Rakyat Cemas Kerana Kerajaan Pintu Belakang Gopoh
~Tulisan dari Ipohmali
Selepas pengumuman Muhyidin semalam aku dah tulis, tindakan Kerajaan terlalu drastik.. tindakan perlu dibuat bertahap.. aku tulis semalam ,cara Muhyidin umumkan semalam dah mcm dia buat pengumuman tarikh hari raya..tak jelas langsung..semalam ramai yang pertikai apa yg aku tulis..
aku dah kata, Rakyat akan Panik.. Bila rakyat Panik, dia sebenarnya boleh menyumbang kepada penularan wabak itu lebih cepat..dah jadi lebih bahaya...bila rakyat bersesak sesak.. ia sebenarnya meninggikan resiko jangkitan..lebih menakutkan jika wabak yang berpusat di Bandar KL, Berpindah dibanyak kawasan lain.. Pendekatan perlu berhikmah..
Belajar dari pengurusan Bencana Pimpinan Dr Wan Azizah dan Dr Dzulkifli dalam gelombang pertama.. ia diurus dengan baik biarpun ketika itu China sedang berhadapan dengan gelombang besar virus Corona.. mereka mengawal emosi dan keadaan rakyat dengan baik..
Ketika Singapore rakyatnya melakukan belian panik..rakyat kita masih tenang.. malah kes Covid-19 di negara kita jauh lebih rendah dari Singapura biarpun kita lebih berisiko dari Singapura..dan terbukti ketika kes di Singapura dah mencecah lebih angka 100 kes..kita hanya 22 kes..dan kesemuanya pulih..
Hari ni lihat apa jadi...?.rakyat berebut beli barang Dapur.. buat belian panik.. Ramai Pelajar Universiti yang terpaksa balik dan tersadai di TBS dan KL Sentral..mereka beratur panjang beli tiket untuk balik.. Petang tadi pintu ke Singapura ditutup.. kereta sesak dan tak bergerak lebih 2 Jam.. Malam ni pakat beratur panjang di balai Polis sebab nak isi borang balik kampung...
Nampak tak ? Mana pergi ketua Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ? mereka hilang..terkontang kanting ketua Polis dan Ketua Pengarah kesihatan.. sebab apa ? yang mempengerusikan NADMA itu Redzuan Md Yusof, Menteri kereta terbang..
Dalam kes ni aku tak salahkan rakyat..Sebenanrya depa tak faham... Sebab bagi aku kerajaan pintu belakang ni betul2 gagal.. Bila bayangkan Menteri dan Ketua negara dok main Golf sehari sebelum pengumuman tergesa gesa ni... geram aku tak tahu nak kata...
Aku simpati kepada rakyat yang jadi mangsa.. itu belum lagi esok bagaimana nasib rakyat,penjaja kecil yang hilang sumber pendapatan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/03/rakyat-cemas-kerana-kerajaan-pinyu.html