I Ceria Kwsp Pengeluaran Kwsp Rm10 000 One Off Tahun 2022




Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

PENGELUARAN I-CERIA RM10,000 ONE-OFF“Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya.


Justeru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Cadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

Sementara itu Karupaiya dan Hasan berpendapat, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang susulan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab cenderung menaikkan harga ketika rakyat menerima bantuan kewangan.

Hasan berkata, ini menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat semakin berkurang walaupun mempunyai wang, oleh itu kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dalam mengawal harga barangan terutama di kawasan luar bandar.

Xavier pula berpendapat cadangan i-Ceria itu bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

PENJELASAN MENTERI KEWANGAN, TENGKU ZAFRULSebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah menjawab cadangan pihak-pihak yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP bagi yang terjejas banjir melalui 2 buah video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022.

Dalam video berdurasi 6:28 minit ini, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini pencarum telah mengeluarkan sehingga RM71,000 melalui i-Lestari, i-Sinar & i-Citra, manakala dalam bahagian kedua video tersebut, impak pengeluarannya turut diperincikan.

Secara keseluruhannya, RM101 bilion telah dikeluarkan pencarum.

Jelas beliau, bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030.

Ini bemaksud, dalam masa 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk membiayai hidup masing-masing selepas bersara.

Atas sebab itu, desakan beberapa pihak untuk membenarkan pengeluaran KWSP akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini berada dalam tahap yang membimbangkan.

Sebagai contoh, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1000, bersamaan RM4 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Manakala, bagi M40, jumlah simpanan adalah RM25,000 iaitu bersamaan RM104 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa pada tahun 2014 Malaysia juga dilanda banjir yang teruk.

Ketika itu, tiada pengeluaran KWSP yang dibenarkan walau 1 sen pun. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk membantu rakyat terjejas mendapatkan bantuan kewangan, barangan keperluan dan tempat tinggal bagi meneruskan kehidupan.
Pendekatan ini juga digunakan bagi mangsa banjir tahun ini yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir yang terjejas.

Sumber – BERNAMA via Buletin TV3

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/03/i-ceria-kwsp-pengeluaran-kwsp-rm10000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Pengeluaran Kwsp Rm10 000 2022 Secara One Off Diteruskan Untuk Rakyat

Tuntutan Pengeluaran Kwsp Rm10 000 2022 Secara One Off Diteruskan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 241 hits
Memorandum ditandatangani lebih 108 000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berhubung pengeluaran oneoff RM10 000 akan diserahkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional yang juga mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara Ketua Penerangan Ber...
Lebih 100 000 Orang Mahu Keluarkan Rm10 000 Simpanan Kwsp One Off Anda Setuju

Lebih 100 000 Orang Mahu Keluarkan Rm10 000 Simpanan Kwsp One Off Anda Setuju

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 217 hits
ISU pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja nampaknya menjadi mainan bibir pihak tertentu Ada yang sebelum ini tidak pun endah isu itu kini mahu dilihat menjadi wira lebih lebih lagi menjelang Pilihan Raya Negeri Johor Padulikan...
Pengeluaran Kwsp Kerajaan Mungkin Ada Halangan Wan Saiful Sumberkini 19 02 2022

Pengeluaran Kwsp Kerajaan Mungkin Ada Halangan Wan Saiful Sumberkini 19 02 2022

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 164 hits
PETALING JAYA Kerajaan hari ini masih tidak membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang simpanan mereka mungkin disebabkan ada pertimbangan yang menghalang kerajaan daripada membenarkan pengeluaran tersebut Ketua Penerangan BERSATU Wan Saif...
Tahun 2022 Masa Yang Sesuai Beli Rumah

Tahun 2022 Masa Yang Sesuai Beli Rumah

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 268 hits
Hampir semua orang mempunyai rumah impian dan teringin nak mencapai impian tersebut Riss pun salah satu daripadanya Sampai bila nak terus menerus menyewa rumah Tapi wajarkah kita membeli rumah di saat Covid 19 masih lagi melanda dunia Beber...
Rm200 000 Expected From Handicrafts Sales In Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

Rm200 000 Expected From Handicrafts Sales In Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 286 hits
Nancy speaks at the press conference With her is the ministry s deputy secretary general Datuk Saraya Arbi KUCHING Federal Ministry of Tourism Arts and Culture expects to record RM200 000 in revenue deriving from total sales of hand
Dia Pernah T0lak R4suah Rm10 000 Polis T3mbak Diri Sendiri M3ninggal Di Rumah Rakan Ketua Polis Ded4h Cerita Sebenar

Dia Pernah T0lak R4suah Rm10 000 Polis T3mbak Diri Sendiri M3ninggal Di Rumah Rakan Ketua Polis Ded4h Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 686 hits
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini hari ini
Sprm Berkas Penolong Pengarah Disyaki Minta Rm10 000 Percepat Surat Tanah

Sprm Berkas Penolong Pengarah Disyaki Minta Rm10 000 Percepat Surat Tanah

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 378 hits
Willie JudeKOTA KINABALU Seorang penolong pengarah kanan sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki meminta suapan bagi mempercepatkan urusan pengeluaran surat tawaran tanah membabitkan peke...
Pinda Ruu Perluaskan Istilah Masa Tua Kwsp Wacanakini 10 02 2022

Pinda Ruu Perluaskan Istilah Masa Tua Kwsp Wacanakini 10 02 2022

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 344 hits
Kumpulan Wang Simpanan Nasional dilihat sudah gagal dalam menjawab dan memuaskan permohonan pencarum yang menuntut untuk mengeluarkan wang caruman mereka Contohnya membenarkan 80 peratus wang caruman bagi simpanan RM80 000 ke atas Semua pih...
Lee Seung Gi Dinobatkan Sebagai Wajib Pajak Teladan Tahun 2022

Lee Seung Gi Dinobatkan Sebagai Wajib Pajak Teladan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 302 hits
Penghargaan ini merupakan tradisi tahunan perpajakan Korea Selatan untuk mengapresiasi warganya
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life