lepas hahahaha Walaupun masa pantas berlalu tapi KK rasa macam penuh dengan cabaran nak harung satu pe...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri