Rafizi Dan Saifuddin Bukan Soal Kelayakan Tetapi Kesesuaian


PENDAPAT
ADA beberapa WhatsApp dari orang tertentu yang bertanya saya siapa lebih layak untuk jadi timbalan presiden Keadilan. 
Mulanya saya malas untuk jawab atau ulas secara spesifik takut bias. Bagaimana pun untuk memberi sedikit pencerahan hendaklah saya bercakap di sini. Harap kemaaf. 
Sebenarnya soal layak, berdasarkan latar belakang pendidik, track record perkhidmatan dalam parti, kedua-duanya layak. Baik Rafizi, baik Saifuddin kedua-duanya ada jasa masing-masing kepada parti. Kedua-duanya pernah dan masih berada dalam parlimen, kita dapat melihat nada dan minda politik mereka semasa berbahasa dan mengeluarkan idea. Tetapi bagi saya soal kelayakan buat masa ini tidak penting. Yang paling utama ialah kesesuaian, match. 
Sesuai yang saya maksud itu ialah siapa yang "tanggung" berada di belakang Anwar Ibrahim sebagai presiden. Presiden kini adalah Anwar Ibrahim. Sebagai presiden tentu Anwar mahukan orang yang serasi dengan gerak kerjanya. Kalau pun orang itu penuh dengan idea, tetapi, ia tidak serasi ia menyukarkan keadaan. 
Di sini semua orang kenal watak, sifat, cara Anwar berpolitik yang penuh diplomasi dan berprinsip serta terbuka. Nah orang seperti itulah yang sesuai untuk berada di belakangnya. Memilih pemimpin berbeza daripada itu ia akan menyusahkan Anwar. Apakah ada yang mahu melihat Anwar susah dan sudah menutup pintu ke Puterjaya untuknya? 
Secara ikhlas saya katakan, kalau presiden bukan sosok bernama Anwar, Rafizi Ramli adalah tokoh terbaik buat Keadilan untuk menobatnya jadi timbalan presiden. Dengan gaya dan sterteginya, bijak marketing Rafizi boleh mengocakkan kolam politik dengan teori ekonomi dan politiknya

Buat masa ini dia popular dalam medsos. Tetapi dalam politik, popular tidak cukup, ia perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri lain yang tidak kurang pentingya. Kita sudah dapat lihat, Anwar suatu masa lebih popular berbanding dengan sekalian tokoh yang ada, tetapi apa jadi dengannya. 
Populariti tidak menjadi pra syarat untuk naik ke atas. Masih ada kekuatan dan kehebatan lain. Saya tidak perlu ulas kenapa Rafizi dilihat tidak sesuai dengan Anwar. Anwar sendiri ada memberi bayangan secara simbolik tentang hal itu. Anwar sebut Rafizi sedikit keras. 
Perkara ini perlu difikir sebaik mungkin oleh ahli Keadilan semua. Usaha untuk meletakkan dua ekor harimau di atas sebuah bukit bakal menghuru harakan keadaan. Al hasilnya nanti bukan sahaja tidak membawa untung, tetapi membawa kerugian. 
Bukan sahaja semua tumbuh-tumbuhan dan kayukayan akan lunyai bila mereka bertarung, bukit pun boleh runtuh. Bolehkah dijamin Rafizi yang outspoken dan lancang itu tidak akan membantah Anwar? Beliau sendiri mengakui yang beliau tidak boleh kompromi dengan sesuatu yang dipeganginya sedangkan politik perlu seni diplomasi. 
Bagi saya, dengan populariti Rafizi yang ada kini beliau tidak sepatutnya bertanding sebagai timbalan presiden, tetapi beliau sepatutnya terus mencabar Anwar jadi jawatan presiden. Itu lebih relevan dan pantas. 
Sudah nampak cara Rafizi bergerak menunjukkan dia mahu berada di tempat itu suatu hari nanti, dan masa dicadangkan pada Piraum ke-16. Mungkin tempoh itu terbaik, tetapi lebih elok beliau cabar Anwar awal-awal lagi. 
Apabila beliau memilih untuk bertanding jawatazn timbalan presiden sekali lagi, beliau sudah tersalah memposisikan dirinya. Kesilapan ini bukan sahaja merugikan dirinya tetapi boleh memberi kesan buruk kepada parti Keadilan. 
Saya tidak dapat hendak bayangkan macam mana kalau Rafizi tewas nanti, apakah tidak mungkin dia bersama gerombolannya yang saya lihat sudah terpesona amat dengannya, akan bergerak bercanggah dengan inspirasi parti atau ahli yang kini berketuakan Anwar? 
Saya harap tidak. Tetapi sekali lagi saya nak kata, pengalaman mengajar kita dan sejarah selalu berulang walaupun dalam bentuk berbeza dan memberi natijah melukakan. Dan saya pernah menyifatkan Rafizi sebagai Hang Nadim, yang dibunuh kerana kebijakannya. Horas. Trims


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/05/rafizi-dan-saifuddin-bukan-soal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pilih Rafizi Bukan Sebab Benci Saifuddin

Saya Pilih Rafizi Bukan Sebab Benci Saifuddin

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 179 hits
Kenapa saya pilih Rafizi tetapi berbeza isu khemah besar SAYA PILIH RAFIZI BUKAN SEBAB BENCI SAIFUDDIN Masih ramai kawan2 bertanya kenapa saya memilih Rafizi tetapi tidak sependapat dgn isu khemah besar Sebenarnya saya telah memberi penjela...
Debat Dengan Rafizi Bukan Untuk Saling Serang Kata Saifuddin

Debat Dengan Rafizi Bukan Untuk Saling Serang Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 162 hits
May 9 2022 Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas menghadiri majlis malam muhibah Aidilfitri anjuran PKR Sabah di Kota Kinabalu malam tadi KOTA KINABALU Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata debat beliau dengan Naib Preside...
Tiada Jambatan Dibakar Dalam Persaingan Rafizi Saifuddin

Tiada Jambatan Dibakar Dalam Persaingan Rafizi Saifuddin

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 164 hits
BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT Peribahasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2022 Di dalam Kamus Dewan terbitan tahun 1970 biduk adalah perahu untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai Manakala peribahasa biduk lalu kiambang bertaut b...
Berani Semuka Babitkan Rafizi Dan Saifuddin Bukan Debat Tapi Perbincangan Kata Anwar

Berani Semuka Babitkan Rafizi Dan Saifuddin Bukan Debat Tapi Perbincangan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 183 hits
May 8 2022 Anwar Ibrahim berkata istilah debat lebih sesuai digunakan untuk programnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak kerana perbezaan pola pemikiran dan dasar PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak bersetuju istilah debat...
Pkr S Ties With Others Focal Point Of Saifuddin Rafizi Debate

Pkr S Ties With Others Focal Point Of Saifuddin Rafizi Debate

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 209 hits
While PKR s internal leadership elections loom the party s external relationships became the focal point of a public debate involving two candidates aspiring to be deputy president A point of contention was PKR s alleged role in cobbling su...
No Debate Between Rafizi Saifuddin Just A Discussion Says Anwar

No Debate Between Rafizi Saifuddin Just A Discussion Says Anwar

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 280 hits
Anwar Ibrahim has advised all candidates in the upcoming party polls to keep the contests clean and not to make it a personal fight PETALING JAYA PKR president Anwar Ibrahim says the May 11 programme involving Rafizi Ramli and Saifuddin Nas...
Selangor Perak Penentu Nasib Rafizi Dan Saifuddin

Selangor Perak Penentu Nasib Rafizi Dan Saifuddin

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 165 hits
Pemilihan PKR yang bermula pada 13 Mei lalu menyaksikan hanya lapan peratus anggota parti keluar mengundi sekali gus menjadikan Selangor dan Perak yang akan mengadakan pemilihan hari ini sebagai tumpuan Seramai 331 922 ahli PKR di Selangor ...
Saifuddin Sidir Rafizi Jangan Campur Urusan Jpp

Saifuddin Sidir Rafizi Jangan Campur Urusan Jpp

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 162 hits
Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution berkata dia tidak akan campur tangan dalam sebarang keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti yang diketuai Dr Zaliha Mustafa Dia berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan pencabarnya Rafi...
Saifuddin Rafizi Siapa Layak Bersama Anwar Debate On 11 May

Saifuddin Rafizi Siapa Layak Bersama Anwar Debate On 11 May

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 205 hits
PKR deputy president candidates Saifuddin Nasution Ismail and Rafizi Ramli are set for a debate on May 11 Sinar Harian reported that the 90 minute programme titled Berani Semuka Siapa Layak Bersama Anwar will start at 3pm and aired live acr...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew