Rafizi Dan Izzah Akan Kembali Anwar


 

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, dia akan cuba memujuk tokoh seperti Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli untuk kembali aktif dalam politik bersama parti itu.
“Orang ini kita akan pujuk semula untuk balik kepada perjuangan dan landasan parti.
“Walaupun kedegilan mereka boleh tahan tetapi tidak melanggar hukum. Saya hormati prinsip mereka,” katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.
Tambah Anwar, kedua-dua personaliti itu merupakan pemimpin yang ada sifat ketokohan.
Nurul Izzah dan Rafizi telah melepaskan jawatan mereka dalam parti susulan pertelingkahan dalaman PKR sebelum ini.
Pada Disember 2018, Nurul Izzah mengundurkan diri sebagai naib presiden PKR, jawatan yang dimenanginya dengan undian tertinggi dalam pemilihan parti.
Rafizi yang kerap mengkritik perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad, juga telah bergerak perlahan dalam parti namun kembali aktif ketika melawan Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR.
Dia kalah tipis tetapi dilantik semula sebagai naib presiden PKR. Namun, Rafizi memilih untuk bersara daripada politik.
 
Mungkin harus lepas cita-cita
Kemudian, Azmin pula berpaling tadah dengan menyertai Bersatu sejurus menyaksikan penghijrahan ramai pemimpin dan ahli PKR yang lain.
Selain itu, Anwar berkata, Rafizi bertindak mengundurkan diri dari persada politik kerana kecewa melihat beberapa pemimpin yang cenderung mengaut keuntungan dan menghakis prinsip perjuangan parti.
“Rafizi ini bukan ingin sangat bertanding jawatan timbalan presiden tetapi dia melihat ada sesuatu yang tidak kena dalam parti.
“Apabila melihat Pakatan Harapan (PH) sudah menjadi kerajaan (selepas PRU14), ada segelintir yang meminggirkan individu yang baik-baik dan melantik individu yang tidak sepatutnya,” katanya.
Kerajaan PH runtuh setelah Azmin bersama Bersatu dan pihak pembangkang mengambil alih Putrajaya pada Feb tahun lalu.
Penghijrahan pemimpin PKR termasuk pemimpin tinggi turut memperlihat kelemahan parti itu.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa ‘pengkhianat’ tidak akan berjaya.
Mengulas berhubung kegagalan mencapai cita-citanya sebagai perdana menteri, Anwar menjawab: “Belum lagi”.
Anwar malah menjelaskan, dia masih calon perdana menteri dalam PH serta akan memegang jawatan tersebut sekiranya diberikan peluang oleh rakyat.
Bagaimanapun, pemimpin berusia 74 tahun itu mengakui, dia mungkin harus melepaskan cita-citanya untuk menjadi perdana menteri jika mencapai usia tertentu.
“Janganlah sampai 95 tahun pun hendak jadi PM,” katanya.
Meskipun tidak menyatakan nama, kenyataan Anwar seakan merujuk kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Anwar turut menjelaskan hubungan PKR baru-baru ini dengan puak Umno tertentu bukan hanya bertujuan untuk mengambil alih kerajaan namun ia bagi kepentingan bersama dalam negara.
Jelas anggota parlimen Port Dickson itu, dia telah berjumpa dengan sejumlah pemimpin Umno dan hasilnya “positif”.
Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan nama pemimpin Umno terbabit.
“Perbincangan ada, perbincangan yang tak rasmi dengan pimpinan parti, dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif.
“Sebab kita lebih faham mereka (Umno), dan mereka lebih faham kita,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
The post Rafizi dan Izzah akan kembali – Anwar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/14/rafizi-dan-izzah-akan-kembai-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Akar Umbi Pkr Sokong Izzah Dan Rafizi Kembali Aktif

Politik Akar Umbi Pkr Sokong Izzah Dan Rafizi Kembali Aktif

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 225 hits
Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15
Anwar Akan Pujuk Nurul Izzah Rafizi Walaupun Degil

Anwar Akan Pujuk Nurul Izzah Rafizi Walaupun Degil

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 363 hits
Malaysiakini Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia akan cuba memujuk tokoh seperti Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli untuk kembali aktif dalam politik bersama parti itu Orang ini kita akan pujuk semula untuk balik kepada perjuangan dan la...
Arafat Sokong Nurul Izzah Kembali Aktif Lawan Kerajaan Tebuk Atap

Arafat Sokong Nurul Izzah Kembali Aktif Lawan Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 338 hits
March 15 2021 Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Kedua dua mereka ialah bekas Naib P...
Intipati Pengumuman Anwar Ibrahim Petang Ini

Intipati Pengumuman Anwar Ibrahim Petang Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 384 hits
Intipati Pengumuman Anwar Ibrahim Petang Ini Presiden PKR mengatakan bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama untuk pilihan raya umum ke 15 Anwar mengumumkan bahawa dia akan mengadakan...
Anwar Dakwa Mp Pkr Dikenakan Pelbagai Tekanan

Anwar Dakwa Mp Pkr Dikenakan Pelbagai Tekanan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 206 hits
MP PKR Dikenakan Tekanan Politik Anwar Tuding Agensi Jadi Alat Presiden PKR Anwar IbrahimPresiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim mendakwa MP PKR dikenakan pelbagai tekanan dari pihak Perikatan Nasional Anwar berkata demikian dalam sidang media...
Anwar To Hold Presser At 4 30pm This Follows Umno Pkr Weekend Talks

Anwar To Hold Presser At 4 30pm This Follows Umno Pkr Weekend Talks

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 289 hits
PKR president Anwar Ibrahim said there have been informal discussions between his party and Umno over possible cooperation for the 15th general election Anwar has now announced that he will hold a press conference today at 4 30pm at the Eas...
Pemimpin Umno Tak Mahu Anwar

Pemimpin Umno Tak Mahu Anwar

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 323 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan komen berkenaan parti itu Mereka berkata Umno tetap berpegang teguh kepada kesepakatan sebelum ini untuk tidak...
Umno Tidak Perlu Menari Ikut Rentak Anwar

Umno Tidak Perlu Menari Ikut Rentak Anwar

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 234 hits
UMNO tidak perlu menari mengikut rentak Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerjasama parti itu dengan UMNO Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata apa yang perlu dilakukan oleh UMNO adalah memberi t...
Sabah Umno Chief Confident In Party S 34 Year Struggle And Revival

Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

Alyph Feat Ziana Zain Gerak Chord

Penerangan Jenis Jenis Gangguan Seksual Kanak Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Alyssa Dezek Ara Aziz Qadejah Aliff Syukri Cik B Raya Genz Chord

Kadar Zakat Fitrah 2025m 1446h Setiap Negeri

Indonesia Cuts Domestic Airfares For Aidilfitri Travel

Ikan Taucu Sedap Kredit Dapur Kecik Naza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat