Najib Arah Saya Ke Uae Untuk Elak Isu Hutang Ipic Dibawa Ke Icj


Bekas pegawai khas kepada Najib Razak mendedahkan bahawa bekas majikannya mengarahkannya berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mubadala di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khaldoon Mubarak bagi kerja sulit untuk membincangkan hutang bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijamin International Petroleum Investment Company (IPIC) tanpa perlu di bawa ke Mahkamah Antarabangsa.
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata Najib memaklumkan perkara itu kepadanya ketika beliau pergi ke kediaman bekas perdana menteri berkenaan pada 2016.

Loading… “Pada tahun 2016, saya tidak ingat bulan berapa, saya telah dipanggil oleh Datuk Seri Najib ke rumahnya di Jalan Langgak Duta pada sebelah malam. Setiba di situ, saya telah berjumpa Datuk Seri Najib di sofa di ruang tamu dan beliau telah mengarahkan saya untuk berjumpa Khaldoon sebagai pemudahcara supaya Kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi tidak membawa isu pembayaran IPIC ke Mahkamah Antarabangsa. 
“Ini kerana dalam masa terdekat pihak Abu Dhabi mahu membawa isu ‘Binding Term Sheet’ (BTS) antara IPIC dan 1MDB ke Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa,” katanya ketika membaca penyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.
Saksi pendakwaan kelapan itu berkata Najib turut menerangkan kepadanya bahawa jika Malaysia ke Mahkamah Antarabangsa kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin IPIC, ia akan mengeruhkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan mempunyai risiko politik kepada pilihanraya akan datang kerana pada masa tersebut cerita dana 1MDB masih lagi tidak lenyap-lenyap dan diperkatakan di seluruh dunia.
“Datuk Seri Najib berkata saya perlu pergi untuk mengesahkan dengan pihak Abu Dhabi bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini tanpa ke Mahkamah Antarabangsa. Ini merupakan salah satu gerak kerja sulit oleh Datuk Seri Najib kepada saya oleh kerana pada masa itu isu hutang 1MDB terhadap IPIC sedang hangat diperkatakan,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Amhari Efendi berkata ‘Settlement Agreement’ merupakan perjanjian antara kedua-dua negara berikutan timbang tara antarabangsa yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat tidak terjadi manakala ‘Binding Term Sheet’ (BTS) merupakan satu perjanjian yang telah wujud sebelum ini. 

“Saya tahu bahawa BTS ini telah ditandatangani sebelum itu lagi. Apabila perjanjian BTS ini gagal dipatuhi, maka pihak IPIC ingin membawa isu ini ke Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa. Oleh sebab itu, Jho Low telah merancang satu lagi perjanjian iaitu ‘Settlement Agreement’ bagi mengelak Kerajaan Malaysia disaman ke Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa,” katanya.
Saksi penting pendakwaan itu berkata beliau telah mendapat mesej Blackberry daripada Jho Low yang memaklumkan bahawa beliau perlu ke Abu Dhabi untuk berjumpa Khaldoon dan Khaldoon menjangkakan seseorang dari Malaysia akan menghubunginya.
“Jho Low kata bahawa dia akan menghantar email nota maklumat perjumpaan saya dengan Khaldoon dalam masa terdekat. Saya telah diberi alamat email Khaldoon oleh Jho Low bagi memaklumkan hajat Malaysia untuk berbincang mengenai perbicaraan Mahkamah Antarabangsa.
“Datuk Seri Najib tahu masalah tentang bayaran hutang IPIC ini dan begitu juga Jho Low. Mereka berdua terlibat secara langsung dalam memastikan saya berunding dengan Khaldoon. Sekarang ini, baru saya faham bahawa tindakan ini adalah sebagai langkah ‘damage control’,” katanya.
Menceritakan pertemuannya dengan Khaldoon, Amhari Efendi berkata beliau telah bertolak ke Abu Dhabi seorang diri dan berjumpa Khaldoon di pejabat Mubadala.
“Saya diterima dengan baik dan saya menggunakan apa yang saya ingat dari ‘talking points’ yang diberi oleh Jho Low. Khaldoon memberitahu saya bahawa sebelum ini mereka telah dijanjikan ‘bermacam-macam’ oleh Malaysia tetapi tidak dikotakan. Mereka mahu melihat satu perjanjian baru, jika termeteri, yang betul dan bayaran berkala kepada mereka. 

