Rafizi Jawab Adakah Umno Liabiliti Kepada Ph


 
Kebersamaan PH dan Umno di sebalik perbezaan masing-masing menjadi lebih mudah kerana kedua-duanya melihat kerjasama mereka sebagai satu keperluan ketika ini.
Hishamuddin Aun - 08 Aug 2023, 

Senarai undangan bagi program temu bual satu saluran radio FM yang popular itu menunjukkan ketelitian dalam pemilihan mereka. Bukanlah ia berkisar sangat kepada stesen radio itu yang berkecuali tetapi dipercayai lebih kepada kemampuan tetamunya menjawab soalan secara bertalu-talu dan pantas.
Hakikat bahawa senarai undangannya sebelum ini merangkumi tokoh seperti Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Halimah Ali, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, menunjukkan tumpuannya ialah untuk mencungkil jawapan terhadap isu semasa yang panas daripada tujuan mempromosikan mereka.
Barangkali juga senarai undangannya lebih ramai tetapi bukan semua yang sanggup tampil untuk disoal sedemikian rupa sehingga berasa seolah-olah berada di bawah tekanan hebat tanpa meluangkan masa untuk berfikir dan menyusun kata-kata.
Apabila Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli didatangkan sebagai tetamu dua hari lalu, antara soalan cepu emas ditanya ialah adakah Umno menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan?
Juga bagaimana PH dan Barisan Nasional (BN) yang lama bermusuhan sebelum pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU15 November tahun lalu, boleh bekerjasama dalam kempen PRN 12 Ogos ini.
Menyorot bagaimana dua gabungan itu dapat bekerjasama, Rafizi tidak berselindung bahawa ia berhasil lebih baik daripada yang difikirkannya.
“Saya telah merundingkan pembahagian kerusi selama lebih satu dekad. Rundingan dengan PAS adalah menyukarkan satu dekad lalu. Rundingan dengan Mahathir dan Bersatu menyaksikan kami kerap meninggikan suara dan banyak kali keluar meninggalkan bilik rundingan. Ia amat-amat
menyukarkan.
“Jadi, saya pergi berunding dengan BN menjangkakan yang terburuk, sebaliknya ia agak lancar. Kami bersetuju terhadap parameter tertentu dan berunding mengenai prinsip.
Ads by Kiosked“Saya fikir ini adalah matlamat bersama yang memudahkan PH dan BN untuk bekerjasama,” katanya dalam rakaman video temu bual berbahasa Inggeris itu di YouTube yang mendapat hampir 50,000 tontonan.
Apabila didesak oleh pengacara yang itu hanya di peringkat kepimpinan, Rafizi mengakui ia memerlukan masa untuk ia turun ke peringkat bawah tapi ia juga adalah antara cabaran mereka jangkakan.
“Tapi sedikit perbezaan dengan kepimpinan Umno hingga ke peringkat bahagian ialah mereka memahami bahawa ia adalah satu keperluan untuk kedua-dua pihak bekerjasama. Kami mempunyai perbezaan seperti diakui kedua-dua pihak, jadi kami fokus kepada kekuatan masing-masing.
“Dan itu yang membuat ia sedikit dipermudahkan. Dalam kempen PRN ini, saya telah melihat persefahaman dan kemesraan yang lebih baik. Keperluan untuk bekerjasama adalah kuncinya,” jelasnya.
Mengambil kira Umno mencatat keputusan buruk dalam PRU15, adakah parti itu menjadi liabiliti yang merendahkan PH, sebuah parti reformis yang menjenamakan ia sebagai sentiasa mendesak kerajaan yang bersih?
Kini, dengan PH menjadi sekutu Umno yang presidennya berhadapan tuduhan jenayah di samping wujud puak-puak dalam parti yang percaya Najib Razak tidak bersalah walaupun diputuskan sebaliknya oleh mahkamah tertinggi dalam negara, adakah itu boleh diterima penyokong tegar PH atau PKR?
Ads by KioskedRafizi menjawab: “Seperti sekarang, data kami menunjukkan penyokong PH akan memberi undi kepada Umno. Untuk keadaan sebaliknya pula, ia akan sedikit mencabar buat pengundi Umno, bukan kerana Umno sebagai sebuah parti, tapi pertentangan politik sepanjang 70 tahun lalu.
“Ia sentiasa berkisar kepada politik sederhana dan ‘middle ground’ menentang politik ekstrem dan identiti.
“Dengan Umno kini kembali ke tengah-tengah bersama PH dan fokus kami ialah terhadap dasar-dasar, Umno haruslah mengurus sesetengah sokongannya kepada PAS dan Bersatu pada masa lalu kerana pembawa standard politik sekarang bukan lagi Umno.”
Sama ada Umno adalah satu liabiliti atau tidak, katanya, ia bergantung kepada bagaimana anda memilih untuk melihatnya.
“Pada saya, tanggungjawab kami kepada masyarakat ialah untuk membawa politik ke jalan pertengahan dan fokus kepada politik dasar yang konstruktif. Umno sedang melakukan yang terbaik ke arah itu di sebalik segala cabaran yang dihadapi mereka.
“Dengan kurang satu parti memilih kepada politik identiti, tentunya ia satu kebaikan buat negara. PKR atau PH tidak mengambil alih tampuk kuasa selepas hampir dua dekad kerana kami berbalas-balas politik identiti dan kaum dengan satu lagi cara politik identiti.
Ads by Kiosked“Kami sentiasa bertanding dan meyakinkan pengundi dengan dasar-dasar dan bagaimana ia boleh menjadikan (keadaan) lebih baik buat mereka.
“Ia telah berhasil pada 2018 dan kami menang secukupnya pada 2022. Mungkin sekadar secukupnya saja tapi keadaan mungkin boleh lebih buruk daripada ini.
“Pilihan raya tidak pernah dimenangi dengan menenangkan penyokong teras kami. Ia selalunya dimenangi dengan menambat hati pengundi atas pagar.
“Pengundi atas pagar ini tidak pun tertarik dengan siapa yang lebih liberal atau siapa yang lebih kepada berbilang kaum, (sebaliknya) ia adalah bagaimana anda boleh membawa perbezaan dalam kehidupan harian mereka.
“Jadi, kami telah membuktikan sepanjang 20 tahun lalu bahawa fokusnya sentiasa kepada dasar dan politik konstruktif dan saya fikir itu juga cara yang akan memenangkan kami kali ini juga,” katanya.
Rafizi, yang pada penghujung temu bual itu menekankan tidak berminat untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti, berkata sebarang langkah atau pilihan untuk melawan politik kaum dengan satu lagi politik kaum hanyalah satu perlumbaan ke bawah.
Ads by Kiosked“Kami tidak akan boleh jadi lebih Melayu dan lebih Islam daripada PAS atau Bersatu sekarang. Juga kami tidak boleh memikat hati orang Melayu dengan menunjukkan bahawa kami kurang Melayu kerana kami perlu mempertahankan bukan Melayu di kawasan bandar.
“Jadi, titik persamaannya ialah sentiasa mengenai bagaimana dasar-dasar kami dan politik ‘centre ground’ akan membuat hidup lebih baik buat semua orang,” tambahnya.
Ditanya adakah keputusan PRN kali ini satu referendum terhadap kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim?
“Tidak…tidak sekali-kali. Pengundi akan dapat membuat tapisan di antara retorik ketika kempen dan realiti.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/rafizi-jawab-adakah-umno-liabiliti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liabiliti Terbesar Dalam Kerajaan Anwar Adakah Umno Atau Zahid

Liabiliti Terbesar Dalam Kerajaan Anwar Adakah Umno Atau Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 145 hits
agendaily com15 08 2023Anwar atas pentas UMNO bersama anak muridnya Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023 Foto kredit Astro AwaniKerajaan campuran ibarat dilanda badai tsunami selepas keputusan teruk pada enam Pilihan Raya Negeri diumumk...
Prn Sokongan Umno Di Kelantan 46 Rafizi

Prn Sokongan Umno Di Kelantan 46 Rafizi

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 191 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata tahap sokongan kepada Umno di Kelantan telah mencapai 46 setakat ini manakala Pakatan Harapan menyaksikan peningkatan sokongan kepada 35 Ini bermaksud dalam tempoh enam b...
Rafizi Umno Akan Buktikan Tuan Ibrahim Salah

Rafizi Umno Akan Buktikan Tuan Ibrahim Salah

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 154 hits
Tsubasa NairKUALA LUMPUR Umno akan membuktikan ramalan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkait makan kawan adalah salah kata Rafizi Ramli Timbalan presiden PKR itu berkata Umno memahami kepentingan kerjasama terutama dalam melak...
Ilham Centre Ramai Penyokong Umno Akan Undi Pn

Ilham Centre Ramai Penyokong Umno Akan Undi Pn

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 11Badan Pemikir Ilham Centre menjangkakan antara 27 hingga 58 peratus penyokong Umno akan mengundi Perikatan Nasional pada pilihan raya di enam negeri esok Menurutnya peratusan penyokong Umno yang akan berpin...
Think Tank Ilham Centre Says Many Umno Supporters To Back Pn

Think Tank Ilham Centre Says Many Umno Supporters To Back Pn

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 343 hits
STATE POLLS Think tank Ilham Centre has predicted that between 27 to 58 percent of Umno supporters will vote for Perikatan Nasional during the state elections tomorrow It said the proportion of Umno supporters who decided to swing was diffe...
Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 202 hits
UMNO adalah parti utama orang Melayu yang mempunyai sumbangan besar tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun Sumbangan dan jasa UMNO sangat besar dan tidak terbilang kepada bangsa Melayu khususnya dan negara amnya Sokongan besar pengundi dan ...
Yoursay Despite Status Quo Umno Performed Poorly

Yoursay Despite Status Quo Umno Performed Poorly

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 289 hits
YOURSAY Zahid is a liability to both BN and unity govt Apanama is back Even though the remains at 3 3 Harapan BN has performed rather poorly in this six states election Look at the number of seats the coalition won throughout the six states...
Persoalan Sukar Buat Zahid Anwar Selepas Umno Ditewaskan Pn

Persoalan Sukar Buat Zahid Anwar Selepas Umno Ditewaskan Pn

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 324 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno sekali lagi menunjukkan prestasi buruk pada PRN enam negeri kali ini apabila kalah di kebanyakan kerusi daripada 107 yang ditandinginya Keputusan awal menunjukkan kebanyakan kerusi majoriti Melayu di Kelantan...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans