Keluhan Rakyat Si Rakyat Biasa Mereka Akur Dengan Sop Tetapi Menteri Dan Vip Tidak


 
January 21, 2021 Covid-19 terus mengganas. Ramai rakyat biasa bising-bising, marah-marah, kerana pak menteri, timbalan mereka serta golongan yang seistimewa dengan mereka bebas bergerak ke sana ke sini ketika PKB dan macam-macam PKP lagi berkuatkuasa.
Bukan sekadar bergerak bebas tetapi bergerak bebas tanpa mematuhi SOP.
Berkata rakyat biasa, kalaulah kami si rakyat biasa yang buat apa yang pak menteri dan rakan-rakan buat, tentunya kami ditangkap, didenda, dan sebagainya.
Berkata lagi si rakyat biasa mereka akur dengan SOP tetapi menteri dan VIP tidak – walaupun SOP itu jemaah menteri yang gubal.
Sebenarnya kemarahan ini bukan baru. Pernah timbul dulu tetapi reda.
Kini timbul semula dengan tersebar luasnya berita ada menteri jalan-jalan, gotong-royong, makan-makan. Dengan bebas. Pelitup muka dipakai tapi penjarakan fizikal terabai.
Golongan menteri yang ditegur tentunya terkilan dibidas sedemikian kerana apa yang dilakukan bukan untuk “enjoy-enjoy”, jalan-jalan suka-suka, makan angin.
Yang dilakukan ialah menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab membantu rakyat yang perlu dibantu. Mendapat izin pihak berkuasa walaupun mereka sendiri sebahagian pihak yang berkuasa.
Bukan senang buat itu semua. Kena “travel” berkilometer jauhnya ke kampung-kampung pendalaman. Kena tolong bersihkan rumah yang dilanda banjir. Kena makan lauk sempoi, bukan menu hotel lima bintang.
Sabar. Jangan lah pak menteri & co marah, berkecil hati dan merintih kalbu.
Rakyat biasa sekadar meluah perasaan. Sebenarnya mereka sayangkan kamu. Mereka bimbang pak menteri dan rakan-rakan dijangkiti Covid-19 bila bergerak bebas dengan tidak mengikuti SOP yang ditetapkan.
Rakyat biasa pula janganlah bimbang. Kerana pak menteri dan tim tahu apa yang mereka lakukan.
Jika tidak, masakan mereka berani merentas negeri dan daerah, ke hulu ke hilir berjumpa orang itu orang ini dan sedikit sebanyak mengabaikan SOP. Itu pun kadang-kala.
Akan tetapi ada juga menteri dan timbalan dijangkiti. Didapati positif. Namun rasanya mereka yakin akan pulih secepat mungkin. Memang ada yang dijangkiti sudah pun pulih. Alhamdulillah.
Yang tidak dijangkiti semuanya “business as usual”. Semuanya dilakukan demi rakyat dan negara tercinta.
Oleh itu kita dihidangkan dengan berita ada menteri dan rakan-rakan, duduk dekat-dekat antara satu sama lain masa bermesyuarat, masa makan-makan , masa borak-borak. Kadang-kala penjarakan dijaga, pelitup muka dipakai. Kadang-kadang tidak.
Terlupalah tu. Sebagai manusia lupa tidak dapat dielakkan.
Oleh itu rakyat biasa yang sayang pak pak menteri janganlah bimbang dengan pergerakan atau peri laku menteri. Pak menteri pula janganlah marah apabila rakyat marah. Mereka marah sebab sayang. –




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/keluhan-rakyat-si-rakyat-biasa-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 366 hits
Rombongan Perdana Menteri dan ahli Bersatu dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal sekurang kurangnya satu meter sebagai usaha menangani penularan Covid 19 Pengabaian prosedur operasi standard paling asas itu dikesan berlaku dalam rombong...
Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 407 hits
BernamaKenyataan itu turut menyebut dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan Gambar fail KUALA LUMPUR Dua artikel mengenai dakwaan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi ...
Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 342 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lum...
Rakyat Jangan Marah Menteri Begitulah Juga Sebaliknya

Rakyat Jangan Marah Menteri Begitulah Juga Sebaliknya

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 299 hits
Covid 19 terus mengganas Ramai rakyat biasa bising bising marah marah kerana pak menteri timbalan mereka serta golongan yang seistimewa dengan mereka bebas bergerak ke sana ke sini ketika PKB dan macam macam PKP lagi berkuatkuasa Bukan seka...
Rakyat Perhati Prestasi Menteri

Rakyat Perhati Prestasi Menteri

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 254 hits
Apabila Darurat diumumkan banyak warganet berpendapat atau membuat ulasan jenaka agar menteri perlu diberhetikan Tindakan itu dikatakan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan daripada perlu membayar gaji menteri yang puluhan ribu itu sedan...
Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang Sop Pkp

Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang Sop Pkp

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 497 hits
Hmmm entah la tak tahu apa nak cakap tentang sikap dan perangai rakyat Malaysia apabila kerajaan kita melaksanakan PKP dan memperketatkan SOP bagi menangani pandemik Covid 19 ni Ada saja alasan dan ketidakpuasan hati mereka Kerajaan buat se...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Hutang Baru Tambah 5 Billion Pmx Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat

Saham As Melonjak S P 500 Catat Rekod Keenam Pengeluar Cip Melonjak

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Tip Stok Cili Tahan Lama

Beard Stubble Fashion Trend Or Breeding Ground For Germs Insights From Medscape

New Research Links Agricultural Dust Exposure To Gut Health Issues In Farm Workers

Access Blocked What It Means For You

Diusung 8 Anggota Apm Kerana Cedera Netizen Risau Amp Nasihat Cik B Turunkan Berat Badan Seksanya Tengok