Asyik Ubah Sop Akan Hakis Keyakinan Rakyat Kata Persatuan Pengguna Sabah


Willie JudePertukaran SOP waktu operasi perniagaan baru-baru ini pasti memberi kesan kepada peniaga dan pengguna, kata Presiden CFOS Nordin Thani. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Sebuah kumpulan pengguna berkata, pindaan prosedur operasi standard (SOP) waktu perniagaan di Sabah beberapa kali baru-baru ini ketika sekatan pergerakan penuh hanya akan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19.
Presiden Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata, kekerapan mengubah sesuatu keputusan juga akan menyebabkan kerajaan negeri dilihat tidak serius.
“Ini perkara serius, membabitkan nyawa dan ekonomi rakyat. Kalau balik-balik ubah (SOP), rakyat akan melihat kerajaan seperti main-main dan tidak serius dalam memerangi Covid-19.
”Sebab itu saya katakan pengurusan krisis itu penting kerana bila ada kelemahan dalam pengurusan krisis, sudah pasti hasilnya akan mendapat kecaman ramai,” katanya kepada FMT
Nordin berkata, perkara itu boleh dielakkan jika jawatankuasa pengurusan krisis yang ditubuhkan kerajaan negeri lebih efektif mencari ketetapan dalam sesuatu keputusan dengan mengadakan perbincangan terperinci dengan semua industri berkaitan.
“Saya yakin jika ini dilakukan, keputusan yang dicapai akan lebih baik dan tidak perlu lagi diubah beberapa kali seperti sebelum ini,” katanya.
“Pertukaran SOP waktu operasi perniagaan baru-baru ini pasti memberi kesan kepada peniaga dan pengguna kerana mereka ‘bingung’ dengan keputusan tidak stabil kerajaan.”
Sementara itu, walaupun turut bersetuju kekerapan menukar SOP kurang baik, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah, Foo Ngee Kee berterima kasih kepada kerajaan yang sudi mendengar pandangan pihak industri.
“Kerajaan sepatutnya mengkaji perkara ini (waktu operasi perniagaan) sedalam-dalamnya, bila masa sesuai (perniagaan beroperasi) dan bagi saya juga mengubahnya dengan hanya perbezaan satu jam tidak mendatangkan apa-apa kesan,” katanya.
Ahad lalu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun mengumumkan waktu perniagaan bagi perkhidmatan perlu diselaraskan dari 9 pagi hingga 5 petang, sebelum dipinda kira-kira sejam selepas itu kepada 9 pagi hingga 6 petang, manakala 6 pagi hingga 3 petang dikekalkan bagi pasar awam serta pasar harian.
Kelmarin, waktu perniagaan ditukar sekali lagi kepada 7 pagi hingga 7 petang untuk restoran dan pasar raya.
Masidi berkata, pindaan waktu perniagaan itu dibuat selepas mengambil perhatian terhadap maklum balas pelbagai pihak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/asyik-ubah-sop-akan-hakis-keyakinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Situasi Covid 19 Di Sabah Semakin Serius Kata Masidi

Situasi Covid 19 Di Sabah Semakin Serius Kata Masidi

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 214 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Desa Tanggu di Tawau yang tercetus sempena perayaan Aidilfitri membabitkan individu yang telah lengkap vaksinasi KOTA KINABA...
Hiburan Berpusu Pusu Rentas Negeri Korang Nak Apa Sebenarnya Michael Ang Hairan Ada Rakyat Degil Patuh Sop

Hiburan Berpusu Pusu Rentas Negeri Korang Nak Apa Sebenarnya Michael Ang Hairan Ada Rakyat Degil Patuh Sop

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 393 hits
Minggu lalu kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan total lockdown pada 1 Jun ini kepada seluruh negara di mana beberapa prosedur operasi standard telah diperketatkan secara penuh bagi mengekang penularan wabak COVID 19 Namun masih ad...
Minyak Masak Paket Plastik Sebagai Alternatif Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Minyak Masak Paket Plastik Sebagai Alternatif Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 402 hits
nbsp Pengguna boleh mendapatkan minyak masak bersubsidi dalam paket plastik sebagai alternatif susulan kenaikan mendadak harga minyak masak dalam botol lima kilogram ketika ini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun...
Lockdown Rakyat Tak Payah La Nak Kecewa Kata Menteri

Lockdown Rakyat Tak Payah La Nak Kecewa Kata Menteri

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 244 hits
June 4 2021 Tiada sebab untuk rakyat melahirkan rasa marah kepada kerajaan pada waktu total lockdown tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin Beliau berkata segala usaha yang diambil pihak berkuasa termasuk mengadakan lebih ban...
Terima Kasih Star Sapp Kerana Faham Kata Pemuda Pas Sabah Berhubung Isu Troli

Terima Kasih Star Sapp Kerana Faham Kata Pemuda Pas Sabah Berhubung Isu Troli

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 356 hits
Ketua Pemuda PAS Sabah Zulzaim Hilmee Abidin menyatakan penghargaan terutama kepada STAR dan SAPP berhubung isu pengasingan troli barangan halal dan tidak halal KOTA KINABALU PAS Sabah menghargai rakan mereka dalam Gabungan Rakyat Sabah ker...
Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 329 hits
Profits double for Robert Kuok s PPB Group Robust demand for palm oil and sugar doubled the profits of PPB Group the company controlled by Malaysia s richest man Robert Kuok According to a Forbes report PPB s net profit rose to RM420 2 mill...
Turun Padang Dengar Masalah Rakyat Sepanjang Total Lockdown Kata Naib Presiden Umno

Turun Padang Dengar Masalah Rakyat Sepanjang Total Lockdown Kata Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 369 hits
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata Umno sememangnya berpegang kepada tradisi membela kebajikan rakyat yang menjadi teras perjuangan sehingga parti keramat itu terus kekal relevan sampai hari ini PETALING JAYA Pemimpin Umno di se...
Baru Saja Anak Kau Kata Rakyat Sampah Kini Adun Akan Tolak Bapak Kau Macam Sampah

Baru Saja Anak Kau Kata Rakyat Sampah Kini Adun Akan Tolak Bapak Kau Macam Sampah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 310 hits
Panas Tular surat akuan berkanun ADUN Terengganu tolak Samsuri sebagai MB June 8 2021 Kedudukan Menteri Besar Terengganu kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat ...
Hiburan Henti Tuding Jari Dan Cari Orang Untuk Disalahkan Fendy Bakry Ingatkan Rakyat Terus Patuh Sop

Hiburan Henti Tuding Jari Dan Cari Orang Untuk Disalahkan Fendy Bakry Ingatkan Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 218 hits
Pelakon Fendy Bakry atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri 33 yang ditemui media berkata setiap individu di negara ini mempunyai peranan tersendiri dalam mengekang penularan COVID 19 daripada terus merebak dan menjangkiti lebih ramai o...
300 000 Hit By Unscheduled Water Cut In Jb

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Many Malaysian Graduates Are Earning Just Enough To Survive Says Report

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Some Politicians Ought To Show More Love To Workers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Untunglah Ada En Tunang

Kepakaran Abdul Kadir Mampu Mantapkan Pengurusan Air Negara Berita Harian 22 05 2025

Drama Si Bakhil Dengan Bunganya

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Rahsia Bancuhan Sirap Tradisional Rasa Asli Dari Dapur Mak Su

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini