Ph Di Depan 100 Kerusi Pn Main Taktik Kotor Tuduh Komunis Masuk Neraka Rafizi




 Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pemerhati politik meramalkan PH akan memperolehi 95 - 100 kerusi.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, PN dan BN yang terdesak kini menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengelirukan para pengundi terutamanya orang Melayu.

"PH sekarang berada di tempat pertama dalam negara. Laporan mana pun sekarang letakkan PH di tempat pertama. Yang berbeza jumlah kerusi kita menangi. Ada yang kata 90, ada kata 95. Laporan Merdeka Centre kata 99 kerusi, ada yang kata kita lepasi 100 kerusi.

"Kita ada 5 hari tetapi ada sebab kenapa kita ada di depan. Contohnya apa isu besar sepanjang kempen hampir 7 - 8 hari ini? Isu besar yang dibawa PH ialah soal calon mestilah ada rekod baik, bersih, integriti, tua, muda.

"Sebab itu kita isytihar harta," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Batu Pahat, malam tadi.

Pengarah Pilihanraya KEADILAN itu justeru mempersoalkan sikap BN dan PN yang enggan mengisytiharkan harta sebelum masuk pilihan raya.

Katanya, perisytiharan harta penting bagi memastikan harta waktil rakyat tidak bertambah mendadak selepas mereka mendapat kuasa.

"Di peringkat PN, Pas bila kita isytihar harta apa jawapan dia? Timbalan MB Kelantan kata dia malu tak ada duit. Nak jadi wakil rakyat jangan malu. Adam Adli di Hang Tuah Jaya dia memang tak ada duit pun.

"Kita minta isytihar harta ini supaya yang nak jadi wakil ini tidak curi duit macam dalam Umno, PN atau keluarga Malaysia.

"Biar wakil rakyat lebih hati hati. Presiden Pas Hj Hadi pula kata itu kerja bodoh. Siapa yang bodoh? Ahli politik yang nak sembunyikan (harta) atau yang isytihar macam kami, bodoh. Saya yakin kami lagi cerdik kerana rakyat mahu wakil rakyat dan pimpinan yang bersih.

"Misalnya calon kita Onn Abu Bakar (Batu Pahat) memang miskin, dia tak ada harta. Jadi rakyat boleh tengok. Calon PH sangat berbeza dari Umno BN.

"Ini kalau kita tengok Ketua Pemuda Umno, kelayakan tak ada, sekolah tingkatan 5, bisnes tak ada, cakap tak pandai tetapi kereta 20 biji. Orang tanya macam mana ada kereta 20 biji," katanya.

Selain itu, Rafizi mempersoalkan sikap Pas yang menggunakan taktik kempen kuno dengan melabelkan DAP komunis dan undi sokong BN atau PH masuk neraka.

"Semasa Pas bersama sama dengan DAP dan PKR lawan Umno BN orang paling banyak peluk DAP, bukan PKR tetapi orang Pas.

"Masa tu tak timbul DAP komunis. Sekarang DAP komunis. Masa MCA, Umno berbaik baik dengan Parti Komunis China tak ada masalah komunis.

"Masa Najib berkawan baik, projek besar negara pergi ke syarikat milik kerajaan China. Masuk pilihan raya, musuh nombor satu DAP komunis.

"Kita cerita pasal gaji, peluang ekonomi PN - Pas cakap pasal komunis. Mereka tambah lagi api orang Melayu undi PH dan BN masuk neraka. Kita bincang nak selesai masalah rakyat, kita akui ekonomi negara dalam bahaya.

"Undi PH masuk neraka ini dia masuk gol sendiri. Saya di Kemaman, Hj Hadi di Marang. Saya membesar zaman Pas keras. Orang Melayu sokong BN boleh jadi kafir. Saya sempat lihat keluarga pecah belah, kalau buat kenduri Umno, Pas tak pergi. Takut makan tak halal. Itu zaman 1980an, kita ingat 2020 tak timbul dah undi parti tertentu masuk neraka," katanya sinis.

Oleh itu, Rafizi menyeru orang Melayu Johor menolak calon PN - BN secara besar besaran dalam PRU ke 15 ini dan menghadkan parti parti tersebut mendapat beberapa kerusi sahaja agar mereka berubah menjadi lebih baik dalam PRU akan datang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/ph-di-depan-100-kerusi-pn-main-taktik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Di Depan 100 Kerusi Bn Pn Makin Terdesak

Ph Di Depan 100 Kerusi Bn Pn Makin Terdesak

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 193 hits
PH di depan 100 kerusi BN PN makin terdesakPosted By on November 16 2022Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pemerhati politik meramalkan PH akan memperolehi 95 100 kerusi Bag...
Rafizi Yakin Ph Akan Peroleh Hampir 100 Kerusi

Rafizi Yakin Ph Akan Peroleh Hampir 100 Kerusi

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 355 hits
BALIK PULAU Pakatan Harapan yakin akan memperoleh 100 kerusi Parlimen dengan berbaki empat hari sebelum hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke 15 Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli berkata PH akan mengekalkan kemenangan ...
Undi Ph Masuk Neraka Rafizi Buat Laporan Polis Ke Atas Pemimpin Pas

Undi Ph Masuk Neraka Rafizi Buat Laporan Polis Ke Atas Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 194 hits
Ucapan kontroversi pemimpin pemuda Pas bahawa mengundi BN dan Pakatan Harapan akan masuk neraka mengundang risiko apabila Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya hari ini Bercakap kepada media beliau...
Ph Boleh Lepasi 100 Kerusi Tidak Lama Lagi Rafizi

Ph Boleh Lepasi 100 Kerusi Tidak Lama Lagi Rafizi

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 236 hits
Malaysiakini Dengan berbekal hanya empat hari sebelum pengundian Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengunjurkan bahawa Pakatan Harapan sudah mempunyai 90 kerusi dalam tangan dan sedang cuba untuk mendapatkan 100 kerusi Ketika berceramah di...
Rafizi Pertahan Kerusi Ph Di Pandan Salahuddin Menang Selesa Di Pulai

Rafizi Pertahan Kerusi Ph Di Pandan Salahuddin Menang Selesa Di Pulai

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 221 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPakatan Harapan berjaya mempertahan kerusi di Parlimen Pandan selepas calonnya Rafizi Ramli berjaya meraih 74 002 undi dengan majoriti sebanyak 32 348 Dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan itu Rafizi meninggalkan cal...
Anwar Kata 100 Rafizi Kata 80

Anwar Kata 100 Rafizi Kata 80

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 256 hits
Ini membolehkan kerajaan baru dibentuk dengan campuran PN BN Sabah Sarawak 120 kerusi
Rafizi Harapan Can Cross The 100 Mark Soon

Rafizi Harapan Can Cross The 100 Mark Soon

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 219 hits
GE15 With just five days to go before polling PKR deputy president Rafizi Ramli has projected that Pakatan Harapan has 90 seats in the bag and was well on its way to crossing the 100 mark Speaking at a ceramah in Penang yesterday Rafizi who...
Tiada Percanggahan Dengan Anwar Berhubung Jumlah Kerusi Menang Kata Rafizi

Tiada Percanggahan Dengan Anwar Berhubung Jumlah Kerusi Menang Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 242 hits
Timbalan presiden PKR berkata Pakatan Harapan boleh menang di 100 kerusi jika kempen dijalankan lebih baik Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini menafikan dakwaan beliau tidak bersefahaman dengan Presidennya Anwar Ibrahim susulan...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Lelaki Orang Kurang Ipaya Mental Yang Dilapor Hilang Sejak 2 Jun Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics