Raikan Hari Wanita Sedunia Di Negeri Selangor Pada Tahun 2022


Hi Korang,
Negeri Selangor mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk dikunjungi! Anda boleh melihat sendiri keunikan Negeri ini, termasuk kepelbagaian budaya. Negeri Selangor juga merupakan sebuah negeri yang selamat dan bersih serta sesuai bagi kunjungan para wanita sama ada bagi aktiviti melancong atau bersiar - siar. 


Sempena Hari Wanita Sedunia, berikut merupakan 5 tempat yang boleh dikunjungi bersama insan tersayang atau rakan wanita anda di Negeri Selangor pada Hari Wanita Sedunia tahun ini

1. Sarapan Pagi di Q BISTRO, SS15 Subang Jaya


Q BISTRO ialah restoran yang memenangi anugerah khusus dalam masakan menu Malaysia. Ia adalah restoran pertama di Malaysia yang menjamukan "Menu Kegemaran Malaysia" semuanya di bawah satu bumbung. Q Bistro menawarkan makanan seperti nasi lemak, roti canai, roti bakar, mini pau dan dim sum stim. Q Bistro ialah salah satu peneraju utama dalam perniagaan makanan dan minuman di Lembah Klang, dan cawangannya di SS15, Subang Jaya amat digemari oleh penduduk setempat

Alamat : Lot No, 103, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

2. Kembangkan Kreativiti Anda Di Clay Expression Enterprise, Subang Jaya

Clay Expression adalah tempat untuk mengembangkan kreativiti anda melalui pembuatan tembikar. Tenaga pengajar disini melatih mereka yang ingin menjadikan pembuatan tembikar sebagai hobi, menjadi artis seramik, untuk memulakan kerjaya perguruan baharu atau untuk melegakan tekanan. Pembuatan tembikar adalah lebih daripada mengubah bola tanah liat menjadi sebuah bentuk objek yang diinginkan. Melalui proses pembelajaran, ia memerlukan anda untuk menyentuh dan merasa tanah liat yang sedang anda hasilkan tersebut. Sangat menarik, ia menenangkan fikiran dan mampu membantu menumpukan perhatian anda. Selain dari itu, ia juga mencabar keazaman anda, mengembangkan ekspresi diri, serta meregangkan kemahiran dan imaginasi anda

Alamat : 757, 5, Jalan Subang 3, Kawasan Perindustrian Uep Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor


3. Beli-belah Di Central i-City, Shah Alam



Pusat Beli-belah Central i-City di Negeri Selangor, ialah Pusat Beli-belah serantau antarabangsa yang pertama di Negara ini dan terletak di Seksyen 7, Shah Alam, iaitu 22 kilometer dari Kuala Lumpur. Pusat Beli-belah ini adalah sebahagian daripada i-City, sebuah projek pembangunan yang dipromosikan oleh Kerajaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Pusat Beli-belah adalah salah satu contoh terbaik bagi menggambarkan gaya hidup serta unsur hiburan yang terdapdi Negeri Selangor

Alamat : No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor


4. Bersiar-siar Di Taman Maya, Eco Ardence, Setia Alam


Taman Maya ialah taman hijau dalam bandar Eco Ardence serta menawarkan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung. Di tasik tersebut terdapat sebuah jambatan yang menghala ke pelantar berstruktur empat segi dan bermotifkan harmoni. Strukturnya menyala pada waktu petang dan malam, menghasilkan imej cermin yang indah di tasik. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah seperti berjoging, berjalan kaki, berbasikal, fotografi dan melihat matahari terbenam. Terdapat juga banyak restoran dan kedai makan di Ardence Lab, yang terletak di sebelah tasik ini

Alamat : 40170, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


5. Santai Malam Di Uptown Relax Faithful Nature / Santai, Setia Alam
Santai Setia Alam berkonsepkan pasar malam atau Uptown, terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan menawarkan pelbagai barangan yang berpatutan dan murah, serta makanan dan minuman terbaik yang lazat. Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 pagi, ia menyediakan suasana yang menyenangkan untuk anda akhiri lawatan sehari anda ke Negeri Selangor

Alamat : 27, Jalan Setia Trade, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Selain dari tempat-tempat yang disenaraikan atas, Negeri Selangor mempunyai pelbagai lagi tempat pelancongan yang menarik yang perlu anda terokai terutamanya pada tahun 2022. Kunjungan ke Negeri Selangor akan memberikan anda pengalaman yang unik tidak seperti apa-apa yang anda pernah alami sebelum ini

Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan yang utama di Malaysia, mengekalkan kedudukannya sebagai gabungan unik bandar moden dan kepelbagaian budaya dan warisan serta bersih dan selamat untuk dikunjungi bersama insan tersayang dan rakan wanita anda. Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini rancang percutian anda dan Pusing Selangor Dulu

Bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2022/03/raikan-hari-wanita-sedunia-di-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Wanita Sedunia

Selamat Hari Wanita Sedunia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari Wanita Sedunia erk hari ni jadi wanita ni kena la tabah especially dah 2 minggu dah ni pergi kerja baik kerja cenggitu je ada je yang positive hari demi hari kalau tak level SA level lain pas tu pass baton lev...
Bantuan Kuarantin Rm 100 Sehari Tahun 2022 Kini Dibuka

Bantuan Kuarantin Rm 100 Sehari Tahun 2022 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 244 hits
Ada yang kena kuarantin sebab Covid 19 Jangan lupa anda boleh buat Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Tahun 2022 Mohon Sekarang Memandangknan kes harian telah mencapai 25k keatas sehari This is a content summary only Visit my website...
Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022

Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 175 hits
Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022 Permohonan menjawat Jawatan Kosong di Tentera Laut Diraja Malaysia dialu alukan untuk memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kura...
Wanita Ini Sanggup Guna Balik Tuala Sanitari Yang Sama 7 Tahun Lalu

Wanita Ini Sanggup Guna Balik Tuala Sanitari Yang Sama 7 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 253 hits
Wanita Ini Sanggup Guna Balik Tuala Sanitari Yang Sama 7 Tahun Lalu SEORANG wanita berusia 35 tahun mendedahkan bahawa dia menggunakan semula tuala haid bagi mengurangkan sakit menstruasi Beki Griffin dari Rutland berkata tindakannya itu ke...
Wanita Kerdil Berpantang 36 Hari Trauma Bot Hampir Terbalik Redah Banjir

Wanita Kerdil Berpantang 36 Hari Trauma Bot Hampir Terbalik Redah Banjir

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 434 hits
Keadaan banjir di Pantai Timur terutama negeri Kelantan dan Terengganu ibarat banjir yang tak dijangka kerana berlaku pada penghujung Februari dan terburuk di beberapa daerah kedua dua negeri tersebut Perkongsian mangsa banjir di media sosi...
Makan Di Tgi Fridays Sempena Hari Wanita

Makan Di Tgi Fridays Sempena Hari Wanita

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum wbtSEJAK kelmarin iklan promosi TGI Fridays ni tular di grup grup whatsapp Dengan setiap pesanan Signature Salmon percuma Signature Chicken Signature Salmon tu RM51 50 Signature Chicken tu RM32 50 Mula tu macam tak teruja sa...
I Ceria Kwsp Pengeluaran Kwsp Rm10 000 One Off Tahun 2022

I Ceria Kwsp Pengeluaran Kwsp Rm10 000 One Off Tahun 2022

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 313 hits
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan i Ceria Kumpulan Wang Simpanan Pekerja iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir Datuk Seri Mohd Salim Sharif ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Raky...
Harga Baju Sekolah Tahun 2022

Harga Baju Sekolah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 441 hits
Alhamdulillah dah selamat membeli pakaian sekolah anak anak Tak semua lah berganti Mama Yan dah check sehelai demi sehelai Mana yang boleh pakai lagi mana yang boleh bagi adik mana yang kena alter aje mana yang kena tambah mana yang dah tak...
Copy Paste Muka Ibu Lepas 40 Hari Pantang Wanita Kerdil Kongsi Wajah Bayi

Copy Paste Muka Ibu Lepas 40 Hari Pantang Wanita Kerdil Kongsi Wajah Bayi

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 169 hits
Selepas 40 hari berpantang wanita kerdil yang tular sebelum ini Syakila Norazma Amira Zuharsema atau mesra dipanggil Yaya 28 mula berkongsi wajah bayi lelakinya Anak sulung yang diberi nama Muhammad Ayden Adrian yang dilahirkan seberat 2 35...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban

Si Tomy Sesekali Selalu Akhirnya Menetap