Rakyat Diharap Terus Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi Sop Agong


Bernama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam keadaan negara kritikal menghadapi pandemik COVID-19.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah juga menasihati rakyat supaya terus bertenang, tabah dan cekal menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pelaksanaan Proklamasi Darurat demi kepentingan dan keselamatan diri bersama serta negara.
“Sememangnya, dengan pelaksanaan PKP, Seri Paduka Baginda amat memahami cabaran yang dihadapi, khususnya aktiviti ekonomi harian rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan kepada media bersempena Hari Wilayah esok.
Pada masa yang sama Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat, khususnya petugas barisan hadapan, yang telah menunjukkan semangat solidariti, kesepaduan dan daya ketahanan yang tinggi dalam menghadapi serta memerangi penularan wabak COVID-19
Pandemik COVID-19 telah memberikan satu pengajaran yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia dan Seri Paduka Baginda menzahirkan kesyukuran kerana semua pihak mampu menangani dan memerangi krisis ini kerana sikap prihatin, katanya.
Al-Sultan Abdullah yang genap dua tahun menjadi Ketua Negara hari ini bertitah semangat keprihatinan ini amat terserlah melalui usaha-usaha petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus siang dan malam membendung wabak COVID-19.
“Ia juga terserlah melalui usaha-usaha murni kerajaan dan sukarelawan membantu golongan yang memerlukan serta juga melalui pematuhan SOP oleh rakyat jelata
“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa prihatin ini bukan sekadar slogan sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan pembentukan dan pemikiran dasar kerajaan sehingga ke peringkat pelaksanaan dan penyampaiannya.
“Walaupun kerajaan berada dalam situasi yang sukar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan,” kata Ahmad Fadil.
Sementara itu sesuai dengan tema Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini “Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin”, Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat agar menghayati semangat patriotisme dan cintakan Wilayah Persekutuan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.
Sikap itu termasuk prihatin terhadap keluarga, sahabat, jiran, pekerja dan semua insan yang berada di sekeliling.
Bersempena Hari Wilayah esok, Seri Paduka Baginda menasihati rakyat agar menunaikan tanggungjawab sosial dan nilai-nilai murni terhadap komuniti setempat bagi memastikan keharmonian terpelihara dan kekal berpanjangan.
Titah Al-Sultan Abdullah, ia selari dengan tema sambutan kali ini, bersesuaian dengan aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensinya, mengutamakan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif  seperti ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup warganya.
“Seri Paduka Baginda dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi program Wilayah Prihatin telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada warganya yang terkesan akibat ancaman COVID-19.
“Ia selaras dengan semangat inisiatif tersebut membantu golongan terbabit, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka,” kata Ahmad Fadil.
Al-Sultan Abdullah bertitah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya juga menjadi antara nadi yang menjana pertumbuhan negara ini dengan menyumbang sebanyak 13.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.
Angka pertumbuhan ekonomi hanya akan bermakna apabila rakyat mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi, kediaman yang selesa, pendidikan yang sempurna, kesihatan yang baik, alam sekitar yang lestari dan keselamatan yang sentiasa terpelihara, titah Seri Paduka.
Sementara itu, bersempena genap dua tahun Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Ahmad Fadil turut mengambil kesempatan merafak sembah tahniah dan setinggi-tinggi syukur.
“Semoga Allah SWT terus memberkati pemerintahan Tuanku – Daulat Tuanku – menjunjung kasih,” kata Ahmad Fadil. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/rakyat-diharap-terus-istiqamah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang Sop Pkp

Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang Sop Pkp

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 440 hits
Hmmm entah la tak tahu apa nak cakap tentang sikap dan perangai rakyat Malaysia apabila kerajaan kita melaksanakan PKP dan memperketatkan SOP bagi menangani pandemik Covid 19 ni Ada saja alasan dan ketidakpuasan hati mereka Kerajaan buat se...
Keluhan Rakyat Si Rakyat Biasa Mereka Akur Dengan Sop Tetapi Menteri Dan Vip Tidak

Keluhan Rakyat Si Rakyat Biasa Mereka Akur Dengan Sop Tetapi Menteri Dan Vip Tidak

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 198 hits
Covid 19 terus mengganas Ramai rakyat biasa bising bising marah marah kerana pak menteri timbalan mereka serta golongan yang seistimewa dengan mereka bebas bergerak ke sana ke sini ketika PKB dan macam macam PKP lagi berkuatkuasa Bukan seka...
Rakyat Tidak Gembira Dengan Kerajaan Ihsan Agong Benar2 Diharapkan

Rakyat Tidak Gembira Dengan Kerajaan Ihsan Agong Benar2 Diharapkan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 217 hits
Shahbudin HusinDalam program Bicara Negarawan bersama Majlis Profesor Negara semalam Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata seramai 114 atau 115 Ahli Parlimen telah mengutus surat kepada Yang Dipertuan Agong menyatakan bantahan terhadap da...
Agong Calls On People To Remain Disciplined In Complying With Sop

Agong Calls On People To Remain Disciplined In Complying With Sop

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 235 hits
Al Sultan Abdullah and Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bernama file photo KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah today expressed hope that the peop
Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 201 hits
Anwar Ibrahim menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan undang undang mana yang menghalang rakyat...
Kepatuhan Rakyat Terhadap Sop Kunci Bendung Covid 19

Kepatuhan Rakyat Terhadap Sop Kunci Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 200 hits
Sekiranya tiada urusan penting duduk di rumah KP Kesihatan KOTA BHARU Kepatuhan semua rakyat terhadap prosedur operasi standard adalah kunci utama dalam membendung penularan COVID 19 di negara ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr No...
Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 324 hits
Rombongan Perdana Menteri dan ahli Bersatu dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal sekurang kurangnya satu meter sebagai usaha menangani penularan Covid 19 Pengabaian prosedur operasi standard paling asas itu dikesan berlaku dalam rombong...
Ini Kerja Orang Gila Kuasa Pelbagai Cara Dibuat Hingga Rakyat Terus Terhimpit

Ini Kerja Orang Gila Kuasa Pelbagai Cara Dibuat Hingga Rakyat Terus Terhimpit

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 303 hits
Tunggu darurat tamat wabak pulih rakyat akan pilih siapa layak jadi pemimpinBANGI Pelik dengan sikap pembangkang yang lebih cenderung menyalahkan semua keputusan dan tindakan kerajaan khususnya dalam isu memerangi wabak COVID 19 kata pengan...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase