Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada


POLITIK datang dan pergi. Yang kekal di situ institusi raja. Rakyat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Agong berjuta jumlahnya yang tidak berkiblatkan kepada kuasa pimpinan politik hari ini.

Meskipun ada parti tertentu mempunyai sejuta ahli, dua juta atau lebih tiga juta, orang Melayu dan bangsa lain yang menjadi rakyat DYMM jauh lebih ramai. Mereka juga berhak, malah lebih berhak memberi pandangan terhadap masa depan negara ini.

Kerana itu bila pemimpin-pemimpin parti politik dipertemukan dengan Yang di-Pertuan Agong tiga hari berturut-turut sejak Rabu minggu lepas dalam membangkitkan isu-isu semasa tanah air, tampak jelas betapa institusi raja itu sebenarnya melangkaui komponen politik itu sendiri.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 45 kali, bahasa perundangan yang digunakan di bawah Perkara 153 adalah bersifat wajib kerana klausa (1) memperuntukkan:

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Peruntukan ini sebenarnya lebih tegas lagi bahasanya di dalam versi bahasa Inggeris kerana ayat awalannya berbunyi “It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays…and the legitimate interests of other communities…”.

Dengan lain takrif, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat tidak, wajib memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain di negara ini.

POLITIK SURVIVAL
       Krisis politik di Perak 2009Tanpa Yang di-Pertuan Agong, yang cukup kita bimbangi mutakhir ini adalah matlamat politik survival ke arah bagaimana kuasa itu mahu terus dimanipulasikan.

Padahal, yang harus memainkan peranan utama dalam bidang penyatuan orang Melayu sepatutnya ialah pimpinan yang berkuasa.

Amat dibimbangi kuasa itu dihalakan untuk tujuan lain, iaitu lain sama sekali daripada apa yang diharapkan oleh orang Melayu yang dahagakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilangsungkan agar pegangan 18%.

Mengimbas sejarah, kedudukan Melayu dalam sektor korporat benar-benar mencapai sekurang-kurangnya 30% sebelum ia dikisar atau diubah. Kini DEB sudah tiada.

Yang ada hanyalah dasar ekonomi dan pembangunan majmuk untuk semua. Ini belum tentu dapat menjamin kepentingan orang Melayu.

Rukun Negara yang menjadi piagam pemerintahan semenjak 1970 sudah tidak disebut-sebut lagi. Barangkali lantaran di dalamnya terkandung gesaan mendaulatkan Raja dan undang-undang begitu menonjol sehingga menyebabkan ada pihak yang kurang senang dengannya.

Maka, DYMM diseru jangan tunduk dan menerima sahaja mana-mana kehendak politik semasa sekiranya jauh menyimpang daripada pokok perjuangan yang diamanahkan.

Dengan kemelut politik tanah air yang tidak sudah-sudah membabitkan lebih lima parti Melayu, menungkanlah dulu darihal bangsa kita yang masih lemah.

Yang ada cuma pangkat dan daulat bagi kita. Mana-mana pihak atau parti tak payah ambil daulat atau sovereignty itu daripada raja. Kalau Raja Melayu sudah tidak berdaulat lagi dan terumbang-ambing, siapa yang akan lebih berdaulat?

Kalau orang besar politik buat salah, siapa yang hendak siasat? Gamakkah pihak yang ada kuasa pendakwaan menjalankan siasatan dan pendakwaan ke atas mereka? Boleh dijalankan dari segi falsafah, tapi tak mungkin dari segi sebenar.

MAJORITISME
Krisis politik di Perak 2009Setiap yang bernama Melayu terutama para pemimpin politiknya, jangan biarkan nafsu menular bangsa sendiri. Jangan biarkan keganasan majoritisme mengotak katikkan kedaulatan bangsa sendiri semata-mata impian sosialis pemimpin tertentu yang tidak mahu melihat adanya pihak yang lebih tinggi daripadanya.

DYMM Raja-raja tidak mampu untuk berpeluk tubuh dan berdiam diri dalam soal melibatkan kepentingan rakyat jelata. Kedaulatan yang ada pada Tuanku itu adalah kedaulatan bangsa Melayu.

Di Istana Negara lusa 16 Jun ini, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu atas inisiatif Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipengerusikan baginda akan menjadi tumpuan seluruh negara, sekali gus menyerlahkan sikap ambil berat raja pada rakyatnya.

Perbincangan berkaitan usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat, diyakini akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan yang bersarang dalam benak fikiran rakyat, terutama para pemimpin politik.

Daulat Tuanku. Sembah patik mohon diampun.

Oleh: Zulkifli Jalil


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/raja-dan-rakyat-berpisah-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongres Tahunan Pkr Kenyataan Ydp Agong Majlis Raja Raja Kemuncak Suara Rakyat

Kongres Tahunan Pkr Kenyataan Ydp Agong Majlis Raja Raja Kemuncak Suara Rakyat

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 208 hits
Kenyataan Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja baru baru ini berhubung keadaan semasa dalam negara disifatkan sebagai kemuncak kepada suara rakyat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro A...
Majlis Raja Raja Tiada Keperluan Lanjut Darurat Penting Kerajaan Stabil Dan Punyai Sokongan Majoriti Rakyat

Majlis Raja Raja Tiada Keperluan Lanjut Darurat Penting Kerajaan Stabil Dan Punyai Sokongan Majoriti Rakyat

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 233 hits
June 16 2021PETALING JAYA Raja Raja Melayu berpandangan tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos Majlis Raja Raja Melayu juga bersetuju bahawa suhu politik yang semakin panas perlu diredakan dan pentingnya sebuah kerajaa...
Dua Harapan Sederhana Rakyat Jelata Kepada Raja Raja

Dua Harapan Sederhana Rakyat Jelata Kepada Raja Raja

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 213 hits
Kalau ikutkan suara suara rakyat yang kedengaran di media sosial dan di merata mata tempat yang lain hanya satu kesimpulan tentang harapan mereka terhadap Perbincangan Khas Raja Raja Melayu yang akan berlangsung pada 2 30 petang hari ini di...
Vietnam Rayu Rakyat Sumbang Dana Beli Vaksin Covid 19

Vietnam Rayu Rakyat Sumbang Dana Beli Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 337 hits
Images KONGSI ARTIKEL HANOI Vietnam yang pernah dijadikan sebagai teladan kepada seluruh dunia atas kejayaannya membendung penularan COVID 19 kini meminta sumbangan derma daripada rakyatnya untuk membeli vaksin sedang ia ter
Sultan Johor Ingatkan Rakyat Tidak Terpengaruh Golongan Antivaksin

Sultan Johor Ingatkan Rakyat Tidak Terpengaruh Golongan Antivaksin

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 203 hits
Sultan Johor ingatkan rakyat tidak terpengaruh golongan antivaksin Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jun 2021 1
Rakyat Mengharapkan Kerajaan Ini Pun Terlingkup Juga Dengan Moratorium Dan Zafrul

Rakyat Mengharapkan Kerajaan Ini Pun Terlingkup Juga Dengan Moratorium Dan Zafrul

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 279 hits
Bank perlu perjelas secara mendalam moratorium kepada M40 yang terkesan kata Mustapa June 9 2021 Mustapa Mohamed berkata ramai golongan M40 yang mengharapkan moratorium menyeluruh seperti yang dibuat pada tahun lepas KUALA LUMPUR Persatuan ...
Alhamdulillah Pas Bantah Harga Minyak Masak Mahal Dijual Pada Rakyat Tapi Walaun Sokong Minyak Masak Naik Harga

Alhamdulillah Pas Bantah Harga Minyak Masak Mahal Dijual Pada Rakyat Tapi Walaun Sokong Minyak Masak Naik Harga

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 219 hits
WALAUN MACAMANA NI LEBAI BANTAH HARGA MINYAK Kenyataan Media Penerangan 113 4 November 2016 3 Safar 1438 MINYAK MASAK KERAJAAN SENDIRI PUNCA RAKYAT TERBEBAN Oleh Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat 1 Kerajaan wajar dipertanggungj...
Asyik Ubah Sop Akan Hakis Keyakinan Rakyat Kata Persatuan Pengguna Sabah

Asyik Ubah Sop Akan Hakis Keyakinan Rakyat Kata Persatuan Pengguna Sabah

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 267 hits
Pertukaran SOP waktu operasi perniagaan baru baru ini pasti memberi kesan kepada peniaga dan pengguna kata Presiden CFOS Nordin Thani KOTA KINABALU Sebuah kumpulan pengguna berkata pindaan prosedur operasi standard waktu perniagaan di Sabah...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Hard Rock Penang

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Strengthens Against Dollar On Positive Sentiment

Dbkl Has Plot Of Land That Can Fit 12k Affordable Homes

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Terima Hakikat Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Kru Goat Chord