Rafizi Ketandusan Idea Ulas Isu Bernas Sikit


JhoLow Najib, Najib JhoLow.. Rakyat kena tipu, rakyat tertipu. Pas Umno masing2 terkena dan sekarang bersama. Walaupun banyak kisah duka pahit kelat, telan sajalah.

Apakah rafizi selaku penganalisa politik harini masih tidak faham rentak politik rakyat. Selepas pru14 dan jatuhnya rejim BN, apa yang rakyat mahukan adalah perubahan total dari segi ekonomi seperti yang digembar gemburkan semasa berkempen.

Isu rasuah ? Rakyat tahu pemerintahan BN penuh rasuah tetapi berapa ramai pemimpin BN yang ditangkap, ditahan.

Isu najib syg jho low, rosmah sahabat jho low, jho low songlap wang rakyat dan pelbagai lagi. Rakyat telah membaca dan memahami segalanya. Apa yang rakyat mahukan TANGKAP PESALAH dan sumbay dalam penjara. Kenakan hukuman maksima.

Mungkin rafizi terlupa kisah menteri hari ini yang tidak sependapat dengan PM malah memaksa PM menjawab soalan sama berikutan pemimpin PH sendiri yang tidak sehaluan. Malah isu rasis, dibangkitkan sendiri oleh pemimpin PH dan tindakan pemimpin PH itu sendiri. Apakah rafizi pura-pura tidak nampak.

Itu belum lagi dengan retorik meminta Tun Mahathir menunaikan janji untuk memberi laluan kepada anwar ibrahim menjadi PM. Sedangkan isu ekonomi negara tidak dibendung sepenuhnya.

Sebenarnya, rakyat menantikan formula rafizi membantu lim guan eng.

Ungkapan Rafizi Ramli

UMNO HASUT ISU PERKAUMAN, NAJIB SERAH SEMUA KEPADA JHO LOW

Kebelakangan ini UMNO semakin galak meniupkan api perkauman. UMNO dan PAS sangat yakin mereka boleh merampas tampuk pemerintahan negara dengan helah membuatkan orang Melayu membenci kaum lain terutamanya Cina.

UMNO tidak perlu menjawab mengenai kerosakan berpuluh tahun yang mereka tinggalkan. PAS tidak perlu menjawab 60 tahun mereka menuduh UMNO tidak Islam, malah satu ketika menuduh UMNO kafir.

Kafir pun kafirlah, asalkan dapat menang mudah. Itu fikir PAS.
UMNO pun tidak kisah mengangkat ego PAS untuk sementara waktu, asalkan dapat menang mudah.

UMNO dan PAS tahu mengapi-apikan sentimen perkauman itu cara yang lebih mudah dari menjadi pembangkang yang berwibawa.

Pembangkang berwibawa menolak rasuah dan menjadi polis mengawasi kerajaan. UMNO dan PAS campak wibawa dengan menjunjung Najib walaupun satu dunia tahu perihal wang rakyat yang dirompak melalui 1MDB.

Pembangkang berwibawa memerah otak mencadangkan kaedah dan dasar yang lebih baik dari yang dilaksanakan kerajaan untuk membela rakyat. UMNO dan PAS bukan peduli pun pasal kaedah membela rakyat, hingga sekarang tidak ada satu cadangan bernas pun yang keluar dari kepala pimpinan UMNO dan PAS selain isu perkauman.

UMNO dan PAS menjaja yang Cina sudah berkuasa di negara ini.

Najib pun turut sama mahu menjadi juragan. Dia yakin pengikutnya di media sosial ramai dan setiap yang dicampaknya akan dijilat hidup-hidup oleh pengikutnya.

Najib akan terus galak mencampak bahan baru untuk menutup malu besar yang didedahkan di mahkamah setiap hari.

Najib sedang dibicarakan atas tuduhan menyeleweng wang rakyat. Bukan seringgit dua, beribu-ribu juta jumlahnya. Cukup untuk bagi biasiswa kepada ratusan ribu keluarga.

Selain dari bukti-bukti wang masuk ke akaun Najib, perbicaraan di mahkamah juga membuktikan perkara-perkara berikut:

1) Najib dan Jho Low ibarat merpati sejoli, sangat rapat dan sangat memahami. Malah Najib lebih mempercayai Jho Low dalam bab-bab menghilangkan wang rakyat berbanding pegawai-pegawai tinggi Melayu yang lain dalam pejabatnya

2) Percayanya Najib kepada Jho Low ini, sehinggakan apabila 1MDB sudah menjadi isu dan wang hilang sudah diketahui orang ramai, Jho Low juga yang dipercayai untuk menyediakan jawapan-jawapan Pejabat Perdana Menteri mengenai 1MDB.

UMNO dan PAS yang kat bawah ini kecoh mengenai Cina ambil alih Malaysia.

Najib tersenyum lebar.

Dia lagi cepat, dah lama dia serahkan semuanya pasal 1MDB (dari wang rakyat) kepada Jho Low.

Najib tergelak besar.

Bila dia kata dia tak kenal Jho Low dalam tahun 2015 dulu, orang UMNO semua percaya. Pimpinan PAS jadi pak sanggup tolong beri cop “halal” kepada bersihnya pentadbiran Najib.

Kini Najib tergelak lebih besar.

Bila dia api-apikan soal perkauman, dia yakin orang UMNO dan PAS akan percaya lagi.

Apa tidaknya, selama ini dia kata Jho Low itu anak Melayu, mati-matian orang UMNO dan PAS yakin yang Jho Low itu anak Melayu.

Semasa wang rakyat hilang beribu juta di bawah pentadbiran Najib, orang Melayu UMNO dan PAS tidak peduli sedikit pun kerana ia satu kesilapan kecil seorang anak Melayu bernama Jho Low yang cukup dipercayai Najib.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/rafizi-ketandusan-idea-ulas-isu-bernas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suhakam Sumbang Idea Khutbah Perjelas Isu Hak Asasi

Suhakam Sumbang Idea Khutbah Perjelas Isu Hak Asasi

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 217 hits
Suhakam telah menyumbang idea dalam teks khutbah Jumaah dalam usaha meningkat kesedaran mengenai isu hak asasi manusia di kalangan umat Islam Menurut Pesuruhjaya Suhakam Nik Salida Suhaila Nik Saleh agensi persekutuan itu telah bekerja sama...
Tak Payah 039 Glamourkan 039 Dia Lah Aliff Syukri Enggan Ulas Isu Dengan Baby Shima

Tak Payah 039 Glamourkan 039 Dia Lah Aliff Syukri Enggan Ulas Isu Dengan Baby Shima

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 426 hits
Hiburan Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menolak dakwaan sesetengah netizen yang menganggap perbalahan dengan penyanyi Baby Shima sebagai gimik Tambah Aliff Syukri lagi dia juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut keran...
Sharnaaz Minta Nabila Berhenti Beri Kenyataan Isu Cerai

Sharnaaz Minta Nabila Berhenti Beri Kenyataan Isu Cerai

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 422 hits
Kemelut rumah tangga pasangan ini masih berterusan terbaru Sharnaaz Ahmad meminta isterinya Noor Nabila agar menjadi matang dan berhenti memberikan kenyataan lagi The post appeared first on
Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Sensitif Kaum Cassa

Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Sensitif Kaum Cassa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 263 hits
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam merayu kepada Lim Guan Eng agar tidak membuka mulut dalam isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum di negara ini Presidennya Datuk Dr Jacob George berkata rayuan itu dibuat demi menjernihkan kekecoha...
Najib Arah Saya Ke Uae Untuk Elak Isu Hutang Ipic Dibawa Ke Icj

Najib Arah Saya Ke Uae Untuk Elak Isu Hutang Ipic Dibawa Ke Icj

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 339 hits
Bekas pegawai khas kepada Najib Razak mendedahkan bahawa bekas majikannya mengarahkannya berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala di Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu Khaldoon Mubarak bagi kerja sulit untuk membincangkan hutang bon 1Malaysia ...
Anggota Dpr Isu Papua Harus Jadi Momentum Penyadaran Bahaya Rasisme

Anggota Dpr Isu Papua Harus Jadi Momentum Penyadaran Bahaya Rasisme

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 202 hits
UU Nomor 40 Tahun 2008 tentang Penghapusan Diskriminasi Ras dan Etnis memberikan perlindungan kepada warga negara dari perilaku diskriminatif oleh siapapun tegasnya
Isu Perkauman Tadbir Sendiri Di Papua Sekatan Ke Atas Pelancong Bermula

Isu Perkauman Tadbir Sendiri Di Papua Sekatan Ke Atas Pelancong Bermula

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 217 hits
JAKARTA Indonesia melaksanakan sekatan ke atas pelancong asing ke wilayah Papua Ia susulan empat warga Australia yang diusir berhubung dakwaan mereka menyertai bantahan menuntut kemerdekaan Selama dua minggu Papua berhadapan dengan protes b...
Isu Anjur Pesta Gay Kes Saman Khalid Terhadap Presiden Gmim Selesai

Isu Anjur Pesta Gay Kes Saman Khalid Terhadap Presiden Gmim Selesai

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 347 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 03 September 2019 12 35 PM KUALA LUMPUR Kes saman fitnah Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad terhadap Presiden Gerakan Muslimah Islam
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life