Rahsia Bina Personal Branding Tanpa Nampak Macam Menjual




Berminat nak libatkan diri dalam dunia bisnes?
Okey, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah personal branding.
Mengikut pengalaman saya, newbie dalam bisnes akan rasa janggal untuk buat personal branding. Kebanyakan team leader biasanya encourage anak-anak buah untuk bina personal branding, tapi mereka pula ada rasa takut dan malu-malu.
Rasa kurang selesa untuk tonjolkan diri pada orang ramai.
Rasa seperti tunjuk pandai dan melebih-lebih.
Pasangan tak bagi keizinan.
Eh, macam-macam alasan lagi yang muncul.
Sebenarnya, jika anda betul-betul faham maksud personal branding, ia tak serumit yang disangka. Jika dibuat dengan cara yang betul, orang lain tak anggap pun kita tengah tunjuk hebat atau memandai-mandai.
Semuanya perlukan ilmu dan gerak kerja yang konsisten saja. Apa pun jangan risau, teruskan membaca kerana saya akan share dengan anda rahsia di sebalik personal branding ini. Dah ready ke belum tu?
Dah? Jom mula.Topik Perkongsian
Apa Itu Personal Branding?Elemen Personal Branding Yang EfektifYoutuber Bernama Sugu PavithraKesimpulan Rahsia Bina Personal Branding Tanpa Nampak Menjual.Apa Itu Personal Branding?

Perkara pertama yang perlu kita faham tentang personal branding ini bukanlah semata-mata nak jadi orang yang femes dan glamour. Ada juta-juta followers di akaun media sosial.
Bukan.
Bukan macam tu.
Dan tak perlu pun tunggu anda jadi kaya-raya, ada kereta besar dan rumah mewah 6 tingkat dulu baru nak buat personal branding.
Ramai orang silap faham.
Personal branding ini aktivitinya hanya berkongsi dengan follower tentang kisah kehidupan peribadi, bisnes dan juga karier anda

Pendek kata, anda gabungkan sekali tiga perkara ini.
Perasan tak kebanyakan jenama terkenal, tak kiralah sama ada di Malaysia mahupun luar negara selalu dikaitkan dengan kisah dan reputasi pemilik jenama itu?
Contohnya, Bill Gates sering dikaitkan dengan Microsoft.Tony Fernandes pula namanya semakin dikenali setaraf populariti Air Asia.
Dan, apabila menyebut tentang produk kecantikan Simplysiti, mesti nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang orang akan ingat dulu!
Jika diperhatikan, ramai sebenarnya usahawan berjaya di luar sana yang menggunakan teknik marketing zero cost ini. Mereka bijak mencari peluang dan sanggup ambil risiko. Selain mempunyai disiplin yang tinggi serta konsisten, mereka juga ada trademark tersendiri.
Baik, di sini saya buat sedikit ringkasan tentang beberapa langkah untuk membuat personal branding dengan cara yang berkesan:1. Bina kepercayaan pelanggan anda supaya bisnes mudah berkembang.2. Aktif bina networking. Lebih ramai orang yang anda kenal lagi bagus supaya banyak idea-idea baru boleh dihasilkan. Nanti nak buat partnership pun senang sangat.3. Be authentic. Jadilah diri sendiri. Tak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain supaya anda boleh kekalkan reputasi dan momentum anda. Menjadi orang lain ni sebenarnya penat. Bila penat, kita mudah nak mengalah dan down. Nanti ambil masa pula nak bangkit semula. Bisnes dah mula slow dan pelbagai isu pun timbul.4. Guna nama sebenar anda supaya orang senang percaya. Orang tahu yang anda bukan scammer.  Letak gambar anda sendiri di profile. Seeloknya di bahagian muka anda tu biar jelas.Dan jangan letak gambar kartun atau haiwan kat profile.Contohnya ada yang selamba letak gambar kucing sebagai profile picture. Elakkan walaupun anda tu peminat kucing dan kucing tu comel!5. Cari platform yang bagus. Pastikan juga anda rasa selesa masa guna platform itu. Contohnya, Facebook, Twitter, LinkedIn, Telegram dan sebagainya.“Langkah pertama yang perlu anda buat apabila ceburkan diri dalam bisnes adalah keluar daripada zon selesa.”
“Branding ini sebenarnya gabungan antara jangkaan, ingatan, cerita dan perhubungan. Empat perkara ini boleh mempengaruhi dan jadi penyebab sama ada bakal pelanggan anda mahu memilih perkhidmatan anda atau cari orang lain saja.”
– Seth GodinElemen Personal Branding Yang EfektifJangkaan Apa yang orang expect tentang kita?Memori Bila orang lain tengok kita, apa yang orang akan ingat tentang kita?Cerita Orang akan kenal kita melalui cerita yang kita sampaikan.Perhubungan Bagaimana hubungan dan interaksi kita dengan mereka? Baik atau buruk? Aktif atau pasif?Baiklah, tadi saya ada sebut bahawa kekuatan satu-satu personal branding itu tak semestinya bergantung pada jumlah followers yang anda berjaya kumpulkan. Tetapi, ia bergantung pada kerajinan anda mengaktifkan platform yang anda pilih tadi seperti blog, Facebook, Youtube dan sebagainya.Makin aktif membuat konten, makin gempak personal branding anda.
Makin aktif berinteraksi dengan followers, makin gah personal branding anda.
Kalau ada follower tinggalkan komen di posting anda, jangan lupa untuk reply.Menulis dengan kerap di platform yang anda pilih. Nyatakan pendapat anda dalam sesuatu isu, ataupun kongsikan kisah yang boleh dijadikan pengajaran.Selain menulis, anda juga boleh rakam klip video. Katakanlah anda sedang bercuti di Eropah, kongsikan kepada follower anda senarai restoran yang ada menyediakan makanan halal atau tempat shopping yang murah-murah. Ramai orang suka makan dan shopping, kan?Dan jangan lupa tunjuk “behind the scene” bisnes yang anda sedang jalankan. Contohnya, bagaimana cara untuk dapatkan sijil halal JAKIM, staf sedang bungkus parcel pelanggan atau dekorasi butik anda. Anda boleh buat dalam bentuk video atau gambar, terpulang.Ingat, kita mahu pelanggan kenal kita dan mula berinteraksi dengan kita.
Itulah kunci utama yang membantu kuatkan jenama anda!
“Dianggarkan bahawa 90% daripada pengguna internet adalah silent reader – dan mereka sangat jarang berinteraksi seperti memberi komen, suarakan pendapat, tulis konten dan sebagainya.”
Youtuber Bernama Sugu PavithraAnda tak perlu tunggu jadi jutawan untuk cipta personal branding. Orang beshe-beshe pun boleh. Cuba tengok Sugu Pavithra tu. Dia aktif dan konsisten membuat konten di Youtube. Dia juga kekalkan identiti dan jati dirinya yang sederhana. Tak semestinya perlu guna peralatan dapur yang canggih. Asalkan kemas dan bersih cukuplah.Berkat usahanya, pendapatan pun dah bertambah. Buktinya, sekarang dia dah boleh pindah ke rumah baharu yang lebih selesa.Konsisten dengan niche yang dipilih iaitu niche masakan. Tidak caca-marba.Pandai ambil hati penonton dengan sebutan bahasa Melayu yang lancar.“Don’t try to be unique. Just be you-nique”
Dalam membina personal branding, ada 3 elemen yang perlu dititikberatkan.
Target audience – Siapa pelanggan yang menjadi sasaran anda?Nilai yang ditawarkan – Bagaimana anda boleh membantu memudahkan kerja pelanggan?Keunikan anda – Mengapa pelanggan perlu pilih produk dan perkhidmatan anda berbanding peniaga lain?
Okey, sekarang saya nak ajak anda isi template ini.
Saya adalah [KENALKAN DIRI]. Saya menawarkan [PRODUK/SERVIS] untuk [TARGET AUDIENCE] untuk [VALUE YANG DITAWARKAN]
Tonjolkan personaliti, stail dan prinsip anda!
Dalam membina personal branding tanpa nampak macam menjual, anda mesti amalkan 5 perkara ini:
Kongsikan aktiviti dan cerita anda di media sosial.Sebarkan kisah anda menerusi konten.Jadi diri sendiri.Aktif di media sosial.Gunakan profil media sosial anda dengan sebaiknya.Saya harap anda belajar sesuatu dan sharing ini bermanfaat. Semoga anda semua berjaya mencipta personal branding masing-masing.
dipetik dari Website Hafiz Aznan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penulisanyus.blogspot.com/2022/03/rahsia-bina-personal-branding-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anifah Beri Amaran Malaysia Boleh Jadi Macam Ukraine

Anifah Beri Amaran Malaysia Boleh Jadi Macam Ukraine

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 130 hits
Bekas menteri luar Anifah Aman memberi amaran serius jika Malaysia tidak memeriksa pencerobohan secara berkala ke dalam perairan wilayahnya maka suatu hari nanti negara mungkin akan mengalami nasib sama dengan Ukraine yang sedang menghadapi...
Resipi Nasi Minyak Daging Masak Hitam Acar Tumis Sedap Macam Dekat Kenduri

Resipi Nasi Minyak Daging Masak Hitam Acar Tumis Sedap Macam Dekat Kenduri

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 386 hits
Ramai orang suka makan nasi minyak tiap kali kenduri Mesti rindukan nak makan nasi minyak Tapi dengan sekarang keadaan kes yan semakin meningkat ada yang terpaksa ditangguhkan niatnya Yang teringin nak makan nasi minyak bolehlah cuba resipi...
Soraya Macam Tak Sihat Ain Edruce Risau Keadaan Anak Lepas Suami Positif Covid 19

Soraya Macam Tak Sihat Ain Edruce Risau Keadaan Anak Lepas Suami Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 319 hits
Pelakon dan pengacara Ain Edruce risaukan anaknya Soraya yang menunjukkan diri seakan tidak sihat selepas suaminya Amirul Hafiz disahkan positif Covid 19 Ahad lalu Berkongsi berkenaan keadaan keluarganya di Instagram story Ain memaklumkan A...
Hiburan Zaman Dulu Macam Ni Mak Mentua Degil Suap Biskut Pada Newborn Ibu Tegur Anak Sakit Tapi Dimarahi Semula

Hiburan Zaman Dulu Macam Ni Mak Mentua Degil Suap Biskut Pada Newborn Ibu Tegur Anak Sakit Tapi Dimarahi Semula

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 175 hits
Apabila sudah bergelar ibu bapa mempelajari ilmu parenting ini sememangnya penting lagi lagi pasangan yang menunggu hari kelahiran bayi sulung mereka kerana ianya sebagai langkah persediaan Bagaimanapun kisah duka yang dikongsikan oleh seor...
Hiburan Masuk Masjid Macam Pengganas Besar Polis Siasat Individu Rakam Anggota Pantau Sop

Hiburan Masuk Masjid Macam Pengganas Besar Polis Siasat Individu Rakam Anggota Pantau Sop

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 177 hits
Baru baru ini tular di laman video memaparkan seorang individu yang merakam anggota polis sedang bertugas memantau prosedur operasi standard solat Jumaat di sebuah masjid sekitar Batu 14 Puchong Susulan itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya As...
Aku Vote Kau Dulu Sampai Habis Beratus Ratus Kau Jadi Macam Ni Penampilan Terkini Saiful Buat Netizen Terkejut

Aku Vote Kau Dulu Sampai Habis Beratus Ratus Kau Jadi Macam Ni Penampilan Terkini Saiful Buat Netizen Terkejut

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 255 hits
The ReporterPernah memenangi program realiti TV Malaysian Idol pada tahun 2014 popular Saiful atau nama sebenar Mohammad Saipul Bakeri terus meningkat Popularitinya semakin bertambah apabila dia tampil dengan single Ku Juga Mencintaimu Namu...
Hiburan Lain Macam Pekat Dia Dakwa Ada Virus Hiv Dalam Vaksin Wanita Ini Teruk Dihentam Netizen

Hiburan Lain Macam Pekat Dia Dakwa Ada Virus Hiv Dalam Vaksin Wanita Ini Teruk Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 139 hits
Tular di media sosial baru baru ini apabila sebuah memaparkan seorang wanita mendakwa terdapat virus HIV dalam vaksin COVID 19 terutamanya dos penggalak Kata wanita itu dia merasakan bahawa virus COVIC 19 ini sebenarnya tidak wujud dan dia ...
Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 239 hits
MOHD SHAH RIMWisma Putra lembab Menteri lembab macam siput negara lain dah arahkan rakyat dan diplomat meninggalkan Ukraine nilah nasib rakyat Msia dibawah rejim kerajaan sekarang KERANA ITU RAKYAT PERLU SERAHKAN MANDAT PADAPAKATAN HARAPAN
Check Alat Tulis Anak

10 Vacuum Cordless Terbaik Untuk Bersihkan Rumah 2024

Drama Terjerat Kisah Cinta Terlarang Hingga Terjerat Dan Menjerat Hidup Hakiki

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

Jangan Bersangka Sudah Beriman

How Brain Drain Can Be Beneficial To Malaysia And Why It Should Be Encouraged

For Winning Games Slot Gacor123 Apply Strategies

Plan Nak Pergi Holiday



6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies


Tinjauan L 96 Peratus Mahu Pencen Mp Ditukar Ke Caruman Kwsp

Langkawi Akan Dicadangkan Sebagai Destinasi Pilihan Muslim Timbalan Menteri Pelancongan

Demi Pampasan Rm500000 Ejen Insurans Tergamak Bunuh Pencarum Sebatang Kara

Hukum Memakai Pendakap Gigi

Hukum Bawa Anak Istimewa Ke Masjid

Bunga Orkid Rosak