Tiada Jambatan Dibakar Dalam Persaingan Rafizi Saifuddin




 BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT – Peribahasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2022.
Di dalam Kamus Dewan terbitan tahun 1970, biduk adalah perahu untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai.
Manakala peribahasa, “biduk lalu kiambang bertaut” bermaksud lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik.
Maka begitulah relevannya peribahasa ini dengan proses pemilihan Parti Keadilan yang sedang berlangsung sekarang.
Proses pemilihan pimpinan Parti Keadilan yang mesti diadakan setiap tiga (3) tahun sekali di bawah Fasal 47.3 Perlembagaan Parti Keadilan bolehlah dianggap sebagai “biduk”. Manakala “kiambang” adalah tumbuhan yang hidup terapung di permukaan air sungai adalah diibaratkan sebagai lebih sejuta anggota Parti Keadilan di seluruh negara.
Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan ini menarik minat masyarakat di Malaysia sekarang ini. Ia tidak menghairankan atas banyak sebab. Pertama, Parti Keadilan adalah parti pelbagai kaum dan pelbagai agama. Kedua, Parti Keadilan dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan sebab Ketiga, Parti Keadilan mempunyai anggota yang ramai, melebihi sejuta orang dan satu-satunya parti politik Malaysia yang mempunyai cabang atau bahagian di semua 222 buah kawasan Parlimen di seluruh Malaysia.
Tegasnya Parti Keadilan adalah parti berstatus nasional, bukannya parti yang bersifat wilayah.
Ada pihak berasa bimbang pemilihan Parti Keadilan sekarang ini akan menimbulkan perpecahan. Kebimbangan itu agak berlebih-lebihan sebenarnya. Jawatan Presiden telah dimenangi oleh Anwar Ibrahim tanpa bertanding.
Ertinya kedudukan Anwar tidak dicabar di dalam pemilihan kali ini.Ini adalah kali kedua Anwar menang tidak bertanding dalam pemilihan sebagai Presiden Parti Keadilan. Kali pertama dalam pemilihan tahun 2018. Anwar bukan sahaja Presiden parti tetapi beliau juga adalah penyatu yang menyatukan seluruh anggota parti selama ini.
Tetapi tidak dinafikan, pertandingan yang agak sengit adalah di peringkat jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Pertandingan antara Saifudin Nasustion dengan Rafizi Ramli tidak akan memecahkan Parti Keadilan. Pertentangan antara Saifudin dengan Rafizi tidak melibatkan pertentangan ideologi. Ia hanya sekadar perbezaan strategi iaitu berkisar pada persoalan bagaimana Parti Keadilan patut lakukan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.
Siapapun yang menang jawatan Timbalan Presiden, ia akan membantu Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan akan menguatkan Parti Keadilan itu sendiri. Anwar sebagai seorang Presiden dan seorang demokrat akan menerima siapa jua yang dipilih oleh anggota parti untuk menjadi Timbalan Presiden.
Juga menarik perhatian masyarakat umum bahawa terdapat 17 orang calon yang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden untuk empat (4) kerusi Naib Presiden yang diperuntukkan dalam Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan.
Pemilihan kepimpinan Keadilan pada tahun 2022 ini memberi kesan yang amat positif. Sekarang masyarakat umum di seluruh negara dapat melihat siapa-siapa tokoh selain Anwar dalam Parti Keadilan. Siapa-siapa pemimpin pelapis.Siapa berada di lapis kedua. Siapa-siapa berada di lapis ketiga hiraki kepimpinan Keadilan.
Pertandingan di peringkat Wanita Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga hebat dan sengit. Ini membuktikan Parti Keadilan tidak kurang bakat kepimpinan.Beribu orang anggota Parti Keadilan di seluruh negara sekarang sedang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di dalam parti, dari kepimpinan di Majlis Pimpinan Pusat sehinggalah ke peringkat akar umbi di peringkat Jawatankuasa Cabang.
Jika Parti Keadilan dianggap sebagai satu organisma, maka ia adalah organisma yang hidup subur, bergerak dan membiak aktif.
Parti Keadilan sekarang muncul lebih yakin dan berani berbanding Umno dalam menghadapi pemilihan parti masing-masing. Di kala Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berhempas pulas untuk mengatur strategi supaya pemilihan Umno diadakan selepas Pilihanraya Umum ke-15, tetapi Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim tidak bimbang akan kedudukannya dicabar dan tidak bimbang akan perpecahan parti sekalipun pemilihan parti dilakukan sebelum PRU-15.
Dalam hal ini Anwar muncul bukan sahaja sebagai seorang demokrat yang percaya pada mandat anggota, tetapi mencerminkan idealisme refomasi yang diperjuangkannya selama ini.
Anwar mungkin faham dan menyedari peribahasa Melayu iaitu “biduk lalu, kiambang bertaut”. Selepas proses pemilihan ini saf kepimpinan Parti Keadilan akan lebih kompak dan bersatu. Sebagai pemimpin suatu jemaah, Anwar tidak boleh gagal untuk mempastikan semua kiambang di permukaan sungai itu agar bertaut semula.
Persaingan antara Saifudin dan Rafizi tidaklah kelihatan tegang dan sengit sehingga dilihat seperti “berkerat rotan” ataupun “menang jadi arang, kalah jadi abu”. Pertentangan antara Saifudin dan Rafizi kali ini berbeza sifatnya jika dibandingkan pertandingan antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli empat tahun lalu, pada 2018.
Rafizi dan Saifudin kelihatan membawa pendekatan “gentlemen” dalam persaingan antara mereka berdua. Penyokong masing-masing yang mungkin “lebih sudu dari kuah”. Kedua-dua tokoh ini, Saifudin dan Rafizi kenal hati budi masing-masing.
Lalu mereka mendekati pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden itu dengan pendekatan “air dicencang tidak akan putus”, bukannya pendekatan “berkerat rotan, berpatah arang”.
Tidak ada “jambatan sesiapa dibakar” angkara pemilihan Parti Keadilan kali ini. Pemilihan kepimpinan yang sedang berlangsung sekarang ini adalah persaingan persahabatan dalam satu keluarga besar Keadilan yang kedua-dua tokoh ini, Saifuddin Nasustion dan Rafizi Ramli ada saham besar dalam membangunkan Parti Keadilan sehingga kuat dan berpengaruh seperti sekarang ini.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/tiada-jambatan-dibakar-dalam-persaingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Pkr Debat Saifuddin Rafizi 11 Mei Ini

Pemilihan Pkr Debat Saifuddin Rafizi 11 Mei Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 215 hits
Para peminat politik tanah air dan pengikut PKR berpeluang mengikuti debat secara langsung antara dua calon Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli pada 11 Mei
Saya Pilih Rafizi Bukan Sebab Benci Saifuddin

Saya Pilih Rafizi Bukan Sebab Benci Saifuddin

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 172 hits
Kenapa saya pilih Rafizi tetapi berbeza isu khemah besar SAYA PILIH RAFIZI BUKAN SEBAB BENCI SAIFUDDIN Masih ramai kawan2 bertanya kenapa saya memilih Rafizi tetapi tidak sependapat dgn isu khemah besar Sebenarnya saya telah memberi penjela...
Berani Semuka Babitkan Rafizi Dan Saifuddin Bukan Debat Tapi Perbincangan Kata Anwar

Berani Semuka Babitkan Rafizi Dan Saifuddin Bukan Debat Tapi Perbincangan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 177 hits
May 8 2022 Anwar Ibrahim berkata istilah debat lebih sesuai digunakan untuk programnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak kerana perbezaan pola pemikiran dan dasar PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak bersetuju istilah debat...
Debat Dengan Rafizi Bukan Untuk Saling Serang Kata Saifuddin

Debat Dengan Rafizi Bukan Untuk Saling Serang Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 159 hits
May 9 2022 Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas menghadiri majlis malam muhibah Aidilfitri anjuran PKR Sabah di Kota Kinabalu malam tadi KOTA KINABALU Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata debat beliau dengan Naib Preside...
Saifuddin Rafizi Set For May 11 Debate

Saifuddin Rafizi Set For May 11 Debate

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 191 hits
Saifuddin Nasution Ismail and Rafizi Ramli are going for the PKR deputy president s post this month PETALING JAYA PKR deputy president candidates Saifuddin Nasution Ismail and Rafizi Ramli are set for a debate on May 11 Sinar Harian reporte...
Pkr Polls Regardless Of Outcome Saifuddin Wants To Work With Rafizi

Pkr Polls Regardless Of Outcome Saifuddin Wants To Work With Rafizi

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 219 hits
PKR deputy presidency candidate Saifuddin Nasution Ismail has indicated that he will work together with his opponent Rafizi Ramli regardless of the outcome of the party election Speaking to Malaysiakini Saifuddin described Rafizi as a frien...
Saifuddin Rafizi Siapa Layak Bersama Anwar Debate On 11 May

Saifuddin Rafizi Siapa Layak Bersama Anwar Debate On 11 May

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 203 hits
PKR deputy president candidates Saifuddin Nasution Ismail and Rafizi Ramli are set for a debate on May 11 Sinar Harian reported that the 90 minute programme titled Berani Semuka Siapa Layak Bersama Anwar will start at 3pm and aired live acr...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah