Rafizi Yakin Ph Akan Peroleh Hampir 100 Kerusi



BALIK PULAU - Pakatan Harapan (PH) yakin akan memperoleh 100 kerusi Parlimen dengan berbaki empat hari sebelum hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, PH akan mengekalkan kemenangan di semua kerusi kubu kuatnya iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Menurutnya, PH juga dilihat bakal menawan Perak selain akan mengekalkan kerusi yang dimenangi di Melaka dan Johor.
"Kita kini telah melepasi 90 kerusi dan dengan berbaki empat hari lagi, jika tidak banjir, ribut dan UMNO tidak bergaduh sesama sendiri, insya-ALLAH kita akan melepasi 100 kerusi, sekali gus akan membentuk kerajaan di Putrajaya selepas 19 November kelak.
"UMNO tahu mereka tidak akan dapat lebih daripada 40 kerusi pun berbanding PH yang menghampiri 100 kerusi," katanya dalam ceramah PH di Pekan Balik Pulau di sini pada Isnin.
Kata beliau lagi, rakyat kini semakin bijak untuk membuat memilih kerajaan baharu yang akan mentadbir negara kelak.
"UMNO dan BN kata mereka akan membentuk kerajaan tetapi rakyat boleh nampak, yang berpecah-belah adalah UMNO, sesama mereka pun bergaduh. Bagaimana sebuah parti yang bergaduh sesama sendiri nak bentuk kerajaan? "Saya setuju rakyat tahu UMNO telah rosak sepenuhnya kerana ia perkara paling baik kepada UMNO. Biar UMNO kalah dalam pilihan raya ini, buang yang lama-lama ini, yang banyak sakau duit. Apabila UMNO sudah insaf, insya-ALLAH rakyat akan kembali kepada UMNO," katanya.
Mengambil contoh dua Pilihan Raya Kecil (PRN) Johor dan Melaka, Rafizi berkata, PH mengambil pengajaran ke atas penolakan rakyat terhadap PH dengan memperbaiki kelemahan dengan kembali ke landasan sebenar iaitu membela rakyat.
"Selepas isyarat diberikan rakyat terhadap PH, rakyat mahu kita kembali ke landasan iaitu bantu dan bela rakyat. Kita tidak menegakkan benang yang basah.
"Kita tolak tepi soal siapa nak jadi perdana menteri dan jangan bincang dengan kumpulan yang khianat kita," katanya.
Dalam pada itu, calon Parlimen Pandan itu berkata, fatwa Pas sering bertukar-tukar mengikut jalan yang paling singkat untuk ke Putrajaya.
"Jika kita tengok, fatwa Pas ini sering bertukar-tukar. Bukan soal Islam Melayu, tetapi mereka menukar fatwa mereka mengikut jalan pendek untuk ke Putrajaya. Jika mereka nampak DAP boleh ke Putrajaya, percaya lah, mereka akan kata DAP orang Islam yang paling baik.
"Dulu baik dengan UMNO, sekarang dengan Bersatu pula. Mereka kata Bersatu paling baik sedangkan dalam Bersatu paling banyak sakau duit. Mereka ini akan baik dengan yang mana jalan paling singkat untuk ke Putrajaya," katanya.
Kata beliau lagi, tiada guna negara mempunyai bangunan besar dan pertumbuhan ekonomi paling hebat sekiranya masalah gaji rakyat yang rendah tidak ditangani.
"Jika tidak dapat menyelesaikan masalah gaji rakyat, maka kerajaan itu telah gagal. Jika boleh naikkan gaji rakyat, baru boleh kerajaan mendabik dada. Bangunan tinggi, ekonomi baik, itu bukan ukuran.
"Jika gaji naik, maka kita boleh selesaikan masalah kos sara hidup. Jika gaji tinggi, akan ada lebihan pendapatan sekali gus dapat menangani masalah kos sara hidup," katanya.
Dalam masa sama, Rafizi turut meramalkan kesemua kerusi yang ditandingi calon-calon 'katak' seperti Datuk Seri Mohamad Azmin Ali di Parlimen Gombak; Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang); Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal) dan Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) akan tewas pada PRU15.
Tambah Rafizi, beliau menyedari ada sesetengah pihak tidak dapat menerima ramalan beliau berhubung kemenangan PH itu dan beranggapan beliau hanya 'sembang kosong'.
Namun, Rafizi menarik perhatian bagaimana beliau turut meramalkan kemenangan PH pada PRU14 disebabkan persaingan tiga penjuru dengan BN dan Pas yang turut dinafikan banyak pihak ketika itu, namun benar-benar berlaku - Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/rafizi-yakin-ph-akan-peroleh-hampir-100.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Boleh Lepasi 100 Kerusi Tidak Lama Lagi Rafizi

Ph Boleh Lepasi 100 Kerusi Tidak Lama Lagi Rafizi

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 221 hits
Malaysiakini Dengan berbekal hanya empat hari sebelum pengundian Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengunjurkan bahawa Pakatan Harapan sudah mempunyai 90 kerusi dalam tangan dan sedang cuba untuk mendapatkan 100 kerusi Ketika berceramah di...
Ph Di Depan 100 Kerusi Pn Main Taktik Kotor Tuduh Komunis Masuk Neraka Rafizi

Ph Di Depan 100 Kerusi Pn Main Taktik Kotor Tuduh Komunis Masuk Neraka Rafizi

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 204 hits
Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pemerhati politik meramalkan PH akan memperolehi 95 100 kerusi Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli PN dan BN yang...
Anwar Kata 100 Rafizi Kata 80

Anwar Kata 100 Rafizi Kata 80

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 238 hits
Ini membolehkan kerajaan baru dibentuk dengan campuran PN BN Sabah Sarawak 120 kerusi
Ph Yakin Menang 100 Parlimen

Ph Yakin Menang 100 Parlimen

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 326 hits
IPOH Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti itu boleh menang di 100 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 ini Beliau berkata dapatan hasil kajian terkini Pusat Inisiatif Dasar Invoke itu menunjukkan P...
Rafizi Harapan Can Cross The 100 Mark Soon

Rafizi Harapan Can Cross The 100 Mark Soon

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 188 hits
GE15 With just five days to go before polling PKR deputy president Rafizi Ramli has projected that Pakatan Harapan has 90 seats in the bag and was well on its way to crossing the 100 mark Speaking at a ceramah in Penang yesterday Rafizi who...
Pru15 Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen P 026 Ketereh P 100 Pandan

Pru15 Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen P 026 Ketereh P 100 Pandan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 217 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Ph Bakal Sapu 11 Kerusi Di Kl 19 Di S Gor Dan N Sembilan Rafizi

Ph Bakal Sapu 11 Kerusi Di Kl 19 Di S Gor Dan N Sembilan Rafizi

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 210 hits
Yasmin RamlanTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Pakatan Harapan mampu memenangi 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 19 di Selangor dan berpotensi untuk meraih 13 hingga 15 kerusi di Johor pada pilihan raya umum ke 15 ...
Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 228 hits
Daripada satu segi berdasarkan senarai calon calon BN yang diumumkan semalam ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang ber...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Overcoming The Funding Challenges

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai