Pkr Cadang 7 Langkah Selesai Isu Scammers




PKR cadang 7 langkah selesai isu scammersPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: September 20, 2022
ShareJenayah penipuan kewangan atas talian yang semakin berleluasa sewajarnya ditangani segera oleh Kerajaan BN – PN.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, jenayah tersebut sehingga kini telah menyebabkan 20,000 mangsa ditipu saban tahun dengan jumlah kerugian mencecah RM660 juta.
Katanya, rakyat hairan melihat kerajaan Malaysia seolah olah tidak mempunyai cara untuk menangani jenayah berkenaan sedangkan kerajaan negara jiran telah memperkenalkan undang undang yang lebih ketat.
Tegas Fahmi, jenayah penipuan atas talian tidak akan berjaya dibanteras jika kerajaan hanya mengeluarkan panduan kepada orang awam bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
“Memang ada langkah-langkah yang perlu diambil oleh pendeposit atau pemegang akaun, contohnya dengan tidak menekan sebarang pautan dari pihak yang tidak diketahui atau memuat turun sebarang aplikasi yang tidak menggunakan Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
“Tetapi pihak Kerajaan dan juga bank-bank mempunyai kewajipan moral untuk mengambil tindakan proaktif, kerana jenayah-jenayah scammer ini berasaskan penipuan atau penyamaran identiti yang berniat jahat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, tengah hari tadi.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mencadangkan 7 tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi membantu mangsa, memperkemas sistem dan mengelak lebih ramai lagi rakyat yang menjadi mangsa scammer.
“Pertama, mewujudkan pusat sehenti bantuan mangsa scammer yang melibatkan agensi-agensi berkaitan termasuk SKMM, PDRM, BNM, ABM, AIBIM, Jabatan Peguam Negara dan lain lain. Sekurang-kurangnya tiga tempat, di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, serta satu pusat koordinasi anti-scammer pelbagai agensi berpangkalan secara fizikal di Bank Negara Malaysia
“Kedua, mengubah sistem pengesahan bagi perbankan dalam talian iaitu dari SMS TAC kepada sistem yang lebih selamat dan tepat identiti, contohnya pengesahan berdasarkan hanya peranti-peranti yang didaftar pemilik akaun dengan bank, serta mengarah bank-bank atau institusi kewangan untuk melakukan pengesahan secara panggilan bagi transaksi yang melibatkan jumlah besar, berulang atau transaksi di luar kebiasaan aktiviti akaun bank tersebut,” katanya.
Kepada pihak perbankan, Fahmi mencadangkan agar diwujudkan satu mekanisme pampasan seperti Dana Pemulihan (Recovery Fund) yang sedang diusahakan Monetary Authority of Singapore.
Katanya, melalui dana itu mangsa scammer yang disahkan akan dapat bantuan pampasan sebaik mungkin. Juga kerajaan perlu meminda akta-akta berkaitan, contohnya Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta 642) supaya PIDM dapat menjamin atau menyediakan insuran dan pampasan bagi simpanan yang terkesan dengan jenayah scammer.
Fahmi juga mencadangkan agar kerajaan mengarahkan semua syarikat telekomunikasi untuk membuat hebahan khidmat awam melalui panggilan telefon mirip skrip dan dialog scammer dengan amaran untuk tidak mengendahkan panggilan pangilan scammer seperti itu.
“Selain itu, bank-bank dan serta mana-mana institusi kewangan lain yang terbabit dengan transaksi kewangan dalam talian (contohnya e-wallet) untuk menerbitkan di dalam laporan tahunan masing-masing jumlah kes scam serta jumlah yang dicuri berdasarkan laporan polis, supaya pemegang saham dan orang ramai tahu keadaan sebenar bagi setiap bank atau e-wallet serta dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan simpanan mereka
“Kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan dengan pengusaha platform digital media sosial yang paling kerap disalahguna oleh scammer untuk aktiviti jenayah bagi mengambil langkah-langkah pantas menghalang platform-platform tersebut daripada terus disalahguna untuk aktiviti scammer,” katanya.
Pihak penguatkuasa pula, kata Fahmi, perlu segera mengenalpasti, menahan dan mendakwa di mahkamah mereka yang terlibat daalm panggilan scammer, menempat atau melindungi penjenayah scammer, serta merancang aktiviti scammer, termasuk dengan mendapatkan kerjasama ASEAN dan Interpol bagi menahan dan mengekstradisi penjenayah-penjenayah tersebut jika panggilan atau aktiviti jenayah scammer berpangkalan di luar negara.
“Saya berharap tujuh langkah ini akan dapat dilaksana segera bagi membantu memastikan duit simpanan rakyat kekal selamat, dan kepercayaan rakyat terhadap sistem perbankan dalam talian tidak luntur,” kata Fahmi lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/pkr-cadang-7-langkah-selesai-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Cadang 7 Langkah Perangi Penipuan Kewangan Atas Talian

Keadilan Cadang 7 Langkah Perangi Penipuan Kewangan Atas Talian

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 216 hits
Jenayah penipuan kewangan atas talian yang semakin berleluasa sewajarnya ditangani segera oleh Kerajaan BN PN Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Fahmi Fadzil jenayah tersebut sehingga kini telah menyebabkan 20 000 mangsa ditipu saba...
Harap Ayid Insaf Isu Wanita Berpakaian Ihram Di Mekah Selesai Sebulan Lalu Rupa Rupanya

Harap Ayid Insaf Isu Wanita Berpakaian Ihram Di Mekah Selesai Sebulan Lalu Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 137 hits
Bulan lalu media sosial tempatan digemparkan dengan kes seorang wanita yang bertindak berpakaian ihram seperti lelaki ketika berada di Mekah Perkara itu mula menjadi buah mulut netizen apabila seorang individu dipercayai bekas teman wanita ...
Video Isu Panas Dilempar Pengacara Lukas Enembe Bonyok Lawan 14 Jenderal

Video Isu Panas Dilempar Pengacara Lukas Enembe Bonyok Lawan 14 Jenderal

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 323 hits
Lukas ditetapkan Komisi Pemberantasan Korupsi atau KPK sebagai tersangka dugaan gratifikasi sebesar Rp1 miliar
Malaysia Harap Uae Bawa Isu Palestin Dan Myanmar Ke Majlis Keselamatan Pbb

Malaysia Harap Uae Bawa Isu Palestin Dan Myanmar Ke Majlis Keselamatan Pbb

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 144 hits
Malaysia harap UAE bawa isu Palestin dan Myanmar ke Majlis Keselamatan PBB Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitkan pada 2
Video Isu Jokowi Jadi Cawapres Pasangan Prabowo Di Pilpres 2024 Mungkin Terjadi

Video Isu Jokowi Jadi Cawapres Pasangan Prabowo Di Pilpres 2024 Mungkin Terjadi

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 123 hits
Rumor Jokowi jadi Cawapres kabarnya akan berduet dengan Prabowo Subianto sebagai calon presiden Kabar duet ini sempat direspon Prabowo saat di kompleks Parlemen Senayan Senin 26 September 2022 lalu
Isu Ebit Lew Menteri Agama Minta Orang Ramai Tak Menangguk Di Air Keruh

Isu Ebit Lew Menteri Agama Minta Orang Ramai Tak Menangguk Di Air Keruh

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 286 hits
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad meminta nbsp orang ramai untuk tidak menangguk di air keruh terhadap kes perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew sehingga tanpa sedar memberi mesej buruk terhadap insti
Bn Johor Tak Serius Tangani Isu Lompat Parti

Bn Johor Tak Serius Tangani Isu Lompat Parti

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 149 hits
BN Johor tak serius tangani isu lompat parti Posted By on September 26 2022Kerajaan BN Johor yang menolak penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjalankan kajian dan cadangan terhadap Enakmen Anti Lompat Parti di peringkat Dewan ...
Menteri Pendidikan Gagal Selesakan Isu Asas Pendidikan

Menteri Pendidikan Gagal Selesakan Isu Asas Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 250 hits
Menteri pendidikan gagal selesakan isu asas pendidikanPosted By on September 26 2022Menteri Pendidikan gagal untuk mengenalpasti isu sebenar pendidikan negara dan hanya melakukan perubahan yang lebih menyukarkan tugas para guru Hal itu dite...
Isu Muda Mohon Sertai Ph Kaedah Runding Digunapakai Oleh Ph

Isu Muda Mohon Sertai Ph Kaedah Runding Digunapakai Oleh Ph

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 173 hits
ISU Muda akhirnya PH guna kaedah runding Mewakili Keadilan untuk runding adalah YB Nik Nazmi Naib Presiden Aku setuju prinsip asas dlm PH arus dihormati Pada pandangan aku Muda harus terima dulu prinsip asas iaitu 1 Setuju ketetapan PH baha...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza