Rafizi Ramli Pendedahan Terkini Belum Selesai Isu Lcs Ada Lagi Isu Panas




PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT: PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN.

 

Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) reda, proses perolehan pertahanan negara terus berkecamuk akibat campur tangan pimpinan politik kerajaan yang tidak mengendahkan pandangan dan keputusan pimpinan angkatan tentera.Salah satu perolehan besar yang menjadi sebutan dan kontroversi terkini ialah pembelian meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta. SPH ialah meriam artileri yang digunakan oleh Angkatan Tentera Darat dan diukur antaranya dari segi keupayaan jarak tembakan dan keperluan mobilisasi/pengangkutan.

Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai terbaik wang rakyat (agar pembida terbaik dilantik).Walau bagaimana pun, permohonan melaksanakan tender terhad oleh Kementerian Pertahanan ini ditolak oleh Kementerian Kewangan, seperti yang dimaklumkan oleh wakil Bahagian Perolehan Kerajaan, Datin Rosni Mohd Yusoff (bagi pihak Kementerian Kewangan) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan:

Saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam seperti Datin Rosni dan kakitangan Kementerian Kewangan yang pintar menyatakan secara tersirat bentuk-bentuk campur tangan yang telah berlaku dalam perolehan meriam artileri ini:1. Menteri Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad, sebaliknya mengarahkan supaya perolehan dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat bernama MA Analytics Sdn Bhd pada harga RM853 juta2. Syarikat MA Analytics Sdn Bhd telah menulis kepada Perdana Menteri untuk merayu mengenai perkara ini dalam satu surat bertarikh 21 April 2022.

Saya lampirkan surat dari MA Analytics kepada Perdana Menteri itu yang merakamkan nota arahan Perdana Menteri yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta ini diberikan kepada MA Analytics:Surat tersebut memohon agar Perdana Menteri campur tangan untuk menyegerakan keputusan permohonan MA Analytics Sdn Bhd untuk dianugerahkan kontrak membekalkan meriam artileri SPH secara rundingan terus.

Perdana Menteri kemudiannya mencatatkan nota arahannya kepada Menteri Kewangan pada 27 April 2022 seperti berikut:“... YBM MOF, Saya sokong permohonan ini. Sila [......] ambil tindakan segera”Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan.Satu Surat Niat (“Letter of Intent”) telah dikeluarkan yang melantik MA Analytics untuk membekalkan sistem meriam artileri SPH secara rundingan terus, walaupun ini bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad (seperti lazimnya).Saya juga telah menyemak latar belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan membekal dan menyelia sistem meriam artileri SPH berjumlah RM835 juta ini.Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar.Saya ingin memulakan siri pendedahan perolehan persenjataan dan pertahanan negara (siri meriam artileri) dengan menanyakan soalan-soalan berikut:

1. Siapa di belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang tiada pengalaman ini sehingga Perdana Menteri sendiri yang memberi arahan agar tender dianugerahkan secara rundingan terus?

2. Kenapa kerajaan UMNO – PAS -BERSATU terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod seperti MA Analytics Sdn Bhd ini?Saya akan mendedahkan pelbagai kepincangan lain dalam pembelian meriam artileri SPH ini setiap hari dalam minggu ini dan minggu depan.Oleh kerana UMNO nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada UMNO jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini. Sumber Kenyataan FB Rafizi ramli




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/rafizi-ramli-pendedahan-terkini-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Ramli Pasti Lebai Dan Penyamun Panas Dengar Ini

Rafizi Ramli Pasti Lebai Dan Penyamun Panas Dengar Ini

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 152 hits
RAFIZI RAMLI PASTI LEBAI DAN PENYAMUN PANAS DENGAR INI JANGAN LEPASKAN PELUANG MESTI DENGAR APA YANG RAFIZI KATAKAN INI SUmber Video FB Rafizi Ramli
Jumlah Lcs Untuk Keperluan Pertahanan Negara Rafizi Ramli

Jumlah Lcs Untuk Keperluan Pertahanan Negara Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 192 hits
Dari Rafizi Ramli28 September 2022JUMLAH LCS UNTUK KEPERLUAN PERTAHANAN NEGARAWalaupun UMNO BERSATU dan sekutunya PAS berharap isu skandal kapal tempur pesisir akan senyap begitu sahaja ada banyak perkara yang akan terus timbul kerana ia be...
Hiburan Kalau Kau Tak Arah Dia Tak Buat Netizen Dakwa Erma Fatima Lepas Tangan Isu Video Panas

Hiburan Kalau Kau Tak Arah Dia Tak Buat Netizen Dakwa Erma Fatima Lepas Tangan Isu Video Panas

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 343 hits
Semalam kecoh dengan kes pelakon popular Zul Ariffin didenda sebanyak RM30 000 kerana mengaku bersalah memuat naik video tidak senonoh di laman Instagramnya Ketika ditemubual oleh wartawan Zul berkata dia enggan memanjangkan cerita serta be...
Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat

Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 226 hits
Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir reda proses ...
Pkr Cadang 7 Langkah Selesai Isu Scammers

Pkr Cadang 7 Langkah Selesai Isu Scammers

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 189 hits
PKR cadang 7 langkah selesai isu scammersPosted By on September 20 2022Jenayah penipuan kewangan atas talian yang semakin berleluasa sewajarnya ditangani segera oleh Kerajaan BN PN Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Fahmi Fadzil jen...
Rafizi Wants Truthful Answer On Lcs From Hishammuddin

Rafizi Wants Truthful Answer On Lcs From Hishammuddin

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 217 hits
Senior Minister Hishammuddin Hussein must reveal the true cost behind the controversial littoral combat ships project said PKR deputy president Rafizi Ramli In a statement the former Pandan MP pointed out that what was said by Hishammuddin ...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia