Makan Di Tgi Fridays Sempena Hari Wanita
Assalamualaikum wbt
SEJAK kelmarin, iklan promosi TGI Fridays ni tular di grup-grup whatsapp. Dengan setiap pesanan Signature Salmon , percuma Signature Chicken. Signature Salmon tu RM51.50, Signature Chicken tu RM32.50. Mula tu macam tak teruja sangat la. Hari tu makan Salmon kat Cafe Ikea, baru RM22.90 tak silap, hihi.
Petang semalam, tiba rasa nak tanya dalam grup anak beranak, Sk hantar gambar ni dengan caption, siapa yang nak belanja bonda? Sekali jolok terus jatuhlah. Laju-laju Pak Inche jawab, jom.. jom. Iman pulak ada kelas online MUETD kan. Iman kata, tak apa, nanti dia dengar rakaman aje. Sekali petang tu, miss yang ajar tu beritahu, tak ada kelas, sebab dia positif covid 19 dan batuk, tak boleh nak buat kelas.
TGIF ni baru jer dibuka di Midvalley Southkey Mall. Ni gambar Sk google, sebelum ia dibuka. Dulu, semasa ia dibuka di Bangunan Pelancongan Johor (JOTIC), Sk pernah ke sana, rasanya dua tiga kali sahaja. Sekali zaman bujang, bos belanja Sk dan kawan-kawan. Sekali lagi tu, hari jadi Sk kot.. ke hari jadi Pak Inche. Lupa dah. Sekali lagi mungkin saja-saja. Cari entry lama tak jumpa, atau mungkin zaman goblok, hahaha.
Di JOTIC dulu, TGIF ni agak ekslusif ya tempatnya. Orang ado-ado jer dan kebanyakannya Mat Saleh dan Chinese serta Indian yang nampak kaya. Tak ramai la melayu, kalau ada nampak la ke-Singaporean-nya. Mungkin ada la melayu Malaysia yang datang, tapi tak ramai. Itu pengalaman Sk yang cuma datang dua atau tiga kali tu. Sk datang dua tiga kali pun dah fahamlah, nan hado rupanya Sk tu, hahaha
Staf dia pun, nampak berbeza dari staf di kebanyakan restoran makanan segera. Cara sambut pelanggan, cara layanan, cara bercakap, memang terasa disayangi dihargai. Dorang cakap lembut dan sopan, dan tentulah dalam bahasa Inggeris, kan.. sebab TGIF ni kan American gituh. Tapi, semalammm.. hurmmmm... garu kepala tak gatal
Dah ada promo, kan.. seperti dijangka, memang penuh, tapi masih ada tempat kosong lagi. Baru pukul 8.30 malam macam tu. Dengar staf dia jerit tanya ke bahagian dapur, salmon ada lagi takkkk?! Ahhh, sudahhh.. rasa nak nangis, dahlah kita ni datang semata nak makan salmon dan tentulah nak dapat percuma ayam
Pak Inche pun tanyalah dengan salah seorang staf, masih ada lagi tak salmon tu? Seperti yang didengar tadilah ya, memang tak ado dah. Tak payah nak jadi 'Kak Long' pulak.. dah kat gambar tu, ada tulis omputeh, jika diterjemahkan maksudnya, 'selagi stok masih ada'
Jadi, kami pesanlah Quesadillas ni... shedapppp
Ada lapan ketui, Pak Inche jer makan lima.. hurmm. Lapar katanya. Kita ni nak makan lambat-lambat macam orang kaya dalam tv tu. Dia pulak yang pergi ngap satu-satu
Brownie Obsession. Memang padu dan padat dengan rasa coklat. Ia disirami sos coklat dan karemel serta ditaburi kacang pecan. Ambil set dengan dua minuman panas
Mengopilah kitaaaaaa. Memang tak pesan makanan lain. Mahal nak mampuih ko, hahaha. Steak dia, boleh beli pinggan portmeirion, hahaha. Pak Inche kata, nak nasi jugak. Jomlaaa.. dia dah layan anak tekak kita, kita penuhi pulak keinginan dia. Ke mana kita??
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/makan-di-tgi-fridays-sempena-hari-wanita.html