“Pada ketika itu, saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘bermacam-macam janji’. Sekarang ini baru saya tahu bahawa ia kemungkinan besar merujuk kepada perjanjian BTS yang telah ditandatangani terlebih dahulu tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya. Dalam pertemuan itu, hanya saya dan Khaldoon sahaja yang membincangkan hal ini di pejabatnya,” jelas saksi itu lagi.
Menurut Amhari Efendi, hasil daripada pertemuan berkenaan, beliau dan Khaldoon bersetuju bahawa mereka akan menjadi pemudahcara bagi kedua-dua negara secara ‘back channel’ untuk tidak ke Mahkamah Antarabangsa sekiranya perjanjian dapat dipersetujui dan Malaysia membuat bayaran yang paling dekat (next payment).
“Ini adalah tugas khas sulit yang saya buat sendiri atas arahan Datuk Seri Najib dan Jho Low. Perbincangan perjanjian untuk keluar daripada timbang tara ini diuruskan seterusnya oleh 1MDB dengan IPIC serta peguam-peguam mereka. Saya ada terima status daripada kedua-dua belah pihak namun Jho Low akan sentiasa memberi rumusan dan cadangan penyelesaian kedua-dua belah pihak secara keseluruhannya.
“Saya juga dihubungi Khaldoon dan peguam utama IPIC iaitu Martin Edelman yang saya panggil sebagai Marty dari semasa ke semasa untuk menjelaskan lagi kedudukan mereka.
“Perjanjian itu yang sepatutnya ditandatangani sebelum penghujung 2016 akhirnya gagal dicapai kerana kedua-dua negara tidak dapat bersetuju ke atas beberapa klausa dan pada tempoh akhir perjanjian itu perlu ditandatangani, Datuk Seri Najib telah menelefon saya beberapa beberapa kali untuk meminta saya merumuskan perbincangan terkini antara kedua-dua belah pihak,” katanya.
Bagaimanapun, Amhari Efendi berkata sekitar April 2017 beliau telah menerima satu email dan juga panggilan telefon daripada Marty Edelman yang memaklumkan bahawa rundingan sedang berjalan.
“lni mengejutkan saya kerana saya beranggapan rundingan yang dijalankan sebelum ini telah gagal dan dihentikan seperti yang diberitahu oleh Khaldoon. Saya berpendapat sudah pasti ada indvidu-individu lain (saluran baru) yang membantu meneruskan rundingan ini termasuk Jho Low.
“Saya kemudiannya dihubungi oleh Arul Kanda Kandasamy yang ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dan diberi status terkini rundingan berkenaan. Selepas saya mengetahui mengenai rundingan itu, Jho Low telah mengarahkan saya untuk memudahcara rundingan tersebut dengan persetujuan Datuk Seri Najib. Akhirnya, IPIC dan 1MDB berjaya menandatangani perjanjian ‘Settlement Agreement’ pada pertengahan 2017,” katanya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/najib-arah-saya-ke-uae-untuk-elak-isu-hutang-ipic-dibawa-ke-icj/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 322 hits
Bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit menyelamatkan hutang 1Malaysia Development Berhad pada Jun 2016 Datuk ...
Saya Cuba Elak Bukan Tidak Akan Sentuh Langsung Fikry Ibrahim Jelaskan Isu Sentuh Pelakon Wanita

Saya Cuba Elak Bukan Tidak Akan Sentuh Langsung Fikry Ibrahim Jelaskan Isu Sentuh Pelakon Wanita

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 334 hits
Baru baru ini pelakon Fikry Ibrahim dikecam oleh peminat dan netizen apabila didakwa mungkir janji tidak akan menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran sama ada filem mahu pun drama BACA Saya Mahu Bakal Isteri Yang Sombong Kedekut Fikry ...
Demo Tambak Laut Exco Harap Penganjur Elak Isu Kaum

Demo Tambak Laut Exco Harap Penganjur Elak Isu Kaum

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 189 hits
MALAYSIAKINI Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin menggesa mereka yang akan berhimpun bagi membantah projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang dan Pelan Pengangkutan Pulau Pinang agar tidak memainkan isu perkauman Afif berkata bel...
Doa Elak Hutang

Doa Elak Hutang

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 313 hits
ALLAHUMMA INNI A UDZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN WA A UDZUBIKA MINAL AJZI WAL KASALI WA A UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI WA A UDZUBIKA MIN GHALABATID DAYNI WA QAHRIR RIJAAL Berhati hatilah kamu dalam berhutang sesungguhnya hutang itu mendat...
Isu Papua Dibawa Ke Komisi Ham Pbb Menko Polhukam Kirim Perwakilan Di Jenewa

Isu Papua Dibawa Ke Komisi Ham Pbb Menko Polhukam Kirim Perwakilan Di Jenewa

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 124 hits
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Wiranto menanggapi rencana tokoh separatis Benny Wenda yang akan membawa konflik di Papua ke Komisi Tinggi HAM PBB di Jenewa Swiss yang digelar hari ini Senin
Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 235 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengetahuan dan telah memberikan mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merancang dan menguruskan usaha bagi menyelamatkan kerug...
Umno Hasut Isu Perkauman Najib Serah Semua Pada Jho Low

Umno Hasut Isu Perkauman Najib Serah Semua Pada Jho Low

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 225 hits
Kebelakangan ini UMNO semakin galak meniupkan api perkauman UMNO dan PAS sangat yakin mereka boleh merampas tampuk pemerintahan negara dengan helah membuatkan orang Melayu membenci kaum lain terutamanya Cina UMNO tidak perlu menjawab mengen...
Shafee Timbulkan Lagi Isu Punggung Najib

Shafee Timbulkan Lagi Isu Punggung Najib

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 184 hits
KES 1MDB NAJIB l Peguam utama bekas perdana menteri Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah hari ini memohon agar tempoh perbicaraan kes rasuah 1MDB yang membabitkan anak guamnya dipendekkan Shafee memberikan beberapa alasan antara lain adalah...
1mdb Settled Bond Payment Debt With Ipic As Wanted By Najib Court Told

1mdb Settled Bond Payment Debt With Ipic As Wanted By Najib Court Told

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 242 hits
Amhari Efendi Nazaruddin says Najib Razak told him that it would affect the diplomatic ties between the two countries if Malaysia failed to settle the bond payment
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects