Jumlah Lcs Untuk Keperluan Pertahanan Negara Rafizi Ramli


 


Dari Rafizi Ramli
28 September 2022


JUMLAH LCS UNTUK KEPERLUAN PERTAHANAN NEGARA


Walaupun UMNO, BERSATU dan sekutunya PAS berharap isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) akan senyap begitu sahaja, ada banyak perkara yang akan terus timbul kerana ia bersabit pertimbangan strategik pertahanan negara.


Saya terus menyiasat dan mendalami skandal ini. Lebih penting lagi, saya percaya kesedaran rakyat mengenai skandal ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara strategik berhubung pertahanan negara.


Sehingga ini, rakyat Malaysia masih terkeliru dengan jawapan yang bercanggah mengenai kemajuan projek LCS dan kos yang akan ditanggung rakyat.


Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussin memberi jawapan yang berbeza dari Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.


Laporan-laporan media memetik Hishamuddin menyatakan bahawa kapal LCS pertama akan mula beroperasi dalam “satu atau dua tahun” dari sekarang (seperti jawapannya di Dewan Negara pada 8 Ogos 2022). Ini bermakna penyerahan kapal LCS pertama dijangka dalam 2023 atau 2024.


Kenyataan ini bercanggah dengan tarikh penyerahan seperti yang dinyatakan Panglima Angkatan Tentera,  Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam satu temu ramah pada 13 September 2022 bersempena Hari Angkatan Tentera.


Menurut beliau, jadual penyerahan kapal LCS adalah seperti berikut: Kapal pertama (Januari 2026), kapal kedua (September 2026), kapal ketiga (Mei 2027), kapal keempat (Januari 2028) dan kapal kelima (September 2028).


Maklumat-maklumat yang bercanggah di antara Menteri Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menimbulkan beberapa persoalan besar yang belum dijawab oleh Hishamuddin.


Pandangan individu-individu yang terbabit dengan projek LCS yang disampaikan kepada saya sebelum ini merumuskan beberapa perkara yang wajar dibawa kepada perhatian rakyat


1) Dengan jumlah yang telah dibelanjakan (melebihi RM6 bilion dari kos keseluruhan RM9 bilion yang diperuntukkan) berbanding kemajuan projek setakat ini, baki peruntukan adalah tidak mencukupi untuk menyiapkan kapal-kapal ini


2) Berdasarkan pengumuman Hishamuddin sebelum ini yang kos keseluruhan projek LCS akan mencecah RM11 bilion, mereka menganggarkan hanya dua (2) kapal LCS yang boleh disiapkan dengan jumlah tersebut


Sebab itu, saya menyeru supaya Hishamuddin menjelaskan kepada rakyat beberapa soalan penting mengenai projek LCS setakat ini:


I. Berapa jumlah sebenar kapal LCS yang dibina di bawah kontrak dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) yang akan disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia?


II. Berapa kos keseluruhan sebenar yang akan dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyiapkan sejumlah kapal LCS it?


III. Apakah jadual penyerahan sebenar kapal-kapal ini kepada Tentera Laut Diraja Malaysia?


Perkara ini penting kerana kelewatan projek LCS sekarang sudah pun meletakkan tentera kita di belakang negara-negara serantau. Kapal LCS yang sepatutnya diserahkan dalam masa satu dua tahun ini dirancang dan dibina menggunakan teknologi sedekad lalu. 


Adalah tidak masuk akal untuk meneruskan kontrak sedia ada dengan BNS yang menggunakan spesifikasi sepuluh tahun lalu pada kos yang berkali ganda kerana itu akan terus meminggirkan keupayaan pertahanan tentera kita berbanding dengan negara serantau. 


Kita sewajarnya membina keupayaan pertahanan yang setanding dengan negara serantau seperti Indonesia.


Semakan menunjukkan Tentera Nasional Indonesia (TNI)  mempunyai pelan jangka panjang memodenkan armada tentera lautnya.


Rancangan jangka panjang di bawah program bernama Green Water Navy ini meletakkan sasaran kekuatan armada sebanyak 274 kapal (terdiri dari 110 kapal tempur, 66 kapal peronda dan 98 kapal bantuan) menjelang 2024. 


Setakat ini, TNI sudah mempunyai 12 kapal tempur pesisir di bawah kelas Clurit dan kelas Sampari (walaupun spesifikasi adalah berbeza, kelas-kelas ini dilihat sebagai kapal tempur pesisir yang sesuai bagi perairan Indonesia).


Sebab itu, skandal LCS yang berlaku sewajarnya meletakkan tumpuan negara kepada persoalan peruntukan berbilion ringgit yang dibazirkan akibat penyelewengan sedangkan keupayaan pertahanan negara terus menjadi usang.


Oleh itu, saya menyeru supaya Hishamuddin berterus terang mengenai jumlah sebenar yang akan dibelanjakan di bawah kontrak sedia ada dengan BNS dan berapa kapal sebenarnya yang akan siap dan diserahkan kepada TLDM.


Jawapannya kelak akan membuka perdebatan baru mengenai sejauh mana armada TLDM kita ketinggalan berbanding dengan negara serantau.


RAFIZI RAMLI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/jumlah-lcs-untuk-keperluan-pertahanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Ramli Pendedahan Terkini Belum Selesai Isu Lcs Ada Lagi Isu Panas

Rafizi Ramli Pendedahan Terkini Belum Selesai Isu Lcs Ada Lagi Isu Panas

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 179 hits
PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir reda proses perolehan pertahanan negara terus...
Dari Rafizi Ramli Bantah Pru15 Semasa Banjir Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan

Dari Rafizi Ramli Bantah Pru15 Semasa Banjir Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 199 hits
Dari Rafizi Ramli BANTAH PRU15 SEMASA BANJIR SELAMATKAN NYAWA BUKAN JAWATAN Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan hebat dari UMNO untuk mengadakan Pilihanraya Umum 15 secepat mungkin Jika Parlimen dibubarkan dalam m...
Rafizi Wants Truthful Answer On Lcs From Hishammuddin

Rafizi Wants Truthful Answer On Lcs From Hishammuddin

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 221 hits
Senior Minister Hishammuddin Hussein must reveal the true cost behind the controversial littoral combat ships project said PKR deputy president Rafizi Ramli In a statement the former Pandan MP pointed out that what was said by Hishammuddin ...
Kementerian Pertahanan Negara Korea Keluarkan Kenyataan Rasmi Berhubung Perkhidmatan Ketenteraan Khas Untuk Bts

Kementerian Pertahanan Negara Korea Keluarkan Kenyataan Rasmi Berhubung Perkhidmatan Ketenteraan Khas Untuk Bts

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 223 hits
Kementerian Pertahanan Negara Korea telah mengeluarkan jawapan rasmi kepada isu perkhidmatan ketenteraan khas melibatkan kumpulan BTS Min Hong Cheol ahli Parti Demokratik Korea membangkitkan soalan berkenaan perkhidmatan ketenteraan BTS kep...
Rafizi Ramli Pasti Lebai Dan Penyamun Panas Dengar Ini

Rafizi Ramli Pasti Lebai Dan Penyamun Panas Dengar Ini

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 154 hits
RAFIZI RAMLI PASTI LEBAI DAN PENYAMUN PANAS DENGAR INI JANGAN LEPASKAN PELUANG MESTI DENGAR APA YANG RAFIZI KATAKAN INI SUmber Video FB Rafizi Ramli
Negara Hadapi Krisis Matawang Umno Sibuk Menangis Kenang Nasib Najib Rafizi

Negara Hadapi Krisis Matawang Umno Sibuk Menangis Kenang Nasib Najib Rafizi

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 208 hits
Umno sebagai parti pemerintah telah sampai ke penghujungnya apabila mereka tidak lagi sensitif dengan keperluan rakyat dan keutamaan urustadbir Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli Umno yang mengetuai kerajaan sepatutnya sedang b...
Anda Pasti Mahu Dengar Ucapan Penuh Rafizi Ramli

Anda Pasti Mahu Dengar Ucapan Penuh Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 178 hits
CAPAN PENUH RAFIZI RAMLI DI PENTAS SUARA RAKYAT DI SIMPANG RENGGAM TERBAIK DAN PENUH FAKTA
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia