Liabiliti Terbesar Dalam Kerajaan Anwar Adakah Umno Atau Zahid


agendaily.com15/08/2023Anwar atas pentas UMNO bersama anak muridnya, Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023. Foto kredit Astro Awani
Kerajaan campuran ibarat dilanda badai tsunami selepas keputusan teruk pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan Sabtu lalu.

Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kehilangan banyak kerusi selepas dirampas Perikatan Nasional (PN) dalam PRN 2023, sampai masanya untuk Perdana Menteri merenung sejenak siapakah liabiliti yang sedang mereka bawa ketika ini.

Sokongan orang Melayu kepada UMNO selepas PRN 2023 dianggarkan sekitar hanya 20 peratus sahaja, sekaligus membuktikan parti itu tidak lagi mendapat tempat dikalangan pengundi teras yang dianggap deposit tetap mereka.

Majoriti orang Melayu tidak kira sama ada pengundi muda atau pun tua sudah beralih kepada PN yang ditunjangi Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas PRN lalu, ia perlu diakui Anwar dan anak muridnya, Zahid bahawa kerajaan campuran masih gagal mendapat sokongan orang Melayu.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memburukkan pemimpin PN dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan sehingga mengheret ke mahkamah, namun ia masih gagal untuk menghakis keyakinan pengundi Melayu kepada Muhyiddin dan PN.

Malahan, PN kini semakin kuat dan mendapat sokongan yang lebih kuat daripada orang Melayu apabila lebih banyak tekanan dan pelbagai penindasan dibuat kerajaan campuran terhadap pemimpin Bersatu dan PAS.

Sepanjang kempen PRN dan sebelum itu lagi, pemimpin PN dituduh dengan pelbagai permainan persepsi yang cuba dilakukan Anwar, antaranya isu berhubung dana judi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu yang gagal dibuktikan sehingga sekarang.

Ironinya, orang Melayu sekarang lebih bijak menilai setiap dakwaan dan tohmahan dibuat terhadap PN yang tidak lebih sekadar retorik untuk mendapat sokongan.

Anwar tersilap langkah dengan menganggap setiap ’stunt’ politiknya akan dapat mempengaruhi pengundi Melayu untuk menolak PN, sebaliknya rakyat lebih bersimpati dan memberi sokongan kuat kepada pihak lawan.

Cubaan Anwar untuk mengalihkan pandangan peneroka berhubung isu hutang FELDA juga gagal mempengaruhi orang Melayu apabila ia ditangkis dengan cepat PN berdasarkan hujah dan fakta yang tepat.

Kerajaan campuran gagal dalam cubaan ‘spin’ isu hutang peneroka, malah rakyat semakin menyedari penipuan dan helah yang cuba dilakukan oleh parti pemerintah Pakatan Harapan (PH)-UMNO.

Kehilangan sokongan orang Melayu terhadap UMNO perlu dijadikan iktibar kerajaan campuran bahawa setiap cubaan untuk ‘spin’ hanya sia-sia kerana pengundi kini lebih bijak dan cerdik untuk mencari maklumat yang sahih bukan palsu.

Jadi tidak hairan apabila laungan ‘saya ulang’ menjadi tema utama sepanjang kempen PRN lalu kerana ia merupakan satu manifestasi tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan campuran dipimpin Anwar dan Zahid.

Ketika kempen PRN, berita berhubung pendakwa raya kanan digugurkan daripada mengendalikan kes rasuah Zahid juga mencuri tumpuan rakyat yang sedang memerhati secara dekat perkembangan perbicaraan tersebut.

Keputusan menggugurkan pendakwa kanan dalam kes rasuah Zahid itu juga secara tidak langsung menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti kerajaan campuran yang kononnya tidak akan berkompromi dengan kes mahkamah yang sedang berjalan melibatkan pemimpin UMNO.

Jadi tidak salah untuk mengatakan kes rasuah dihadapi Zahid antara faktor yang berkemungkinan menghakis sokongan rakyat terhadap kerajaan Anwar.

Budaya kempen yang dibawa oleh pemimpin kerajaan campuran sepanjang kempen PRN juga menjengkelkan rakyat, serangan bermotifkan politik dan cuba mengenakan pihak lawan tidak dapat diterima majoriti rakyat khususnya orang Melayu.

Rakyat melihat dan menilai setiap tindakan kerajaan campuran yang cenderung untuk membuli pemimpin politik Melayu daripada PN, modal digunakan untuk menekan adalah kononnya isu melibatkan 3R (race, religion and royal).

Walhal, pemimpin politik bukan Melayu khususnya daripada DAP yang lebih banyak memainkan isu sensitif yang menyentuh orang Melayu dipandang sebelah mata sahaja oleh kerajaan campuran.

Sudah pastinya orang Melayu melihat kerajaan campuran dipimpin Anwar bersikap berat sebelah apabila pemimpin DAP yang menyinggung perasaan dan hati orang Melayu boleh berbuat sesuka hati.

Malah, UMNO dan Zahid juga dilihat hanya berdiam diri apabila isu melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam sedang diganggu gugat secara terbuka oleh rakan politik mereka dalam kerajaan campuran.

Tidak adil untuk menyalahkan orang Melayu apabila sokongan kepada kerajaan campuran semasa PRN lalu sangat rendah apabila pemimpin mereka sendiri dilihat gagal mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Orang Melayu sudah menggunakan proses demokrasi sebagai referendum kepada kerajaan campuran dan kini terpulang sama ada mereka mahu menerimanya atau pun memekakkan telinga seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/liabiliti-terbesar-dalam-kerajaan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Jawab Adakah Umno Liabiliti Kepada Ph

Rafizi Jawab Adakah Umno Liabiliti Kepada Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 145 hits
Kebersamaan PH dan Umno di sebalik perbezaan masing masing menjadi lebih mudah kerana kedua duanya melihat kerjasama mereka sebagai satu keperluan ketika ini 08 Aug 2023 Saya fikir ini adalah matlamat bersama yang memudahkan PH dan BN untuk...
Orang Melayu Tolak Umno Atau Zahid

Orang Melayu Tolak Umno Atau Zahid

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 215 hits
KEPUTUSAN pilihan raya enam negeri melambangkan manifestasi perasaan dan sokongan pengundi Segala kemelut dan sentimen serta isu yang berlegar dalam kalangan rakyat terjawab melalui tangan pengundi Walaupun pelbagai strategi dan propaganda ...
Persoalan Sukar Buat Zahid Anwar Selepas Umno Ditewaskan Pn

Persoalan Sukar Buat Zahid Anwar Selepas Umno Ditewaskan Pn

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 324 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno sekali lagi menunjukkan prestasi buruk pada PRN enam negeri kali ini apabila kalah di kebanyakan kerusi daripada 107 yang ditandinginya Keputusan awal menunjukkan kebanyakan kerusi majoriti Melayu di Kelantan...
Anwar True That Zahid Facing Court Case But Salute Him For Defending Umno From Shutdown

Anwar True That Zahid Facing Court Case But Salute Him For Defending Umno From Shutdown

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 267 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi should be commended for resisting an alleged request by Tun Dr Mahathir Mohamad to close down Umno Bernama picKUALA LUMPUR Aug 5 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibra...
Anwar Lulus Referendum Rakyat Tapi Zahid Tewas

Anwar Lulus Referendum Rakyat Tapi Zahid Tewas

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 143 hits
Hassan KarimAnwar Ibrahim telah memimpin kerajaan Madani dalam perang pilihan raya di enam negeri Sebagai perdana menteri pengerusi PH presiden PKR dan ketua kerjasama PH BN Anwar boleh dikira telah berjaya mempertahankan tiga kubu kuat PH ...
Anwar Did Good But Zahid Responsible For Bn S Losses In Polls Pkr Mp

Anwar Did Good But Zahid Responsible For Bn S Losses In Polls Pkr Mp

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 293 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim was successful in defending Pakatan Harapan s strongholds of Selangor Negeri Sembilan and Penang but it is Umno president Ahmad Zahid Hamidi who must take responsibility for BN s losses in yesterday s state elec...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah